BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Monday, 6 February 2012

apa tujuan anda menggelarkan diri anda sebagai 'blogger'?




Saya kembali dear readers... lama sudah tidak kita ketemu. almaklumlah kadang kadang Iyka memang malas sikit nak hupdate belog ni. macam macam dugaan kata orang. lebih lebih lagi sekarang waktu cuti sem so Iyka rasa macam still banyak masa lagi nak hupdate belog. sudahnya detik ni saat ni baru nak hupdate. hoho. soryy saya memang begini ye. buat belog tapi malas nak hupdate. bercakap pasal belog tetiba Iyka terpikir kenapa kita berbelog eh? kenapa? kenapa? kenapa?

 adakah kerana suka suka. ataupun kerana saja saja. atau kerana saja saja lah apa lagi kan. atau memang dah suka dan suka jadi kitorang buat lah? so apa pendapat korang?

saya makan banyak sebab tu saya sudah gemuk -.-

ini antara yang Iyka dapat list kan sebab musabab dan tujuan tujubab kenapa kamu kamu sekalian termasuk Iyka sendiri kenapa kita kita semua ni memanggil diri sendiri sebagai blogger.

tujuan tujubab yang pertama : saja suka suka takde sebab:)
yes! ni mungkin sebab yang paling kukuh kut. sebab apa? sebab yelah zaman sekarang facebook semua dah ada. twitter dah try kamcing. apa kata kalau belog pulak ye dakk? okey la tu dari korang pergi buat fanpage ke facebook tak pun twitter nak jatuhkan orang. tak ke dosa tu. ish ish ish. okeylah bagus la jugak tu buat belog ni.

--------------------

tujuan tujubab yang kedua : ikut Cik Bedah belakang rumah aku tu.
ohhhh... yang ni kira macam Cik Bedah tu ada belog ekau pun nak buat jugak. Badang satu ofis dengan aku tu ada facebook aku nak buat jugak lah. mana boleh kalah weyy. nak uptodate jugak. nanti orang kata ketinggalan pulak. tak ke memalukan tu. okey merepek. okey let say macam ni lah tujuan kedua ni macam kita nak ikut orang lah. ikut perkembangan semasa macam tu lah kan? 

--------------------

tujuan tujubab yang ketiga : belog ni khusus untuk tulis cerita peribadi:D
pun ada jugak macam ni. banyak jugak la belog macam ni. even Iyka sendiri pun boleh diketegorikan macam ni jugak. hehe. alaa. normal la tu. sikit sikit nak cerita pasal buat apa harini semalam bulan lepas tahun depan. semualah nak hupdate kalau boleh. tapi Iyka takde lah macam ni sekali. rasa macam takde privacy pulak kalau semua nak cerita tapi bagi Iyka takde masalah pun kalau korang nak hupdate cerita peribadi sekalipun. hak peribadi masing masing kan. belog sendiri sendiri mahu jaga lah. sendiri mahu tahu nak conteng apa kat belog masing masing kan. bukan kita naik tangan kat belog orang ye dakk? lebih lebih lagi kalau orang femes emes tulis cerita peribadi dorang mesti laju je orang nak baca tak gitu? baca dua tiga kali pun rasa macam nak baca lagi. haha. see... tapi... okey takde tapi tapi dah. 

--------------------

tujuan tujubab yang keempat : nak kongsi pasal kisah cintan cintun saya.

adakah korang buat belog sebab ni? cuba tanya diri sendiri ye. okey. tak salah kalau korang buat belog sebab nak tulis kisah cinta korang yang romantis bak kisah novel tu. memang tak salah. Iyka tak kata salah. Joyah tak kata salah. Samdol pun tak kata salah ye. Iyka sendiri pernah jugak baca belog kisah cinta orang. pada mulanya terbaca okey. lepas tu sengaja baca -.-' . rasa macam sweet sangat pulak dah. hahahaha. ada jugak yang Iyka baca kisah cinta lesbian! ini salah okey! bukan salah tulis kisah cinta dorang tu. cuma paham paham sendiri lah apa yang salahnya. 

--------------------

tujuan tujubab yang kelima : sebab nak femes. hoho.

Iyka rasa ada kut tujubab ni. sebab nak femes. nampak macam cliche sangat tapi ada okey. ala.. sesetengah orang tu ada yang femes sebab belog sampai digelar blogger femes blogger hot blogger itu ini sinun bagai. semua sebab wujud belog yang ohsem ohmaigosh. so ada sesetengah orang lain ni terikut jugak ler nak jadi femes jugak. nak jadi femes ni dengan cara yes create one blog untuk tatapan umum. nanti orang baca belog pastu satu orang follow then satu orang ajak satu orang yang lain follow pastu dua orang yang lain share post pastu empat orang yang lain add dekat facebook pastu nambelas orang yang lain lagi like fanpage pastu namratus orang yang lain sibuk nak follow belog pastu namribu orang lain lagi gosip2. kan dah jadi femes :)


--------------------

tujuan tujubab yang keenam : nak kongsi isu semasa.

pun ada orang create belog sebab nak kongsi isu semasa yang dorang tahu dekat umum. bagus jugak tu. macam menambahkan ilmu orang lain lah kan. blogger ni tak kedekut apa yang dorang tahu yang orang lain tak tau. bagus nice! memang bagus tak kedekut tu :) tapi ada tu sesetengah yang create belog sebab isu semasa jugak tapi lebih kepada nak bergosip gosip. memanaskan cerita artis tu artis ni orang tu orang ni. kalau just tulis takpe tapi Iyka rasa tak payah nak tambah ulasan sendiri kut. contoh ulasannya macam ni. errr.... tak payah contohlah. nanti kang panjang pulak Iyka membebel bebel. mesti korang malas nak baca. kan kan? hohoho. 

--------------------

tujuan tujubab yang ketujuh : saja nak share apa jadi dekat sekolah atau kolej atau sebagainya.

apa yang boleh Iyka kata hak individu kalau dia nak cerita. lagipun memang best pun bila baca. jadi teringat balik zaman sekolah dulu dulu kan? macam macam cerita dekat sekolah atau kolej yang nak dikongsi dengan pembaca. semualah nak cerita. cikgu jatuh longkang nak cerita. aduhh. kawan baling tepung sambut hari jadi nak cerita. musuh durjana buat dajal nak cerita sampai berapa kali pergi toilet pun nak cerita. hahaha. pakwe bagi surat cinta tepi tangga sekolah nak bagitau. pun bole. pun bole :) teman tapi mesra melamar ajak couple dekat dalam kelas nak kasi tau. ishishish. kena berdiri luar kelas sambil kena jalan macam itik pastu secret admire nampak pun nak share kat readers jugak taw. huhuhu. macam macam lah. hahaha. 
--------------------

tujuan tujubab yang kelapan : untuk mencari orang yang hilang-.-

entah lah hilang ke lama tak jumpa ke senyap membisu ke tapi yang penting tujuan tujubab ni macam mengarut. hahahaha. sila hantuk kepala dekat dinding semua. ajak kawan kawan sekali. kahaha.
--------------------

banyak lagi sebenarnya tapi Iyka malas nak taip ler. rasa macam lenguh segala urat sendi sendi semua. lama tak menaip lah katakan. hoho. apa yang Iyka tulis kat sini bukan dituju pada sesapa ataupun nak salahkan sapa sapa. Iyka just nak berkongsi apa yang Iyka baca kat blog blog tertentu ni. tak ada niat nak jatuhkan sape sape. peace no war :)

p/s  maaf kalau ada sape sape yang terasa okey. jangan terasa terasa :) sebab Iyka sendiri buat belog dan memang kita tak terlepas dari semua tu. tapi pandai pandai fikirlah kan. blog sendiri sapa nak jaga? adakah Mak Andeh bini Pak Pandir belakang rumah punya sebelah lagi ? okeyy boboii... 

thus, just follow your heart tenkiuuu :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

0 orang menari sakan: