BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Tuesday, 15 November 2011

itu kawan saya #part 4 ***sambungan***


ini entry sambungan dari entry lepas . kepada sesiapa yang tak sempat baca atau pon dah baca tapi tak sempat nak teliti nama2 yang ada dalam entry Iyka yang jiwang karat tu boleh klik kat SINI . tu pon kalau nak la . kalau tak nak tak payah la sonang je . tak payah pikir macam nak hilang akal -.-

kali ni taknak cite pasal f5p1 dah . entry menyingkap kembali perangai sorang2 kita buat lain kali lah yeee :) peace yooo ! detik ni dan saat ni jugak nak cerita pasai roomates Iyka yang sangat2 tak tau nak cakap macam mana . hahaha :P

beberapa bulan kami menjadi roomate.masa ni lynn nak keluar matrik :(
actually kitorang berempat roomates tapi bulan bape tah lynn keluar matrik sebab nak pergi SPA . bukan SPA yang tempat urut2 kaki atau pun urut badan bagi nampak slim ramping bak model iklan shampoo tu eh \kenapa iklan shampoo? itu menjadi tanda tanya. haha/ . tapi SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Mula2 Iyka pon taktau apekebenda espiea ni tapi bila dengar orang sibuk apply kata senang dapat kerja semua baru ler tau . daif sungguh ! daif ke naif ? errr . 

maap kan saya sebenarnya saya dalam keadaan yang taktau nak tulis pasai apa -.- ukukuk

hmmm . okeh ! lets begin ! first of all, mari saya perkenalkan roomates saya yang tersinta ini.

Diyana . Roomates yang paling rapat dengan Iyka :) Giler k-pop sampai Iyka dah berjangkit toink toink -.- . Beliau la yang memperkenalkan Suju kat Iyka . Dari Iyka taktau apa-apa pasal mende alah tu tetiba boleh jadi super duper expert . kahkah . sape caye taktau nak cakap apa la . haha . sikit2 tu bole la :) Memang banyak kenangan Iyka dengan Diyana .makan sama2 . Iyka ingat lagi kita tengok movie sama2 kan diyana . tutup lampu biar gelap gulita pastu peluk bantal sambil makan cekedis :) time nak exam pon boleh tgk movie. konon nak release tension -.- . pastu jerit2 time tengok cite hantu thailand ke indon dgn Ieka bilik depan :') rindu...

Lynn . Walaupun perkenalan kita hanya seketika cuma tapi best dapat jadi roomate Lynn . basuh baju sama2 . Makan sama2 . Semua kita pernah buat sama2 . tidur je tak sama2 . mandi pun tak sama2 . lebih la tu -.- 

Zura . Kita memang tak rapat sangat tapi memang seronok jadi roomate Zura . dapat kenal dengan Zura . Borak2 dengan Zura :) Kesimpulannya memang best roomates dengan korang :)


masa ni kitorang pergi jejalan tengok pemandangan indah kat KMM je pon -.-

masa ni tak ingat nak pergi mana.Haaa.g dewan untuk apa tak ingat-.- baju biru tu diyana:) yg 2 org lagi tu jiran tetangga kitorang.hehe
masa jamuan raya KMM yg mcm tah hape2.baik takyah buat.kanan sekali jiran tetangga Iyka jugak, Faz :)

sem1.before larian kakom tak silap.ohh God.i already lost my memory.dah tua -.-

wif my wingmates and 2 ekor budak persatuan budak2 baik F5P1 :p sory i call you ekor.haha
me wif diyana and my two besties :)

dekat bilik yg bersepah giler.taken wif diyana again and jiran bilik depan:)
before pergi jamuan blok B3.theme: purple colour:)

wingmates yang memang happening giler.bising!wingmates Iyka kat UPM semua penyeyap

nampak tak apa yang warna hijau tu.Ya!itu lah gayung.haha.prop drama kitorang.tehee:)
last but not least,inilah bilik Iyka yang tersintan.bersepah.jgn hiraukan barang2 yg mcm tongkang pecah tu.hiraukan org yg berbaju oren tu je.hakhak


maap . gambar Lynn dengan Zura tak banyak :( t kalau kita jumpa lagi kita snap pic bebanyak biar penuh folder eh :) sebagai tanda maap . terimalah...


Lynn :) yang kanan ye bkn yang kiri.harap maklum-.-

zura :)

p/s  kawan2 Iyka memang ramai:) akan ada entry itu kawan saya #part 5. marilah kita sama2 nantikan . Ecehh . hakhak . k boboi...

TAMAT!


ikhlas,
Zarif Zulaika:)



terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Wednesday, 9 November 2011

itu kawan saya #part 4


ehem2 . betulkan anak tekak yang dah senget sambil menghirup udara segar yang kian hilang . apa yang Iyka merepek dikala orang semua pergi kelas ni ? errr . maap ye . hehe :) actually post ini Iyka buat untuk ingat balik kenangan Iyka dekat matrik bersama kawan2 yang ohsem dan jugak cikgu2 yang fantastic ! :D

ye Iyka tau dah part 4 tapi chill la der . baru part empat belum part doploh lagi . kiki :P
ehem2 . kali ni tak betulkan anak tekak tapi betulkan kerongkong pulak . lagi macam erkk . okey merepek . hehe :P let start our story . ops my story . hehe :)

masa matrik lain betul dengan zaman dekat u ni yakni sekarang ler . totally difference i tell u bebeh ! pasai apa ? pasai kat sini mana ada group dah mcm F5P1 . hehe . yup ! ini kelas Iyka dekat matrik . kelas paling bising . paling giler2 sewel . paling malas kot . paling sempoi . paling2 segala lah ! haha :)

maap tak clear sangat tulisan nye.kalau nak clear sila tekan control then picit tulisan diatas ni :)

special for you all :)

seperti biasa mesti la ada someone yang rapat dengan Iyka kan . tapi ini bukan someone tapi somefive . hehe :P mereka ialah dum dram dam dam \siap bunyi drum bagai mcm nak menang award.ada ke menang award siap ada bunyi drum.conpius.hahaha/.

Rabi aka Adawiyah . dekat upm org panggil dia Ada . tapi Iyka dah terbiasa panggil dia rabi . orangnya kecik2 je . tapi kecik2 cili padi taw . jangan memain . pedassss ! hehe . Iyka paling rapat dengan dia . pergi mana2 mesti sesama . mana ada dia mesti ada Iyka . mana ada Iyka mesti ada dia . sobsob :'( sedih pulak tetiba . kitorang sama UPM :) tah macam mana boleh sama . dah nasib kot . dengan kak ina jugak ^_^

bella . orangnya lawa . ramai peminat kot . sorang yang pemalu . hikhik . tapi kalau dah lama2 kenal takde maknanya malu2 . hehe . Iyka dulu suka sangat gaduh dengan dia . cop2 bukan gaduh tarik2 rambut campak2 masuk dalam tong sampah eh . ni gaduh2 manja . biasa la kan . kalau tak ada usik-mengusik ni tak besh la . hehe . hari2 mesti ada je yang kitorang bebel2 . masing2 nak menang . tapi stop sampai situ je la . takde la sampai nak tarik pergi medan gusti . hahaha :P

kak piqa . orangnya pon lawa jugak . actually kawan2 Iyka semua lawa2 . ehem2 . tengok kawan dia ni jugak la kan . haha :P kak piqa ni orangnya lembut je . sudah berpunya dan sangat2 baik . suka buat muka cute . haha . besh sgt kawan dengan kak piqa . dulu dia pernah cakap muka Iyka sama macam adik dia ke sape tah . tapi someone yg die rapat . lepas je dia cakap macam tu . rasa macam takde rasa ! hahaha . tak la . rasa macam okey je la . kiki

kak lisa . orang ganu . kalau kak lisa ni cakap ganu memang pekat la tapi comel . haha . ketua blok ! hehe . kak lisa ni rajin sangat . masa dulu kat matrik kalau takde kelas ke mesti dia bukak buku je . tapi taktau la dia baca ke tak . entah2 buku yang tengok dia . hahaha :P Iyka paling suka dengar dia gelak . kelakar sangat . hehe . mende yang lawak lagi buat Iyka nak gelak kalau dengar dia gelak . hahaha :P

kak wawa . wardatul syauqah :) kakak yang sangat2 caring . selalu nak yang terbaik untuk orang lain . selalu nak jaga hati orang lain . independent ! taknak susahkan orang lain . selalu bagi nasihat . nasihat2 dia tu memang best . kiranya semua orang lain dululah . dia kemudian takpe :) kak wawa selalu buat orang lain senang dengan sikap dia . buat orang tak kekok :) Iyka rasa dia memang sorang kakak yang sweet sangat . kak wawa , semoga bertemu dengan solihin eh :)

masing2 giler2.seperti biasa kak lisa takde sbb bz berpersatuan :)

time ni cukup 6 ahli.tp dlm gamba tak cukup sbb kak wawa murah hati nak tangkap gamba :)

first time pergi sini sbb nak tangkap gamba punya pasal.huu :)

kami , budak2 persatuan budak2 baik F5P1 dan kak lisa pengerusinya manakala rabi pula adalah setiausahanya memang selalu sama2 . pergi makan sama2 . pergi kelas sama2 . tiru2 sama2 . eh . ni satu kelas kot . haha . normal okey ! normal ! macam korang tak pernah meniru . haha . entah2 siap fotostat hantar benda yang sama . haha

selalu kalau hari isnin masing2 mesti gelabah . gelabah nak hantar report ! bukan gelabah hape pon . report je kot . je kot !! hahaha . satu kelas akan hiruk-pikuk dgr suara kitorang tanya2 dah siap report belum . dah la report kimia dengan fizik kena hantar hari isnin tak silap . sory dah lupa lah sikit2 . ohh porgive me . wuuu

hari2 kat matrik adalah hari yang penat sangat2 . makan tak cukup . tidur tak cukup . enjoy tak cukup ! okey menipu lebihh ! cukup sangat sampai sempat tengok cite korea . kan izzah kan ? hahaha :P 

hari jumaat pulak hari yang paling best sbb boleh balik awal . tapi kalau ada perjumpaan mentor-mentee ni mcm huuhhh . menguji tahap kesabaran giler . tak boleh ke kalau tak ada ? menyusahkan hidup org . ingat boleh rehat tapi kena bawak diri pergi tidur dekat library pulak . hahaha . kantoii tidur . kiki . tak la . best jugak sebenarnya program ni (dgn nada terpaksa takut kena lempang dgn sir reza . kiki :P)

kalau hari jumaat tu kitorang dapat keluar awal . tenkiu puan marleene (betul ke ejaan dia .hentam je la.dia tak baca kan.haha) . cikgu fizik lab kitorang . kitorang reramai cnpem macam orang hilang akal lari2 semata2 nak beli makanan . sbb kalau dah ramai memang sengsara la nak hidup kat cafe B tu . silap2 kau lesap dalam himpunan manusia . hahaha . hiperbola giler . hehe 

for your info, Iyka and the geng ni memang giler gambar . weee . walaupun masing2 takde DSLR tapi kamera cap ayam pon kami rembat asalkan boleh tangkap gamba . pedehal ? keluar jugak gamba tu . ada jugak kenangan :) puas jugak hati kitorang . haha

banyak sebenarnya kenangan kitorang bersix-six together2 . hancuss ! ni kalau sir hassan baca memang kena tenung la . hahaha . peace ! okey disini diselitkan sedikit kenangan kitorang . ni sedikit per banyak taw . takkan nak tunjuk semua . lambat loading nanti belog Iyka ni :)










last day menjejakkan kaki ke matrik melaka.sobsob :'(

last day kuliah.last day kuliah pon nak tangkap gamba bapak byk.nampak sgt giler gamba.wee :D

bersama sir jai dan sir hassan.gamba dgn sir sapiyan dan pn marleene tak jumpa.kan dah kata byk giler gamba kitorang :P


actually kitorang satu kelas memang rapat tapi normal la kan mesti ada puak2 sikit . normal la tu :) tapi kitorang memang rapat :D paham tak ? paham ? okey cukup ! 

sebenarnya Iyka pon pening nak letak gambar mana satu pasai banyak sangat . pilih gambar aje dah rasa macam nak jawab soalan spm . parah parah ! bukan farah eh . kiki . nak tengok lagi gambar ? sila ringankan jari kaki bukak fesbuk Iyka . hahaha :D

kenangan paling best Iyka rasa masa kitorang ramai2 pergi trip . takde la trip mana . tapi boleh la . pergi pengkalan balak je pon . okey jangan tanya kat mana . peta malaysia pon taktau ke ? -.- . malaysia ni bukan besar mana pon . 

gamba trip ni je dah sampai 3 folder yg penuh!dashyat!
ni masa sem 1 :)
p/s  fuhhh . panjang giler kot . karangan ! for my roomate next entry eh . tak larat ! haha :D 

pesanan ikhlas dari owner kepada F5P1 : tenkiuu korang sbb jadi kawan kita :) semoga berjaya kat mana2 pon korang berada . semua kenangan kita dekat matrik memang langsung tak sama dengan kat U . so , jangan buang F5P1 dari hati korang eh :) kalau ada ruang dan izin dariNya mungkin kita boleh jumpa lagi . InsyaAllah :)

 Ikhlas,
Zarif Zulaika

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Monday, 7 November 2011

itu kawan saya #part3



Iyka rasa zaman sekolah la yang paling besh selain zaman matrik :) rindu pulak rasa . time zaman sekolah menengah dolu2 Iyka jadi pengawas . jangan main2 taw dengan akak pengawas ni . hehe :P 

time sekolah menengah Iyka memang ramai kawan . Iyka tak pilih pon sape yang Iyka patut kawan . Iyka on je sape yang nak kawan dengan Iyka :) tapi Iyka memang tak rapat dengan semua orang . actually senang nak rapat tapi susah nak rapat . acane tu ? takpe takpe ! bukan korang aje yang tak paham ape yang Iyka cakap . Iyka sendiri pon tak paham ! kahkah 

masa form 1 , Iyka kelas 1 Utarid . kelas kedua :) sbb masa darjah 6 result tak berapa nak bagus sbb kes main lari2 tak cukup sifat seperti di entry INI -.- . tapi jangan riso . i will do better InsyaAllah :) form 2 sampai form 5 , Iyka kelas Suria . naik satu kelas . tapi tak bermakna that i was smart enough yeh . hihi .

cakap pasal kawan balik ye semua ! topic asal kte hari ni :) okey meh Iyka kasi tau kawan yang paling best2 sekali dalam hidup Iyka . wan opkoz ! kitorang sama sekolah until form 3 je . form 4 wan dah pindah sekolah . tinggal la Iyka di sini keseorangan menghitung hari . ecece . tak la ! masih ada lagi kawan2 yang superb ! 

azreen . kawan yang baik sangat2 dan sentiasa paham kawan2 dia . selalu nak jaga hati orang lain walaupun hati sendiri sedih serta terluka . sobsob . dekat Azreen jugak, Iyka salu kongsi semua masalah Iyka . Semua ! takde tetinggal satu pon kot . kalau nak tau rahsia Iyka sila korek dengan Azreen eh . tu pon kalau die nak cite la . tapi Iyka tau die takkan cite sbb kita sayang awak azreen ! baik2 taw dekat perlis sana . hehe . semoga dapat jodoh orang perlis . hahaha :) 

unna . best sangat kawan dengan unna ! ingat tak unna tegur kita masa mula2 kita masuk form 1 :) kite ingat lagi unna macam blur2 first time masuk kan . tapi lepas tu bukan main ye . hehe . dulu kita start rapat masa form 3 kan tak silap ? dulu2 to be honest la , kita salu termakan kata2 org yg cannot accept you as you are . but after kita rapat dengan unna , now i'm realize that you're such a good friend malah sangat baik ! thank you unna sbb sudi jadi kwn kita :)

fatin shukri . nama penuh sekali Iyka bagitau . hihi . Iyka panggil dia , fatin shuk sbb ada banyak fatin dekat kelas Iyka dulu :) fatin pon sorang yang sentiasa nak jaga hati kawan2 jugak . sama macam kawan2 Iyka yang lain . semua baik2 <3 tapi dengan fatin tak banyak sangat memori yang Iyka ingat sbb dia pon pindah sekolah masa form3 dan tak pernah jumpa sampai sekarang :( banyak kali dah plan tapi langsung tak jadi . t kite plan lagi eh tapi pastikan jadi taw ! :'(

lily . Iyka pon sempat rapat dengan lily . blogger jugak :) sila singgah ke belog beliau eh . eh lupa ! unna pon blogger jugak :) Iyka rapat dengan lily masa form 4 . masa tu Iyka, Azreen, Unna, Miewa dengan Lily segeng . sekarang pon still rapat lagi kan lily ? hehe :) lily ni jenis yang salu nak solve kan problem orang walaupun diri sendiri ada problem . suka gelak2 tapi kadang2 suka bad mood jugak . Iyka tak suka bila dia bad mood . nampak hot ! hahaha :P

mira . sorang gengster kampung pisang yang baru pindah ke sekolah kami semua . mula2 tak rapat tapi mula rapat masa form 4 . gila2 . pelat R . hehe . kawan yang baik la senang cite :)






banyak lagi kawan2 Iyka yang lain . semua baik2 . semua pon setia kawan . semua pon kawan yang terbaik :) okey biar Iyka mention dekat sini eh . 

ili . azie . atika anuar . dayah . atiqah . fizah . alwani . naim . aishah . nisa . umie . tura . fuzah . darwish . ikmal . dzul . teng . shad . nia . phavan . vishnu . kavi . darshan . asmahan . mira aqila . intan . uqbah . capik . thiviya . shila . darwen . muiz . fizan . azizah . intan azila . farah . wani .  semua lah ! sory la kalau ada yang tertinggal . mungkin tak ingat nak tulis kat sini tapi tetap ada di hati . ecehh . hehe :D

detik2 yang paling best sekali Iyka ingat masa detik2 nak exam SPM dulu . macam2 kenangan ada . kitorang reramai sama2 stay kat sekolah semata2 konon nak study . study last minute tu memang tak bole dipisahkan dengan kami . bagai isi dengan kuku ! hehe . masa tu masing2 bukak buku belaja sama2 . gelak2 . makan2 sama . ingat lagi ada masa bila tah phavan pegi beli makanan naik moto . takut je Iyka time tu . bukan takut ape . takut rambut dia yang diikat tocang panjang mengurai tu ditiup angin . hahaha . kang tak pasal2 mamak al- malik tu jatuh cinta pandang pertama . kahkah :D

macam2 yang kitorang wat sesame . bole kata semua sesame ! banyak betul la kenangan kitorang semua ! takkan nak mention sesatu kan . lebih la tu -.- . 

antara yang Iyka masih ingat , masa kitorang nak cat kelas dulu . kelas 3suria . masa tu dah terserlah la semangat gotong-royong dia . masing2 wat kerja masing2 . ada yang cat kelas . ada yang hias kelas . lap tingkap semua . Iyka buat bintang2 warna-warni lepas tu tampal dekat siling and then buat huruf A atas kertas warna-warni untuk tampal dekat siling jugak . konon macam kitorang nak grab A dekat atas kepala kitorang tu la . amacam idea ? hehe . tapi ada A tu yang jatuh bila ribut -.-

banyak la kenangan lagi . pergi beraya sesama . pusing2 satu taman jalan kaki taw . walaupun penat tapi jalan kaki lagi best dari naik kereta . dapat hirup udara segar . segar ke ? haha . 


p/s  lately ni Iyka rasa suka sangat nak bagitau semua orang pasal kawan2 Iyka . pasal family Iyka . rasa mcm thankful to Allah sbb bagi family dan kawan yang baik sangat :) part 4 ada lagi taw . biar korang nak muntah dengar cite Iyka . hehe . boboii . have a nice day ! 


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Friday, 4 November 2011

itu kawan saya #part 2



again about friends lagi :) yeahh ! masa sekolah rendah dulu Iyka memang tak ramai kwn baik . kwn setakat biase2 teman pergi beli gula2 kat mak cik kantin tu ramai la opkoz . hee :P kanak2 memang suka gula2 . sekarang pon suka lagi . okey stop -.-

gamba takde kena mengena dgn entry.gamba ni mcm poyo giler kan?haha

Dulu Iyka sekolah rendah kat SKSM . nama panjangnye Sek Keb Seri Melati . unik kan name sekolah ni . hee . okey Iyka tau tak panjang mane pon . berlambak lagi nama panjang2 . akur >.< tp sekarang sekolah ni dah tak wujud dah :( bkn sbb dimkn anai2 atau di robohkan apatah lagi dibiarkan tanpa penghuni . 

sekolah ni telah diubah namanye menjadi SKSI ataupun Sek Keb Setapak Indah . Iyka pon taktau nape mesti ubah nama tu tp mybe sbb ikut nama tempat kot . ala . normal la kan . kalau nama tempat tu Padang Jarak Padang Kemarau , nama sekolah pon nak Sek Keb Padang Jarak Padang Kemarau -.-

okey dah lari topic . sepatutnye Iyka wat tajuk Itu Sekolah Saya -.-'

actually masa Iyka darjah 3 or 4 mcm tu Iyka ada sorang kawan baik . nama die Syahirah tak silap . kitorang g mana2 salu sesame . makan sesame bersiar2 pergi toilet semua sesame . orgnye kecik2 je . beza dgn Iyka yg tinggi ni -.- . dlm sedang kitorang memadu kasih . cehh . die kena pindah sekolah sbb family die nk pindah rumah . at first Iyka dgr die nak pindah , Iyka pengsan tak sedarkan diri . okey tipu ! sedih cukup la wehh ! :'( yelahh terpaksa berpisah dgn bestfriend kn . sobsob :'(

tp before kitorang pisah , kitorang sempat tukar2 num fon alamat address sume . mule2 kitorang still contact lagi . after 1 month cmto kitorang lost contact sbb die tukar num and die tak bagitau num die yg baru . Iyka macam "mana die pergi ? nape num die takde bunyi tutt tuttt mcm salu ? die dah tukar num ke ?" .korang paham tak ? korang paham tak ? okey emo kejap ! =.=

at the same time , Iyka kenal dengan Wan :) kenal masa darjah 4 . ingat lagi 4 Pintar ! pintar kan kite dua ,wan . hehe :D kenal nak dekat setahun tapi tak rapat . mula rapat time nak amek hadiah kecemerlangan :) dia  dpt num 1 . Iyka num 2 . berebut kitorang nak dpt num 1 tp last2 wan yg menang . tahniah wan aka doctor to be :) start tu mula rapat sangat2 ! until now <3




rindu awak wan ! :)


mcm2 yg kitorang kongsi . rahsia peribadi semua dah ada dlm perut kitorang . haha :D rasanye dia la kwn yg paling lama Iyka kenal and opkoz lebih paham Iyka :) yg paling bestnya kitorang still contact lagi . hopefully tak lost contact k :)

and then masa darjah 6 ,Iyka rapat dengan Auji , si gadis manis yg rumahnya tak jauh mana pon dari rumah Iyka . actually semua pon tak jauh tp jarang giler jumpa -.- . Faezah , yg agak giler2 . Ros , yg dulu Iyka ingat lagi kitorang panggil dia ayam tak silap . haha :D . Tasha , suka gelak giler2 . rindu dia punya gelak2 . hahaha . Ili , yg amat la kelakar . apa je yg keluar dari mulut dia sumpah kelakar . dia yg menyebabkan kitorang ketawa tak henti2 tambah2 lagi bila Tasha gelak . haha :D

kitorang mula segeng sbb kitorang satu kelas , 6 Jujur :) mula2 masuk kelas tu mcm boringnye bosannye sbb takde kwn . wan pulak kelas lain . Iyka cam lonely giler sengsorang tp lepas tu start rapat dgn geng giler2 sewel ni . hahaha :P sporting ahh korang ! 




bila nak date ?


Iyka ingat lagi , masa rehat dikala semua murid2 sedang menjamu selera mkn nugget sebatang sorang , kitorang bole main kejar2 . tak peduli langsung org lain . lari2 kt dewan mcm dewan tu kitorang yg takluk . hahaha . siap jerit2 . woii woiii dengan suara dan muka yg ganas tu dah biasa dah . bila jatuh kain terselak langsung tak tau malu . kahkah . main lumba lari . main nyorok2 . haha . lawak pulak bila ingat balik zaman tak cukup sifat dulu . haha . 

kitorang ada satu tabiat buruk . kitorang suka benor ngejek sorang ustaz ni . ustaz kamil ! asal kitorang nampak ustaz ni mesti mulut ringan je nak ngejek , "Eh... Ustaz Camel lah" . pastu gelak maha dahsyat . hahaha :P ustaz ni suka sangat sakat Tasha . tu sbb kitorang tak suka die kot -.-

cu try bayangkan kalau sekarang Iyka main kejar2 dekat dewan UPM conpem lagi yakin hari tu detik tu jugak kena maki . dah la org2 kat sini semua garam2 -.- . 

p/s  bila kita boleh jumpa lagi ? asyik plan je tp langsung tak jadi :( . kepada kengkawan SMKSI nantikan part 3 pulak yee . bajet sungguh mcm orang nak baca je -.-' . btw sesape  yg rasa rapat dgn Iyka tp Iyka lupa nak sebut tu maap lah eh . kiki :D k boboii :)

*masa dulu2 zaman budak2 sekolah , org panggil Iyka, Zarif :) tp dekat UPM kengkawan panggil Iyka :D

 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika