BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Friday, 19 August 2011

faktor kegagalan pelajar universiti....







Pekabo ? sihat ? hehe . hope semua sihat la ye bulan2 pose ni :) Iyka alhamdulillah sihat ! ecece macam orang nak tau pulak . ggrr -_-'
Beberapa hari lepas . eceh ! Iyka terjumpa satu post ni kat fb . so , Iyka macam sedikit tertarik la . tajuknye seperti yang tertera di atas tu :)   
tapi post dalam ni Iyka dah edit sesikit mengikut kesukaan hati suci ni . hehe . tak tau la korang dah pernah baca belum tapi Iyka saja nak hebohkan kat sini pulak .
berbalik pada tajuk ! kita selalu dengar orang duk mencanang satu kampung yang anak si debab tu tak lulus universiti , anak si joyah tu tak pas2 belajar kat u tu sampai ke tua .  kan kan kan ? pernah dengar tak ? mesti pernah kan ? 
tapi tak bole salahkan pelajar tu jugak . pelajar yang macam kita2 ni ! bagi yang bergelar pelajar la ye :) yang adik2 kat tadika tu jangan berkecil hati . adik2 pon pelajar jugak ! hikhik (^_^)   
Okey ! Let cekidottt apa yang Iyka duk membebel dari tadi ni ! ^^

Jika kita lihat dari kiraan hari ni , sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila mereka2 ni tak lulus ujian . Sebab macam mana nak lulus ? nak belajar pun tak sempat
 
Korang mesti la tau kan ? setahun tu hanya ada 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira bersama2 ! boleh meningkatkan ilmu kematematikkan taw ! ecece . hehe .

Hari Minggu

52 hari dalam setahun. Korang mesti amat2 yakin yang hari minggu tu adalah hari istirehat kan ? Baki tinggal 313 hari . takpe takpe banyak masa lagi .

Hari Cuti Umum

Lebih kurang ada 30 hari cuti umum dalam setahun ye , contohnya tahun baru , hari raya , bla bla bla... so baki tinggal 283 hari . bertenang ye masa masih banyak lagi .

Cuti Semester

Semua pelajar mesti la nak cuti woo . gilo demo tolok cuti ! ngee :) dah sah2 cuti mesti la tak ada kuliah . sape nak pergi kuliah waktu cuti kan ? ngehngeh :) Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih , anggaplah lebih kurang 60 hari . lama tak cuti ? still tak cukup lagi ? mentekedarah cuti betol korang ni (padahal diri sendiri sebenarnya) . hoho . Baki tinggal la 223 hari . tunggu2 ! banyak benda lagi nak kira ni .

Berehat

Baik la ! Seperti yang korang dan jugak Iyka tau , tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan . nak tidur lebih2 lantak korang la kan .  So , dalam 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari ye kawan2 :)

Beribadat

Paling cikai pon setengah jam sehari kita beribadah . lagi lama lagi la bagus ! lagi2 bulan2 ramadhan :) Kita anggarkan 8 hari dalam setahun kita  beribadat . campur tolak darab bahagi semua baki tinggal lagi 95 hari . lama lagi bebb ! lek lu ! :P

Bermain

Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain okey ! kira macam kalau main petang2 kat taman ke padang ke bole menambahkan otot2 di lengan2 anda ye . hoho . paling tidak memerlukan 1 jam sehari . tapi selalunya lebih la ! Kita guna lagi 15 hari . Baki hari tinggal 80 hari . sabar sabar ! main la lagi !

Makan

Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum . kalau bulan pose ni makin lama kot . perut buaya kan ! haha . kalau bulan tak pose lak , cik adik ayu tu tolong la makan laju2 sikit . lebih elok lagi sedikit gelojoh ! eish2 . okey ajaran sesat ! tak elok eh ! untuk makan je dah hilang lagi 15 hari. Baki pon tinggal 65 hari je . cuba pikir cukup ke masa nak study ni ? tengok lagi kat bawah ni ! :)

Berborak

Semua orang suka berborak kan ? tipu la cakap tak suka ! lebih2 lagi kalau mengumpat gosip hangat . memang laju je mulut tu kan ! amboi2 ! hikhik . Okey la, katakan kita ambil 1 jam sehari untuk berbual . 15 hari terpakai lagi . Baki tinggal 50 hari . cuak tak ? lum study lagi ni !

Sakit

Nama pon manusia , conpem  mesti akan sakit la kan . hushh ! bersungguh2 Iyka ni . hehe . tak kira la teruk atau pun tak , mesti akan sakit punya ! Iyka ni macam nak sakit je . ohh ! tidak ! takmo ! mintak dijauhkan penyakit2 ni . ermm paling tidak 5 hari dalam setahun kot kita akan sakit . Baki tinggal lagi 45 hari .

Exam

Iyka paling tak suka sekali time exam menjelmakan diri okey ! apa kata En Exam berehat2 saja . hoho . ermm exam tu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester . ni yang Iyka tau la . paling lama , 3 minggu kot . tak pernah pulak Iyka dengar orang exam sebulan . gilo tu exam sebulan ! tak sanggup edenn ! ngee~ . Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam . Baki tinggal 21 hari .

Refreshing

Untuk menyegarkan fikiran , refreshing itu perlu ! perlu okey ! bukan wajib tapi perlu ! takkan nak study doplohempat jam kan . tak syokk tu ! Tgk wayang dengan jalan-jalan pon syiokk apa ! paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun . kalau takut buang duit je tengok wayang semua tu , bole lah tengok tv . tapi kalau kata buang duit jugak sbb kena bayar bil , tak payah tengok la senang ! so , baki tinggal 16 hari .

Surfing Internet

Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tak pun layan blog isuhangat . hoho .  Kira paling sikit pun purata sejam sehari , agak2 kita perlu 15 hari setahun. Jadi baki tinggal la 1 hari . 1 hari je okey ! bukan 1 tahun !

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI…. !!! Mana boleh belajar ! kena la seronok bergumbira , bergelak golek ! haha :)


sudah terbukti la kini tak bole nak salah kan pelajar ye mak2 bapak2 sekalian . alasan ! ngeh2 :P tiada yang bersalah disini . hikhik :)


p/s  agak2 sape yang jadi follower yang keseratusperatus belog Iyka ni ? ada something untuk orang yang bertuah tu ! hoho . selamat membaca hingga juling bijik mata ! okey boboi !



terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

9 orang menari sakan:

Chuu Muqhlis said... [♥ balas ♥]

proportion sangat hhahaha!

M Fizan said... [♥ balas ♥]

huhuhu...sebab tu lar kita tak perlu belajar..mansuhkan universiti!!!!

aziza esa said... [♥ balas ♥]

mmg x ley salahkan pelajar...hehee

hanyzham hadny said... [♥ balas ♥]

hendak seribu daya tak nak seribu dalih..bila nak exam mana ada tidur sampai 8jam silap hari bulan sejam ja tido....masa makan pon digunakan utk study...makan sambil study...

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@M Fizan yeahh ! habis la kalau cmto . lingkup la u t . hahaha :P

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@aziza esa ye betol ! hehe :D

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@hanyzham hadny yg tu bila nak exam la kan . kalau tak exam jangan arap nk wt cmto ! semua nak wt last minute . hehe .

chiLleD...!! said... [♥ balas ♥]

owhyeah..pasni leh bagi alsan ni kt mak bapak kalau xlulus belajar..hehehe

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@chiLleD...!! boleh boleh ! hehe :P