BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Thursday, 25 August 2011

manusia memang macam ni ke ?







tiba2 macam terdetik pulak kat hati dan pemikiran ni bila dengar macam2 cite orang tu tak suka orang ni , si bedah tu menyampah dengan si joyah la . macam2 ! memang namanya manusia kalau selalu tak syukur dengan apa yang kita dah ada kot . 



kalau tengok orang cantik sikit lebih dari diri sendiri macam Lisa Surihani ke , mesti nak iri hati . pastu mula la nak buruk2 kan dia . ngumpat sana sini . canang cite2 buruk pasal dia . tak bole ke you just sit down and thankful to Allah sebab bagi muka yang sempurna walau tak selawa dia ? many people out there yang mukanya tak sesempurna kita semua . so , bersyukur la sementara kita masih ada muka . Alhamdulillah :)



kalau tengok orang pandai lebih dari diri sendiri macam Sheikh Muzaphar ke (ejaan taram ! hakhak) , mesti nak cemburu tak bertempat . mula la kusyuk berdoa , "kenapa la aku tak sepandai dan sebijak dia , Ya Allah?" . sepatutnya , bukan macam tu tapi berdoa la macam ni , "berilah aku kebijaksanaan supaya aku dapat berbakti kepadaMu" . memang kat atas dunia ni tahap IQ setiap individu tu berbeza tapi setiap individu tu bole berusaha :) usaha tangga kejayaan . yeahh ! wee :D



kalau tengok orang kaya lebih dari diri sendiri macam Datuk Siti ke , mesti tak puas hati . pastu mula la niat jahat nak jatuhkan dia . mungkin nak lebih advance mintak tolong bomoh kot . tak bole ke kalau kita redha dan bersyukur je dengan harta yang kita ada walau tak banyak mana . harta bukan bole bawak mati . ecece ayat cliche . hik :) tapi betol la tu . kalau bole bawak mati , cari la banyak2 harta tu ! 




kalau tengok orang banyak bebenor kawan macam sesape yang banyak kawan tu , mesti kita pon nak ramai kawan jugak . tak salah kalau nak menambahkan kawan tapi biar la ikhlas ye . jangan la sbb nak pemes atau pun nak menunjuk aje . tak elok dong gitu ! semakin kita ikhlas berkawan , semakin ramai orang nak berkawan dengan kita . ecece . berhepotesis pulak Iyka ye . hee :)




kalau tengok orang ada pakwe/makwe hensem/lawo macam sesetengah orang tu , mesti kita pon tak nak kalah . esok jugak pergi cari makwe hensem/pakwe lawo . hoho :P apa la yang ada pada hensem dengan lawo tu macam entry Iyka yang INI . better cermin diri dulu kot . kalau kita ni ngetopp sangat bole la nak praktik macam ni . tapi kalau dah sedar diri tu bagus la ! tahniah ! 






p/s  Iyka just write this based on my thought ! bukan nak aibkan atau tujukan pada sesiapa . this is lumrah hidup ! tapi lumrah hidup untuk dengki2 ni bole di ubah :) we have the right to be a better person . renung2 kan dan selamat beribadah di bulan puasa ni :) boboi ! 




terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Wednesday, 24 August 2011

#Wordless Wednesday














suddenly teringat kawan2 time sekolah dulu2 kala . miss you sayang2 ! :) 
okeythanksboboi !



terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Tuesday, 23 August 2011

jangan sesekali kamu buat begini !




gamba hiasan saje ye :)



Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan  sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan “aku cinta padamu” sedangkan didalam hati mu hanya  nafsu yang bertakhta.

Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang  kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan  lenyap dan musnah dalam sekelip mata.



Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal  Soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang Beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati  Orang yang SOLEH itu MUDAH dan SENANG untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, Kerana mereka sentiasa TAKUT akan azab Allah dan CINTA akan diriNYA..

Namun..

Hati Orang yang BERDOSA itu SUSAH dan PAYAH untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, Kerana mereka sentiasa GEMBIRA dengan nikmat dunia dan LUPA padaNYA..

source : HERE

p/s  harap sangat kita tak jadi macam tu :) tak baik plus amat la tak baik sekali mempermainkan orang lain . itu amalan syaitonn tawuk ? memang nobody perfect tapi setidak-tidaknya kita cuba untuk menjadi lebih baik walaupun tak perfect se-perfect perfect-nya . harap kita semua berjaya tertarik dengan orang yang beriman tapi sebelum mencari orang yang beriman kita cari la iman dalam diri kita dulu :) selamat mencari ! waalaikumussalam :D


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

challenge lagu pilihan hati hari ini !







Holla semua ! sihat ? hope semua sihat la ye :) okey ! Iyka sesaje je la nak wat challenge . challenge ni dari otak Iyka sendiri . tiba2 gedebuk dia muncul ! so , Iyka nak kongsi la dengan korang semua . if korang nak try wat la kan . tak nak pon tak pe :) Iyka tak paksa2 apatah lagi memaksa . ngeh2~


okey challenge apa yang Iyka nak wat ni ? memandai aje kan wat challenge sendiri . sukati lohh ! hoho :P ini berkaitan dengan lagu ye kawan2 dan teman2 sekalian . lagu ape ? lagu ape2 sukati hati korang yang baik2 tu . hihi . 


lagu ape korang nak sukati korang la kan . challenge ni korang bole wat tiap2 hari atau seminggu sekali aje ke . sukati la ! tapi ikut mood korang time tu la . kalau detik tu tengah dilamun cinta cintan cintun ke korang post la lagu jiwang2 air karat tu . kalau mood korang tengah bengang ke korang post la lagu rock kapak cangkul . sonang aje kan ?


tapi kalau korang nak post lagu sbb time tu korang tengah minat giler komposer lagu tu pon bole . hakhak :D tak kesah la kan . korang bole wat challenge ni if korang tade atau ketandusan idea . best aww . hoho :)

sukati korang la nak wat  challenge ni macam mana pon . nak cari lagu kat you tube ke tulis lirik lagu ke atau korang wat post apa2 pastu selitkan challenge ni ke . up to you la ! Iyka tadedehal ! :P did i said sukati banyak2 kali ? wuu .


Iyka rasa challenge ni takde lagi kot sbb Iyka tak pernah nampak lagi orang wat . so , mari kita memeriahkan hari kita dengan lagu2 merdu merdan . just untuk express our mood time tu :) 


p/s  nak post lagu raya pon bole . mood beraya kan sekarang ! Iyka paham , Iyka pohom ! hoho . eh , nak tanya ! korang rasa which text colour korang rasa tak sakit mata ? pink or black ? okey boboi !


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

saya tak suka orang tak kotakan janji fullstop !



Ni bukan entry bengang tapi sedikit marah . tak banyak ! sikit je . sesikit apa2 je la . okey ! Iyka bukan apa tapi pandai2 la kan kalau dah janji macam2 itu ini bagai semua keluar tapi last2 habukk pon tarakk . tak best la macam tu . 


sebelum berjanji tu pikir2 la dulu , kita ni bole pegang janji ke tak . kalau tak bole tu jangan memandai sesukati nak berjanji semua . dulu bukan main suruh orang wat itu ini semua . kalau wat dapat ni la itu la . tapi dah wat apa jadik ? diam aje ! =.=
Iyka bukan nak hentam sesape tapi sekadar mengingatkan kita2 ni semua termasuk Iyka sendiri . tak salah berjanji tapi pastikan kita mampu nak wat apa yang kita janji tu . kita jangan pikir bagi pihak kita aje ! kena pikir jugak pihak yang dah di tabur janji setinggi langit ke 7 tu . 


Iyka still okey dan mampu tersenyum lagi kalau die bagitau kenapa dan mengapa berlaku kejadian seperti ini tapi diam membisu yang jadi penghubung tu yang Iyka tak tahan ! Iyka pon paham kalau die explain one by one kat Iyka . Iyka tak la kejam sangat kan nak paksa2 bulan2 pose ni -_-

p/s  sape yang makan cili die yang terasa pedas . lain kali jangan makan cili ada paham ? okey dah ! habis sesi luahan perasaan . stop sampai sini aje ! sekian ! 
 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Monday, 22 August 2011

tutorial : float welcome note at header



Ni first time Iyka try wat tuto . ni pon sbb Cik Yeen request suruh wat tuto ni . sebenarnya Iyka bukan terror sangat bab2 blog ni apatah lagi nak wat tuto bagai . Iyka ni pon still baru lagi nak kenal2 code2 ni semua tapi Iyka try tolong kawan2 blogger Iyka if Iyka bole tolong :)

bagi yang tak tau apakebenda yang Iyka nak ajar ni bole tengok gamba di bawah ni ye . yg dalam kotak tu la dia float welcome note :)







okey let's start the tutorial ! :)
1.  Design > page element > add a gadget > HTML/Javascript

2.  Dah jumpa ? Okey lepas tu copy and paste kan code ni :

<div style=" position:absolute; top:0px; left:200px;"><img src="URL Image"/></div><div style=" position:absolute; top:26px; left:215px;"><center>Your words. </center></div

3.  hijau : Url Image korang.
     kuning : ayat yang korang nak letak . ayat ni bole ubah 
                    bila2 korang suka :)


kalau korang malas nak wat atau tak reti nak wat dan nak freebies , sorry Iyka tak sediakan freebies . tapi korang bole usha kat belog syamira . tapi kalau nak wat sendiri lagi bagus . hee :)


p/s  ini hasil usaha Iyka sendiri so paham2 la ye . Iyka akan credit kalau Iyka guna tuto sesiapa . tenkiuu ! boboi !


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Dah Cukup 100 !







Belog Iyka dah menginjak ke angka 100 followers bebbs ! macam tak caye pon ada gak . belog Iyka ni punya la buruk , hudus , post pon bukannya dapat keluarkan bijik mata korang pon tapi sudi jugak korang follow belog Iyka ni eh . ngee~ tenkiuu ! ni yang wat makin sayang ni . hoho . 

Apa lah kau Iyka , orang lain dah berjutamelon dah followers dorang ! tu belum 
silent readers lagi ! kau ni baru 100 je pon nak kecoh2 ,senyum sampai dah tak 
bole nak senyum dah ! pirahhh !

=.='



tapi lantak pi la orang nak cakap apa kan . gua okey je ! ngeh2 :) sbb Iyka tak pernah harap pon followers Iyka cecah sejutamelon apatah lagi 100 ! tu dah cukup bermakna dah bagi Iyka ! Kalau orang tak follow tapi baca post Iyka pon Iyka happy jugak :D 

Dan follower yang bertuah tu ialah jeng jeng jeng ... bertuah la sangat kan setakat follow belog tah hape2 nih !


yang colour pink tuh !

yeahh ! anda telah memenangi cabutan bertuah ! hoho ! :) Iyka pon dengan pantas terus mengetuk belog beliau ni . nama beliau siti nuradzmeen . tu ikut apa yang dia bagitau kat situ la . tak tau la pulak kalau tu bukan nama dia kan . hehe :P dan satu fakta lagi , beliau lebih lama bergelar blogger daripada Iyka ! Iyka ni baru aje join sekaki dalam blogging ni kalau nak dibandingkan dengan korang ! yela ! Iyka tawu la sape Iyka kan ! sobsob :'(

okey stop ! so , apa lagi ? cepat gerakkan tangan tu , kaki tak payah eh ! cepat ramai2 serbu belog beliau di SINI . ecece :) 


p/s  tenkiuu semua yang follow belog Iyka atau yang tak follow atau yang follow tapi tak baca post Iyka atau yang tak follow tapi baca belog Iyka . kiranya semualah ! maap bahasa berbelit2 sampai Iyka sendiri dah pening dengan apa yang Iyka tulis . kahkah ! :) tenkiuu ! sayang korang banyak2 tapi tak sebanyak parents Iyka lah ! kiki :P boboi ! 



terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Sunday, 21 August 2011

Ini cartoon favourite Iyka masa kecik2



Tetiba Iyka teringat pulak zaman kanak2 dulu yang penuh dengan dunia cartoon yang cool2 . haha :) kalau masa kecik2 dulu bila weekends aje mesti terpacak depan tv pagi2 buta . sanggup bangun awal semata2 nak tengok cartoon peberat . punya la eksaited ! 



kalau dulu , pukul 8 dah bangun nak tengok cite2 cartoon kat tv .  kalau terlewat bangun memang tak sempat la tengok . pastu conpem satu hari tu resah gelisah . nak wat kerja pon tak bole sbb mengenangkan cartoon yang tak sempat tengok tadi . huuu -_-" . ibarat macam orang bercinta la . tak jumpa sehari aje dah rindu . macam tu la lebih2 kurang . ahaha :D tapi yang ni lain sikit sbb kita sorang aje yang rase . cartoon tu rindu kita tak agak2 ? hurmm =_='


aku tak rindu kau la, Iyka !

sobsob . wuuu :( sampai hati awak tak rindu kite -_-"



Iyka layan semua cartoon yang comey2 yang cool2 yang best2 :) cartoon yang tak ada characteristics di sebelah bole pergi main jauh2 ! jangan berani kamu2 muncul di depan mata Iyka ! kahkah . cartoon doraemon dari zaman Iyka kanak2 ribena sampai sekarang pon still ada lagi . kanak2 sekarang tengok lagi kot . hee . 

cartoon sailor moon comey sangat ! wee :)
Iyka kalau dulu memang suka betol cartoon sailor moon ni . paling yang amat suka time , mari bertukar ! masa dorang bertukar tu Iyka memang ternganga depan tv kot sambil kesat2 hengus yang nak keluar . eeee . biasa la budak2 tak cukup umur tengok cartoon . haha . Iyka paling suka colour biru . sbb hurmm die sorang aje rambut pendek kot . lain dari yang lain ! hoho . tapi cite ni dah di mamah usia dah . wuu sobsob :(

tapi zaman bebudak skarang dah ada cite cartoon yang lain lak . tapi Iyka tak bape nak layan sangat dah cartoon zaman skarang ni sbb cartoon zaman budak tecik Iyka lagi best ! takmo berpaling tadah ! hahaha ^_^

maaf ! saya tak layan cartoon ini !

banyak lagi cartoon yang menjadi idaman kalbu Iyka . tapi Iyka tak nak bagitau lah . biar menjadi rahsia antara Iyka dengan cartoon2 tu aje la . mane bole bagitau kisah personal kitorang ! haha :p apa cartoon peberet korang time bebudak tak cukup umur dulu ? jom kongsi dengan Iyka meh ! :)

p/s  zaman kanak2 paling best Iyka pernah rase ! tak tau la zaman tua kerepot macam mane lagi . best ke tak ? sape2 pernah rasa ? kiki . boboi !


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Friday, 19 August 2011

faktor kegagalan pelajar universiti....







Pekabo ? sihat ? hehe . hope semua sihat la ye bulan2 pose ni :) Iyka alhamdulillah sihat ! ecece macam orang nak tau pulak . ggrr -_-'
Beberapa hari lepas . eceh ! Iyka terjumpa satu post ni kat fb . so , Iyka macam sedikit tertarik la . tajuknye seperti yang tertera di atas tu :)   
tapi post dalam ni Iyka dah edit sesikit mengikut kesukaan hati suci ni . hehe . tak tau la korang dah pernah baca belum tapi Iyka saja nak hebohkan kat sini pulak .
berbalik pada tajuk ! kita selalu dengar orang duk mencanang satu kampung yang anak si debab tu tak lulus universiti , anak si joyah tu tak pas2 belajar kat u tu sampai ke tua .  kan kan kan ? pernah dengar tak ? mesti pernah kan ? 
tapi tak bole salahkan pelajar tu jugak . pelajar yang macam kita2 ni ! bagi yang bergelar pelajar la ye :) yang adik2 kat tadika tu jangan berkecil hati . adik2 pon pelajar jugak ! hikhik (^_^)   
Okey ! Let cekidottt apa yang Iyka duk membebel dari tadi ni ! ^^

Jika kita lihat dari kiraan hari ni , sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila mereka2 ni tak lulus ujian . Sebab macam mana nak lulus ? nak belajar pun tak sempat
 
Korang mesti la tau kan ? setahun tu hanya ada 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira bersama2 ! boleh meningkatkan ilmu kematematikkan taw ! ecece . hehe .

Hari Minggu

52 hari dalam setahun. Korang mesti amat2 yakin yang hari minggu tu adalah hari istirehat kan ? Baki tinggal 313 hari . takpe takpe banyak masa lagi .

Hari Cuti Umum

Lebih kurang ada 30 hari cuti umum dalam setahun ye , contohnya tahun baru , hari raya , bla bla bla... so baki tinggal 283 hari . bertenang ye masa masih banyak lagi .

Cuti Semester

Semua pelajar mesti la nak cuti woo . gilo demo tolok cuti ! ngee :) dah sah2 cuti mesti la tak ada kuliah . sape nak pergi kuliah waktu cuti kan ? ngehngeh :) Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih , anggaplah lebih kurang 60 hari . lama tak cuti ? still tak cukup lagi ? mentekedarah cuti betol korang ni (padahal diri sendiri sebenarnya) . hoho . Baki tinggal la 223 hari . tunggu2 ! banyak benda lagi nak kira ni .

Berehat

Baik la ! Seperti yang korang dan jugak Iyka tau , tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan . nak tidur lebih2 lantak korang la kan .  So , dalam 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari ye kawan2 :)

Beribadat

Paling cikai pon setengah jam sehari kita beribadah . lagi lama lagi la bagus ! lagi2 bulan2 ramadhan :) Kita anggarkan 8 hari dalam setahun kita  beribadat . campur tolak darab bahagi semua baki tinggal lagi 95 hari . lama lagi bebb ! lek lu ! :P

Bermain

Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain okey ! kira macam kalau main petang2 kat taman ke padang ke bole menambahkan otot2 di lengan2 anda ye . hoho . paling tidak memerlukan 1 jam sehari . tapi selalunya lebih la ! Kita guna lagi 15 hari . Baki hari tinggal 80 hari . sabar sabar ! main la lagi !

Makan

Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum . kalau bulan pose ni makin lama kot . perut buaya kan ! haha . kalau bulan tak pose lak , cik adik ayu tu tolong la makan laju2 sikit . lebih elok lagi sedikit gelojoh ! eish2 . okey ajaran sesat ! tak elok eh ! untuk makan je dah hilang lagi 15 hari. Baki pon tinggal 65 hari je . cuba pikir cukup ke masa nak study ni ? tengok lagi kat bawah ni ! :)

Berborak

Semua orang suka berborak kan ? tipu la cakap tak suka ! lebih2 lagi kalau mengumpat gosip hangat . memang laju je mulut tu kan ! amboi2 ! hikhik . Okey la, katakan kita ambil 1 jam sehari untuk berbual . 15 hari terpakai lagi . Baki tinggal 50 hari . cuak tak ? lum study lagi ni !

Sakit

Nama pon manusia , conpem  mesti akan sakit la kan . hushh ! bersungguh2 Iyka ni . hehe . tak kira la teruk atau pun tak , mesti akan sakit punya ! Iyka ni macam nak sakit je . ohh ! tidak ! takmo ! mintak dijauhkan penyakit2 ni . ermm paling tidak 5 hari dalam setahun kot kita akan sakit . Baki tinggal lagi 45 hari .

Exam

Iyka paling tak suka sekali time exam menjelmakan diri okey ! apa kata En Exam berehat2 saja . hoho . ermm exam tu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester . ni yang Iyka tau la . paling lama , 3 minggu kot . tak pernah pulak Iyka dengar orang exam sebulan . gilo tu exam sebulan ! tak sanggup edenn ! ngee~ . Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam . Baki tinggal 21 hari .

Refreshing

Untuk menyegarkan fikiran , refreshing itu perlu ! perlu okey ! bukan wajib tapi perlu ! takkan nak study doplohempat jam kan . tak syokk tu ! Tgk wayang dengan jalan-jalan pon syiokk apa ! paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun . kalau takut buang duit je tengok wayang semua tu , bole lah tengok tv . tapi kalau kata buang duit jugak sbb kena bayar bil , tak payah tengok la senang ! so , baki tinggal 16 hari .

Surfing Internet

Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tak pun layan blog isuhangat . hoho .  Kira paling sikit pun purata sejam sehari , agak2 kita perlu 15 hari setahun. Jadi baki tinggal la 1 hari . 1 hari je okey ! bukan 1 tahun !

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI…. !!! Mana boleh belajar ! kena la seronok bergumbira , bergelak golek ! haha :)


sudah terbukti la kini tak bole nak salah kan pelajar ye mak2 bapak2 sekalian . alasan ! ngeh2 :P tiada yang bersalah disini . hikhik :)


p/s  agak2 sape yang jadi follower yang keseratusperatus belog Iyka ni ? ada something untuk orang yang bertuah tu ! hoho . selamat membaca hingga juling bijik mata ! okey boboi !



terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Thursday, 18 August 2011

Hey ! Belog Iyka Berwajah Baru !



Walaupun post ni dah ditelan hari , masa dan tarikh tapi tetap nak hupdate jugak . hehe . sukati gua la belog gua kan . orang cakap remp-it hang pon nak jugak ! ngee~ cuba tengok persekitaran anda sekarang ! cehh ! bukan persekitaran alam ciptaan Ilahi ye tapi persekitaran belog Iyka ni . Nampak tak perbezaan dia ? hekhek . Kepada yang tidak perasan atau buat2 tak perasan atau sengaja tak nak perasan atau tak terperasan, bape banyak perasan daa, sila sekeh kepala anda laju2 ye teman2 . kahkah .


dulu

ni lah muka kulit belog Iyka yang dulu . sangat simple ! bukan sangat dah ! memang simple pon ! edit orang malas memang la cenggini . hehe -_-' . tapi selepas ditacap dan dioperate ,belog Iyka dah totally lain dari yang dulu tapi colour pink masih dikekalkan lagi . mungkin satu hari nanti Iyka akan berpaling tadah dengan warna keperempuanan ni . hoho :P gelak gedik kejap ! 


sekarang :)


sangat suka okey dengan yang sekarang punya ! sangat2 suka ! omeyee ! erkk~ tenkiu una kerana dengan susah payah telah mengoprate belog akk . aww ! akk suka sangat una ! dengan colour pink dia . okey stop ! gedik lebih2 lak . thee :)


p/s  sesape yang nak mintak nasihat atau pertolongan adik una ni boleh ke belog beliau ea . do comment dekat entry ni kalau nak link belog beliau . sbb Iyka tengah kedekut sekarang ni tak nak kasi link . hoho . kalau malu nak mintak kat sini , kat shoutbox pon bole, pon bole ! 
kalau anda sakit mata dengan warna ini sila tekan butang X kat atas sebelah kanan ye . tenkiuu :)



terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Wednesday, 17 August 2011

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER



klik SINI kalau nak join :)

Hello semuanye ! hee . malam ni terasa macam rajin pulak nak join segmen . first time ni join segmen kenal rakan blogger ni :)

Nama Panggilan Blogger : Iyka
Tarikh mula berblog : 25 Julai 2011 ( ye ! yee ! tak sampai sebulan lagi kot :)
Rakan blogger terkini : 64 orang kesemuanya :D
Target tambah rakan blog : tak ada target sebab Iyka tak kisah berapa orang pon :)
p/s  kenyang lepas berbuka domino pizza tadi . selalunye peminat setia pizza hut tapi kali ni tukar angin . hee . alhamdulillah :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Friday, 12 August 2011

Saya Suke Shopping Online




Haaa ... Iyka join GA lagi ! hehe :) Kali ni GA yang dianjurkan oleh butikpinkku . Iyka pernah usha2 shawl die ! memang superb la Iyka cakap kat lu ! tak caye cuba pergi usha sendiri dekat butikpinkku ni . sesiapa yang berminat untuk sama2 memeriahkan GA ni bole la meringankan tangan , menyenangkan lagi mencuci mata dengan menekan saja banner di atas :)

Meh Iyka nak bagitau Cik Abang , Cik Kakak dan Cik Adik sekalian tips nak membeli secara online . Ni bukan berdasarkan pengalaman Iyka mahupun keluarga Iyka tapi berdasarkan pemerhatian dan pembacaan . Tu sbb nye penting kita membaca taw adik2 . Jom baca ni ! nak pandai ke tak nak ? bajet aje :)


 Tips2 bershopping online :

1.  sebelum membeli tu pastikan kita dah tau background kedai online tu . jangan nak terus beli aje . ni penting taw ! tak semestinya kita kena jumpa owner dia . tak tak ! kita just tengok aje wall die (nak tau bole caye ke tak) atau pun komen dari pembeli sebelum ni .

2.  bandingkan harga yang ditawarkan dengan online shop yang lain . tapi tak semestinya barangan yang murah menjanjikan kualitinya yang bagus . yang tu kena pastikan betul2 ! biasanya sebelum beli kita tengok dekat gambar macam woww tapi bila dah beli yaampun ! so , berhati2 ! 

3.  beli 1 barang saje dulu yang tak terlalu mahal . sbb kalau barang yang kita beli tu tak bagus , kita tak terasa rugi dan kita bole lebih berhati2 lepas ni . jangan bila nampak aje JUALAN MURAH sempena raya ni terus gatal tangan tu beli selori . Kalau dah beli banyak kali tapi macam bermasalah mungkin kita bole cari online shop yang lain .

4.  lebih bagus kalau anda yang mahu membeli secara online ni mencari butik2 yang dipromote dekat tv . tu lebih terjamin ! BUKAN bermakna kalau online shop yang tak dipromote dekat tv tak bagus cuma kita sebagai pelanggan dan pembeli perlu lebih berhati2 . 

Ini adalah sponsor2 yang baik hati yang ingin menyeponsorkan hadiah2 . wee :D tenkiuu

Shawls & Inners by butikpinkku
Kaen Pasang by Butik MyRania
Baby apparel & Cosmetics by LovelyOne Shop 
Tudung Denim by Mazniza Othman's Shop
Lens dan Handbag by Bifa's Collection 
Lovely Clutch by Islamio Paradise 
MAC Cosmetics by Styleholic Chick
Pin Comel by Kitty Shawl
Accessories by Midfashion Shop
                                        Accessories by NURWIYAH COLLECTION


Iyka menjemput dan mengetag :


p/s  semua di atas ialah ayat dari buah fikiran Iyka sndiri . maaf jika ada tersilap atau terkasar bahasa atau tersalah bicara :)

 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Thursday, 11 August 2011

Qistina First Give Away



tekan SINI cepat2 kalau nak join :)

Hari ni punye la kuat berjalan sakan sampai terjumpe satu give away . hati pon berbisik suruh join . so , dengan rakusnye Iyka pon join cepat2 . hehe :) takut tak sempat nak join . gigit jari kaki aje la nanti . hehhe :P

Kali ni Iyka nak review pasal hadiah die aje . biar mata korang terbeliak bosar2 . mulut korang ternganga luas2 Iyka dapat bayang kan . hehe . syarat penyertaan korang bole pergi ke link beliau okey . korang tengok sndiri ape syaratnye :)


Hadiahnye ialah jeng jeng jeng...


Pertama :RM 50 top up
Kedua : RM 50 top up
Ketiga : RM 30 top up
Keempat : RM 30 top up
Kelima : RM 30 top up
Keenam : RM 20 top up
Ketujuh : RM 20 top up
Kelapan : RM 20 top up


Iyka nak tag : 


p/s  saya join sbb suke2 sambil mengisi masa lapang di waktu senggang ! :)
 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

mari kita menghiburkan hati


Assalamualaikum
 



Iyka just nak habak mai kat korang lagu yang Iyka suka sekarang ni . Lagu Alif Satar ! Lelaki Seperti Aku ! Iyka pon tak tau kenapa Iyka bole tersuka lak lagu ni tapi memang Iyka suka lagu yang jenis2 macam ni . Iyka rasa macam comey semacam aje lagu ni . haha . 

Video tu bukan yang official okey ! jangan salah paham pula ye kawan2 sekalian ! Iyka try cari yang official tapi tak ada pulak . nak jugak tengok official vid die . heee :)

dah la tak nak cakap berjela2 macam nenek2 si bongkok 3 dah . Iyka nak sambung melalak lagu Alif Satar ni lagi . ooo baby baby lalala ^_^

nak tau lagu ape yang menjadi idaman kalbu Iyka sekarang ? banyak taw ! nanti la Iyka oyak(cakap) kat korang okey ? bajet orang lain nak tau je . haha . ahh ! biar la ! tapi Iyka baru perasan lagu ni macam sesuai lak dengan post Iyka yang INI . sesiapa yang agak ketinggalan tu bole la jenguk2 ye :)




p/s  jom kite reramai memeriahkan suasana dengan menyanyi lagu Alif ni ! biar hujan semakin lebat sbb Iyka dah kepanasan dah ni . kahkaha . Bubye !

 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Wednesday, 10 August 2011

sape nak header free by cik tempe



laju2 tekan SINI kalau berminat nak join sekaki :)

lai lai lai ! murah2 !  bukan murah dah ! free taw !
Iyka memang suke mende2 free nih ! hehe :) 
cube kasi tau sape tak suke mende free ? biar Iyka lepuk die sebijik ! ngee . 
Semangat betul Iyka join mende2 free bab header ni . 
almaklum la header Iyka skarang pon macam ikhlas tak ikhlas aje nak menceriakan suasana . kuikui -_-'



Cik Tempe ni suruh nyatakan sekali ape yang Iyka nak letak kat header tu . hmm . susah bab pilih memilih ni . biase la name pon free kan . apalagi eksaited telebih la :)Iyka nak yang simple2 aje . just letak 'All About Iyka Zulaika'. sonang kan ? pastu kalau bole Iyka nak letak link Iyka kat bawah die . macam yang nun jauh kat atas tu . hee ^_^

 ni link Iyka : http://stobewymerahatiy.blogspot.com/



Iyka gumbira mengetag Oral Luna . tenkiu :)

p/s  pemberitauan sekali lagi , bagi sesiapa yang tertarik dan berminat nak join sila klik SINI ye . terima kasih ! :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

cara meluputkan bekas kekasih dari ingatan versi Iyka



Anda sedang berduka ? eceh . sekarang tak perlu nak berduka lagi la . meh Iyka nak kasi tau kat korang macam mane nak hapuskan lagi melenyapkan bekas kekasih hati yang telah berpaling tadah tu . so lepas ni korang tak perlu lagi berduka . sanggup tak mandi . rela tak makan tengah hari sume okey pose !-_-" 

Ini bukan tips . Ini cara yang terlintas kat ingatan Iyka masa tengah sental2 periuk belanga lepas masak untuk berbuka tadi . sental punya sental gedebuk keluar la idea bernas ni . wee ^__^

present to you !

cari kekasih hati yang baru ! korang cari aje kekasih2 lain yang hot lagi meletup kebabom kat luar sana . banyak lagi okey ! lepas tu korang tayang dekat ex korang tu . bagi bikin panas gitu . biar dorang siap nak tarik2 rambut kat situ . yang jadi pengadilnye korang la . seronokkan ? haha .




kalau tak jadi cara kat atas tu korang cuba pulak cara ni okey !

jadikan semua orang kawan ekau ! kawan aje la dengan semua orang . kalau bole seramai yang bole . selagi bole jadi kawan , ajak aje sesape jadi kawan korang . mamak yang jual roti canai kat bazaar ramadhan tu pon korang bole jadikan kawan . conpem mamak2 tu dapat menghiburkan hati korang yang sedang berduka lara tu . bile dah terhibur senang la korang nak lupakan ex korang tu . amacam ? power tak idea ? haha :)




 kalau tak jadi jugak


kalau still resah gelisah jugak, korang bole bawa menenangkan diri . menyabarkan diri bebanyak . Iyka rasa cara ni yang paling okey kot . sbb kalau kita bertenang akan menenangkan diri kita memang la ! kata orang sabar itu separuh dari iman . oleh itu bawa la bersabar di bulan ramadhan atau pun di bulan bukan ramadhan bole ke ?



kalau ni pon tak jadi jugak 

korang cuba ingat balik benda yang buruk2 lagi jelek pasal ex korang tu . macam die ni jenis kaki pukul ke . kat mana2 pon asyik nak sepak terajang korang aje . tak pon die ni jenis suke korek hedung depan umum ke  eeuuww . atau pon die ni pemalas nak mamp ke sampai nak jalan pon korang kena dokong . Iyka gerenti lepas tu korang terus reject dorang punya la .


kalau ni pon tak jadi jugak

korang bole la hantuk kepala korang laju2 kat siling bilik korang tu . biar hilang ingatan . lepas tu korang bole hidup aman damai tanpa gangguan bayangan ex korang tu . 


still tak jadi jugak ?

korang bole la mintak kawan2 baik korang untuk join sekaki hantuk kepala korang . lagi bagus cari teman yang senasib . bole hantuk kepala sama2 . lebih afdal ! hahaha -_-"


tepek gamba besar2 biar korang juling . tu lagi satu cara ! hee :)

p/s korang cuba la try ! tapi kalau tak jadi atau pon makin worse jangan salahkan Iyka . Iyka tak tau ape2 ayat bela diri . =_=' . lagi satu, Iyka agak keciwa sikit dengan perkhidmatan awam kat Malaysia ni . tak bole ke kalau tak ubah info peribadi pelanggan ? =.= . Bubye !




terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Tuesday, 9 August 2011

Segmen ' Saya Nak Header Free! '



Kali ni Iyka dengan rela hatinye nak join segmen pula . semangat tak ? semangat tak ?  (baru dua aje pon giveaway yang ekau join ! -_-") . Sekarang Iyka nak join segmen yang dianjurkan sepenuhnya oleh Yana KitKat :)


klik banner di atas kalau korang nak join :)
kalau sesape yang berminat nk dapat header yang comey bikinan adik yana ni bole follow segmen ni . korang just tekan banner kat atas dan anda semua akan menaiki pesawat terus ke belog hot beliau ! ^_^

syarat yang disertakan untuk segmen ni pon mudah dan sonang ! tutup mata pon bole wat . ecece :P

korang kena gam banner kat atas tu dalam entry korang
wat satu entry pasal segmen ni
yang paling best kena lengkapkan slogan ' saya nak header dari yana kerana...'
last korang kena pergi ke belog beliau dan paste kan entry anda di sana 



HADIAH die pulak ,korang akan memenangi 5 header . nak tau lebih lanjut sila pergi ke belog adik yana ni okey :)


Slogan ' saya nak header dari yana kerana...'


Ni jawapan Iyka . wee (*^-^*) :
Iyka nak header dari Yana kerana cuba scroll kat atas sikit . haa . dah nampak kan ? Iyka tak ade header yang meletup-letup gitu bak bunga api . sedih kan ? sobsob ! -_-" . Iyka tengok header2 hasil tangan Yana pon hebat2 belaka . Untung Yana pandai wat header yang sebegitu rupe . ecece . 

Selain daripada tak ade header , Iyka memang tak sempat nak wat apatah lagi Iyka memang tidak sekreatif Yana bab2 header ni . Bila Iyka wat conpem huduh sampai Iyka sndiri pon tak nak tengok . haha . lagipun header yang cantik menunjukkan empunya belog yang cute . eh ehh bukan bukan ! header yang cantik menunjukkan peng'design' nye yang terrer dan penambah seri belog tu . bak kata orang dari mata turun ke hati , dari hati menjadi mimpi , dari mimpi menjadi realiti . okey merepek ! pokoknya , ewah ! Iyka nak la jugak rase header buatan asli lagi ori dari Cik Yana kite ni . okey tenkiu ! :)


p/s  sile mengejoin kan diri anda dalam segmen ni sebelum terlambat . cepat ! cepat ! tarikh tutup nak dekat dah ! :)

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika