BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Friday, 24 February 2012

psssttt... nak bagitau ni


Hari ni bersamaan hari Jumaat penghulu segala hari hari yang ada iaitu hari Isnin Selasa Rabu Khamis Sabtu dan juga tidak ketinggalan Ahad. bertarikh 24 Februari 2012. tepat jam 6.15pagi subuh yang hening, terdengar jeritan nada alarm yang telah diset semalam oleh jari jari tuan empunya badan yang bernama Zarif Zulaika. kenapa Iyka cakap macam ni eh? bajet macam buat karangan pengalaman anda pulak. hewhew. malu aiii :))


nama je set jam pukul 6.15 tapi bangunnya nak dekat pukul 6.30pagi jugak. nasib bukan 6.30petang -.- .bangun bangun terus pergi mandi sembahyang makan muffin then terus bergerak menuju ke fakulti untuk menuntut ilmu bagi menjadi pelajar cemerlang dekad ini. azam baru! azam baru! ^^ 


masuk je dalam dewan kuliah terus duduk dekat kerusi yang disediakan oleh UPM. bagus lah UPM! sungguh memahami. kenapa Iyka perlu cakap dengan detail sekali?-.- tiba tiba sebuah tangan menghulurkan sesuatu pada Iyka. jengjengjeng taktauk! sebuah tangan eh? errr


bersambung

-----------------


tak paham apa motipnya perkataan 'bersambung' tu -.-' konon nak buat ala ala suspen gitew. kahkah

nak tau apa yang terjadi? tengok gambar bawah ni!



ni meja Iyka :) botol air banyakkan? sekarang musim panaslah katakan -.-


tapi bukan botol air yang Iyka nak cakap.cuba tengok kotak yang ada atas meja tu. weeehee :))


tak nampak? kasi zoom sikit hah! nampak?


tak nampak lagi? haaa sudah! hehe :P

apakah di dalamnya? tengtengteng tongtongtong tingtingting. gagaga



ini dia! comel tak? comel tak? comel giler weyy! doraemon siapp! macam dalam my girl sehh! terharu. sobsob. wuuu. 




nampak tak ke-eksaited-an tu? wahaha. ye gua eksaited! orang bagi beb mestilah eksaited! kalau gua beli sendiri gua tak eksaited macam ni. kihkih.



see! gambar eksaited melampau lagi. tapi tak melampau sangat. wahhh. yela. muak tengok gambar aii kan. pi button X dekat atas sebelah kanan anda okey! aii tak marah. aii tak kecik hati. huuu :(( dan abaikan sekali latar belakang gambar ni! buat buat tak nampak okey! -.- jangan tegur! aii malu. huuu



ni gambar bajet candid! padahal dah tak berapa nak candid mana pon. hewhew :DD again bersama mr.doraemon panah cinta gituu ^^

thank you taty! bagi kita doraemon comel tu :))


gadis bercermin mata yang tengah buat peace yoo tu yee. itu lah taty titu. hehe
 boboiii :))
 
terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Sunday, 19 February 2012

cinta zaman sekolah?


cinta zaman sekolah? sape pernah  bercinta masa zaman sekolah ni? sila angkat tangan mengaku segera! cepat cepat mengaku! oh taknak mengaku yee? baik! okey fine! ^^


cinta zaman sekolah ni nama glamor dia orang panggil cinta monyet. cinta monyet okey! Iyka selalu terpikir kenapa tak cinta ayam ke cinta beruk ke cinta cipanzii ke. kenapa mesti cinta monyet jugak? dunia dunia... -.-



perasan tak mak bapak kita selalu marah marah tak bagi kita bercinta masa zaman sekolah. pernah ke tidok kena berleter gara gara bercinta zaman sekolah? pernah? tak pernah? Iyka dulu masa budak budak hingusan dulu selalu pikir kenapalah ibu marah benor kalau bercinta cinta zaman sekolah. bukannya mati pon bercinta masa sekolah. hidup je sampai sekarang. amboi kauu! ni masa dulu lah bukan sekarang. sekarang dah tau kenapa ibu marah bermati matian sampai sanggup baling bantal. errkkk. bantal je -.-


bagi Iyka mesti ada sebab kalau mak ayah kita marah marah. sama jugak bercinta masa sekolah. mesti ada sebab dia kenapa depa marah. take it easy :)


mereka takut anak mereka tak pandai jaga diri


tau lah hang dah besau dah akil baligh dah boleh jadi mak bapak budak tapi jiwa remaja ni lain macam sikit. kalau boleh semua benda nak cuba. nak buat itu nak buat ini. kalau benda tu dah memang sah sah mak bapak tak suka lagi suka kita nak buat. so ini yang mak ayah kita takut adik adik :) lebih lebih lagi anak perempuan lagiiii dorang takut tak senang duduk. kalau boleh anak perempuan tu nak kena sentiasa depan mata. duduk bawah ketiak. hihi. best apa. hahaha ^^





kadang kadang boleh tercicir pelajaran

bukan tercicir duit eh. tercicir duit singgit dua boleh tahan lagi tapi kalau tercicir ilmu semput nak kejar balik semua. menangis wooo. masa tu menangis tak berlagulah hangpa! sudah semestinya kalau dah couple mesti nak selalu jumpa. oh tak! boleh jumpa dekat sekolah. haaa. dekat sekolah ni lagi payah. masa cikgu sibuk terang pasal biologi subjek paling susah nak hafal abad ini masa tu jugak balak nak lalu depan kelas. apa lagi? mata sibuk menerjah ke luar di sebalik jendela sambil merenung ke luar dengan ayu. dah mana perginya bio tadi? sendiri mahu pikir.


duit berjuta juta habis


duit! duit! duit! kertas yang paling penting semesta alam. tapi kertas ni korang tabur dekat tauke topup. oh sungguh sadis bila kukenang kembali. bayangkan okey. sekali topup 10 hinggit. malam tu call makwe call pakwe. tak sah kalau tak sampai balance topup jadi 2 hinggit. esok mesej mesej tup tup tak dapat send. tak deliver. katanya topup dah habis. topup balik. berapa ringgit dah habis? fuhhhh! kutiup duit bagai abu. hahaha. 


masa tah kemana 


adakah masa boleh dibeli? tak! adakah masa boleh diulang balik? tak! so? kita dah buang masa lah gamaknya! kalau nak study bukan main ngantuk lah siap tersenguk senguk kena kasi tongkat mata dulu tapi tu pon tak jadi. mata asyik kata kat otak suruh mesej pakwe makwe. lepastu otak yang dah angau tu pon dengan senang hati kata dekat tangan suruh taip mesej. pulak dah kalau mesej bukan sekali dua je. tak boleh nak kira berapa sms satu hari -.- . sampai tak boleh nak stop. see... dah buang masa dekat situ. ohh naif nya kita :'(




lagi 1 mereka takut kita bercinta dengan monyet!


yaa! monyet! monyet disini maksudnya tak boleh harap! tak boleh pikir! tapi ada monyet yang tolong petik buah kelapa kan? tak tak. ni jenis monyet tak kenang jasa punya. mak ayah kita sayang dekat kita. dorang takut kita tak kuat kalau kena tinggal dengan pakwe monyet atau makwe monyet tak guna ni. frust menonggeng nonggeng sampai satu kerja tak boleh buat. ingatan jiwa nurani sanubari semua dah dibawa pergi kata orang. habis makan tidur semua taknak. makan pon tak nak! benda paling Iyka nak sekali! hahaha. pon tak nak dah. begitu hebatnya. 




memang bercinta best tak nafikan lah :) tapi bercinta zaman sekolah walau best tapi bila korang dah besau dah belajar merata rata dah kerja korang akan rasa cinta zaman sekolah dulu macam takde apa apa. buang segalanya lagi ada. serius! so pikir pikir kan lah :) bukan Iyka nak korang cerai saat ni jugak. karang tak pasai pasai ada jugak orang yang murung murung tak boleh study pulak kang. hehe. just pikir balik je ^^. pikir tak salah yee :) lepas tu buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. please jangan buat keputusan untuk orang lain. hoho. boboii :)


p/s  Iyka dah sampai UPM. waaaa. rasa nak balik rumah balik walaupun tak sampai 12 jam Iyka dekat sini. sob sob :'(
 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Monday, 13 February 2012

the story of us - second giveaway


jom join GA ni cepat before tarikh tutup :o tak lama je lagi okey! kali ni Iyka join GA dari sorang blogger ni. jangan tunggu lama lama kalau nak join klik sini.

tepek banner besau besau gedabak :)

tuan punya GA ni suruh Iyka tag 2 orang blogger lain so dengan ini Iyka tag Death Fetish dengan Ah Len :) okey thank youuu.
terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Sunday, 12 February 2012

Contest Picture BFF Awsem


dah lama kiranya Iyka tak join contest atau GA dan kali ni Iyka terasa nak join contest dua orang blogger ni :) kenapa Iyka join contest ni? kenapa? kenapa? sebab contest ni pasal bff ^^ so moh ramai ramai join kalau rasa bff korang the best and kebabommm.





so Iyka rasa macam nak join contest ni dengan mempertaruhkan gambar kami yang tak seberapa ini [gambar Iyka yang tak seberapa, gambar bff Iyka memang ada seberapa :)]



ni best friend Iyka masa zaman sekolah menengah dulu :) masa ni dekat pizza hut nyum nyum. kitorang makan besar time ni. hahahaha. saja pergi makan makan sebab una [tengah] dengan wan [2 dari kanan] rumah dorang jauh dari rumah Iyka. so lama tak jumpa dan kalau dah jumpa memang rasa nak spend time lama lama :) dan sekarang pon kitorang dah lama tak jumpa sebab masing masing study jauh jauh. dah susah nak jumpa :'( mira dengan fatin takde dalam pic ni sebab dorang tak dapat join :(:(:(




this is my best best best friends masa dekat Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah, Melaka, Malaysia :) masa ni kak piqa dengan kak wawa takde sebab mereka yang tolong snap this picture. ohsem kan? silalah jawab yeee pleaseeee. hehe. masa ni dah petang dalam pukul 4 ke 5 macam tu lah. baru habis kelas before nak melangkah ke bilik masing masing. before tu kitorang singgah dekat sini dengan satu niat di hati nak bergambar gambar :) psssttt kitorang memang gila gambar! fakta okey! hohoho




ohhh ini pula sahabat terbaik Iyka di UPM :) masa ni nak tangkap gambar bersama sama coursemate dan wajiblah kena ada gambar kami berlima bersama sama dalam satu gambar [paham tak ayat macam tah hape hape je-.-]. dorang memang terbaik! gila gila dan cool bercampur menjadi satu. hikhik :D

ehemmm maaf kepada owner contest sebab letak sampai 3 gambar hahh. kemain yee. hoho. Iyka taktau nak pilih yang mana satu best friends Iyka untuk dijadikan mangsa dalam contest ni. hikhik. so terpaksa letak semua sekali. kikiki ^^. okey thank you. boboiiii :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

bye bye sem 1 hye hye sem 2



umur dah bertambah 1 angka. menjadikan Iyka genap 20 tahun dah. ohh mana pigi 1 di depan. tidak tidak! nehii nehii nehiiiii! oppp masih 19 tahun lagi sebab birthday Iyka bulan 8. kihkih. fuhhh selamat! tapi bukan itu yang Iyka nak ketengahkan disini. bab tu biarlah di ketepikan buat sementara waktu -.- [hakikatnya taknak percaya umur dah nak masuk 20.hihi]


okey! merujuk kepada entry diatas [diatas tu maksudnya yang INI lah]. siapa yang tak baca lagi conpem dah ketinggalan. pi baca cepat pi. haishhh! ^^. korang baca then korang paham eh. wee :) 


tahun 2012 dah lama berlalu. dan sekarang pon dah masuk bulan 2 dalam tahun 2012 so bermakna tahun baru bagi semua orang especially students macam Iyka ni sebab bermula sudah sem baru bersama sama azam baru bukan azam nama pakwe kome eh. semangat yang baru okey! sem 1 dah habis dengan macam macam cerita dan kisah suka sedih takut cuakk dan macam macam perasaan lagi lah. 


kata orang sem 1...

" baru sem 1? alaa... sonang je tu. subject semua simple simple basic knowledge je. sama macam masa matrik asasi diploma stpm dulu."

" tak payah nak takut pon. senang je. subject tak berat. lain lah kalau tahun akhir ke memang sure tak tidur malam lah"

" tak payah belajar pon takpe. tengok subject senang. baca baca sikit lepas tu confem boleh buat punya."


kata Iyka pulak sem 1...


" subject sem 1 memang lah nampak macam basic dan kita memang ada basic tapi kalau basic pon tak kuat macam mana? lagi pun matrik asasi stpm diploma bukan macam ijazah. ijazah super duper susah lebih lebih lagi subject sains -.- .hancur otak nak carry kalau basic pon tak lepas [cakap pasal diri sendiri sebenarnya -.-]."


yup! i mean it! itu yang Iyka rasa. rasa down stress semua ada :'( . lebih lebih lagi subject fizik. homaigod homaigod susah kot. walaupun syllabus dia sama macam masa kat matrik dulu tapi taktau kenapa rasa susahhhh sangattttt! ohhhooo. maybe sebab dah cuti lama sangat before masuk belajar balik untuk ijazah ni kot. otak pon dah beku ikut tuan dia. bila dah beku susah lah nak bagi cair -.-. takkan nak suruh Iyka pi cairkan dekat sauna tahap power giga tera sana -.-' .so sila jangan bagi kami kami semua cuti panjang panjang lagi. kalau degil sangat nak bagi cuti lama lama sila tukar syllabus bagi senang senang punya siap kami kami semua boleh tidur tergolek terkangkang pleaseee ^^ hahaha


tapi Iyka admit lah yang Iyka memang tak study gila gila punya study. hehe. ini semua gara gara sebab taktau macam mana nak study. betul betul seghius taktau :( study last minute semua. memang study last minute tak lepas lah wa cakap lu. dari dulu lagi. dari zaman tok kaduk lagi Iyka memang ketagih study last minute -.-

skema! ini lah dia muka budak yang gemar study last minute itu -.-

 so dengan itu Iyka nak ucapkan bye bye sem 1 dan hye hye sem 2. semoga sem 2 lebih baik dari sem 1 :) dan please sem 2 jangan noty noty dengan Iyka okey. hihi. doakan Iyka untuk sem 2 kawan kawan :D sayang korang lebih lah. boboiii...


p/s  nak tanya korang blog Iyka lambat loading tak? sila bagitau eh kalau lambat loading sebab kalau kome tak kasi tau Iyka taktau. huhu. thank youuuu :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Friday, 10 February 2012

result ohhh result !


Result ohhh result! itu lah tajuk entry Iyka hari ni. sebab apa result? result apakah? adakah result lulus kahwin tahun depan. hoho. "no no belaja dulu," kata Cik Puan Ibu. so, result apakah? 

"ofcoz lah result exam yang hensem betoii tu," kata diri sendiri yang kudus ini. hahaha. 

bercakap pasal result yang tak pernah pernah habis ni. ishish. result Iyka dah keluar dah. Semalam! tapi hari ni pagi ini subuh tadi baru tengok. gara gara tahap kecuakan lagi debaran sudah melanda diri so apa kata tak payah tengok dulu. kita enjoy dulu! tapi semalam satu hari tak boleh tidur disebabkan Encik Result. semua dihkau punya pasal! kenapa dihkau buat dahku begini. apalah nasib dirikuh yang malang -.-


dan dengan itu muncul lah status begini di facebook dahku -.- [tak paham kenapa mesti ada status ni.haha.mungkin kerana tak berfikiran waras kot bukan waswas eh :)]

so, berteman sikap positip kita cuba usaha lagi sem depan, Iyka bukak portal esmp UPM. dan nah keluarlah result Iyka yang hemsem kemain tapi tak ohsem tu. result pon biasa biasa cukup cukup makan dan tak membanggakan sangat macam result kome kome noktah noktah semua. nak tau ke? nak ke? ohh tak payah lah. tau ler result kome kome semua gempak gempak tapi dah kome mintak Iyka persembahkan. tadaaaa~~


ohh dahku malu. ohh dahku segan. ohhhh wohhoo... -.-

klik dengan semangat untuk tumbesaran :)
malang seribu kali malang. result tu dah tiada dalam rekod. kenapakah? mengapakah? sebab apakah? tidak dahku kenal pasti. mungkin UPM nak tambah markah suploh kali ganda kot. hohoho. melampau! satu markah pon kedekut. oppsiiie :P

so apa yang boleh Iyka cakap, result dahku biasa biasa sahaja. tahun depan sem depan cuba buat yang terbaik dan terbaik lagi. bagi kawan kawan yang dapat pointer power rangers sila ucapkan tahniah pada diri anda bagi pihak dahku :) tapi power power pon jangan lupa tambah power lagi yee :D boboiii nak ngap ngap keropok nyam nyamii :)
 
terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Monday, 6 February 2012

apa tujuan anda menggelarkan diri anda sebagai 'blogger'?




Saya kembali dear readers... lama sudah tidak kita ketemu. almaklumlah kadang kadang Iyka memang malas sikit nak hupdate belog ni. macam macam dugaan kata orang. lebih lebih lagi sekarang waktu cuti sem so Iyka rasa macam still banyak masa lagi nak hupdate belog. sudahnya detik ni saat ni baru nak hupdate. hoho. soryy saya memang begini ye. buat belog tapi malas nak hupdate. bercakap pasal belog tetiba Iyka terpikir kenapa kita berbelog eh? kenapa? kenapa? kenapa?

 adakah kerana suka suka. ataupun kerana saja saja. atau kerana saja saja lah apa lagi kan. atau memang dah suka dan suka jadi kitorang buat lah? so apa pendapat korang?

saya makan banyak sebab tu saya sudah gemuk -.-

ini antara yang Iyka dapat list kan sebab musabab dan tujuan tujubab kenapa kamu kamu sekalian termasuk Iyka sendiri kenapa kita kita semua ni memanggil diri sendiri sebagai blogger.

tujuan tujubab yang pertama : saja suka suka takde sebab:)
yes! ni mungkin sebab yang paling kukuh kut. sebab apa? sebab yelah zaman sekarang facebook semua dah ada. twitter dah try kamcing. apa kata kalau belog pulak ye dakk? okey la tu dari korang pergi buat fanpage ke facebook tak pun twitter nak jatuhkan orang. tak ke dosa tu. ish ish ish. okeylah bagus la jugak tu buat belog ni.

--------------------

tujuan tujubab yang kedua : ikut Cik Bedah belakang rumah aku tu.
ohhhh... yang ni kira macam Cik Bedah tu ada belog ekau pun nak buat jugak. Badang satu ofis dengan aku tu ada facebook aku nak buat jugak lah. mana boleh kalah weyy. nak uptodate jugak. nanti orang kata ketinggalan pulak. tak ke memalukan tu. okey merepek. okey let say macam ni lah tujuan kedua ni macam kita nak ikut orang lah. ikut perkembangan semasa macam tu lah kan? 

--------------------

tujuan tujubab yang ketiga : belog ni khusus untuk tulis cerita peribadi:D
pun ada jugak macam ni. banyak jugak la belog macam ni. even Iyka sendiri pun boleh diketegorikan macam ni jugak. hehe. alaa. normal la tu. sikit sikit nak cerita pasal buat apa harini semalam bulan lepas tahun depan. semualah nak hupdate kalau boleh. tapi Iyka takde lah macam ni sekali. rasa macam takde privacy pulak kalau semua nak cerita tapi bagi Iyka takde masalah pun kalau korang nak hupdate cerita peribadi sekalipun. hak peribadi masing masing kan. belog sendiri sendiri mahu jaga lah. sendiri mahu tahu nak conteng apa kat belog masing masing kan. bukan kita naik tangan kat belog orang ye dakk? lebih lebih lagi kalau orang femes emes tulis cerita peribadi dorang mesti laju je orang nak baca tak gitu? baca dua tiga kali pun rasa macam nak baca lagi. haha. see... tapi... okey takde tapi tapi dah. 

--------------------

tujuan tujubab yang keempat : nak kongsi pasal kisah cintan cintun saya.

adakah korang buat belog sebab ni? cuba tanya diri sendiri ye. okey. tak salah kalau korang buat belog sebab nak tulis kisah cinta korang yang romantis bak kisah novel tu. memang tak salah. Iyka tak kata salah. Joyah tak kata salah. Samdol pun tak kata salah ye. Iyka sendiri pernah jugak baca belog kisah cinta orang. pada mulanya terbaca okey. lepas tu sengaja baca -.-' . rasa macam sweet sangat pulak dah. hahahaha. ada jugak yang Iyka baca kisah cinta lesbian! ini salah okey! bukan salah tulis kisah cinta dorang tu. cuma paham paham sendiri lah apa yang salahnya. 

--------------------

tujuan tujubab yang kelima : sebab nak femes. hoho.

Iyka rasa ada kut tujubab ni. sebab nak femes. nampak macam cliche sangat tapi ada okey. ala.. sesetengah orang tu ada yang femes sebab belog sampai digelar blogger femes blogger hot blogger itu ini sinun bagai. semua sebab wujud belog yang ohsem ohmaigosh. so ada sesetengah orang lain ni terikut jugak ler nak jadi femes jugak. nak jadi femes ni dengan cara yes create one blog untuk tatapan umum. nanti orang baca belog pastu satu orang follow then satu orang ajak satu orang yang lain follow pastu dua orang yang lain share post pastu empat orang yang lain add dekat facebook pastu nambelas orang yang lain lagi like fanpage pastu namratus orang yang lain sibuk nak follow belog pastu namribu orang lain lagi gosip2. kan dah jadi femes :)


--------------------

tujuan tujubab yang keenam : nak kongsi isu semasa.

pun ada orang create belog sebab nak kongsi isu semasa yang dorang tahu dekat umum. bagus jugak tu. macam menambahkan ilmu orang lain lah kan. blogger ni tak kedekut apa yang dorang tahu yang orang lain tak tau. bagus nice! memang bagus tak kedekut tu :) tapi ada tu sesetengah yang create belog sebab isu semasa jugak tapi lebih kepada nak bergosip gosip. memanaskan cerita artis tu artis ni orang tu orang ni. kalau just tulis takpe tapi Iyka rasa tak payah nak tambah ulasan sendiri kut. contoh ulasannya macam ni. errr.... tak payah contohlah. nanti kang panjang pulak Iyka membebel bebel. mesti korang malas nak baca. kan kan? hohoho. 

--------------------

tujuan tujubab yang ketujuh : saja nak share apa jadi dekat sekolah atau kolej atau sebagainya.

apa yang boleh Iyka kata hak individu kalau dia nak cerita. lagipun memang best pun bila baca. jadi teringat balik zaman sekolah dulu dulu kan? macam macam cerita dekat sekolah atau kolej yang nak dikongsi dengan pembaca. semualah nak cerita. cikgu jatuh longkang nak cerita. aduhh. kawan baling tepung sambut hari jadi nak cerita. musuh durjana buat dajal nak cerita sampai berapa kali pergi toilet pun nak cerita. hahaha. pakwe bagi surat cinta tepi tangga sekolah nak bagitau. pun bole. pun bole :) teman tapi mesra melamar ajak couple dekat dalam kelas nak kasi tau. ishishish. kena berdiri luar kelas sambil kena jalan macam itik pastu secret admire nampak pun nak share kat readers jugak taw. huhuhu. macam macam lah. hahaha. 
--------------------

tujuan tujubab yang kelapan : untuk mencari orang yang hilang-.-

entah lah hilang ke lama tak jumpa ke senyap membisu ke tapi yang penting tujuan tujubab ni macam mengarut. hahahaha. sila hantuk kepala dekat dinding semua. ajak kawan kawan sekali. kahaha.
--------------------

banyak lagi sebenarnya tapi Iyka malas nak taip ler. rasa macam lenguh segala urat sendi sendi semua. lama tak menaip lah katakan. hoho. apa yang Iyka tulis kat sini bukan dituju pada sesapa ataupun nak salahkan sapa sapa. Iyka just nak berkongsi apa yang Iyka baca kat blog blog tertentu ni. tak ada niat nak jatuhkan sape sape. peace no war :)

p/s  maaf kalau ada sape sape yang terasa okey. jangan terasa terasa :) sebab Iyka sendiri buat belog dan memang kita tak terlepas dari semua tu. tapi pandai pandai fikirlah kan. blog sendiri sapa nak jaga? adakah Mak Andeh bini Pak Pandir belakang rumah punya sebelah lagi ? okeyy boboii... 

thus, just follow your heart tenkiuuu :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika