BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Sunday, 19 February 2012

cinta zaman sekolah?


cinta zaman sekolah? sape pernah  bercinta masa zaman sekolah ni? sila angkat tangan mengaku segera! cepat cepat mengaku! oh taknak mengaku yee? baik! okey fine! ^^


cinta zaman sekolah ni nama glamor dia orang panggil cinta monyet. cinta monyet okey! Iyka selalu terpikir kenapa tak cinta ayam ke cinta beruk ke cinta cipanzii ke. kenapa mesti cinta monyet jugak? dunia dunia... -.-



perasan tak mak bapak kita selalu marah marah tak bagi kita bercinta masa zaman sekolah. pernah ke tidok kena berleter gara gara bercinta zaman sekolah? pernah? tak pernah? Iyka dulu masa budak budak hingusan dulu selalu pikir kenapalah ibu marah benor kalau bercinta cinta zaman sekolah. bukannya mati pon bercinta masa sekolah. hidup je sampai sekarang. amboi kauu! ni masa dulu lah bukan sekarang. sekarang dah tau kenapa ibu marah bermati matian sampai sanggup baling bantal. errkkk. bantal je -.-


bagi Iyka mesti ada sebab kalau mak ayah kita marah marah. sama jugak bercinta masa sekolah. mesti ada sebab dia kenapa depa marah. take it easy :)


mereka takut anak mereka tak pandai jaga diri


tau lah hang dah besau dah akil baligh dah boleh jadi mak bapak budak tapi jiwa remaja ni lain macam sikit. kalau boleh semua benda nak cuba. nak buat itu nak buat ini. kalau benda tu dah memang sah sah mak bapak tak suka lagi suka kita nak buat. so ini yang mak ayah kita takut adik adik :) lebih lebih lagi anak perempuan lagiiii dorang takut tak senang duduk. kalau boleh anak perempuan tu nak kena sentiasa depan mata. duduk bawah ketiak. hihi. best apa. hahaha ^^





kadang kadang boleh tercicir pelajaran

bukan tercicir duit eh. tercicir duit singgit dua boleh tahan lagi tapi kalau tercicir ilmu semput nak kejar balik semua. menangis wooo. masa tu menangis tak berlagulah hangpa! sudah semestinya kalau dah couple mesti nak selalu jumpa. oh tak! boleh jumpa dekat sekolah. haaa. dekat sekolah ni lagi payah. masa cikgu sibuk terang pasal biologi subjek paling susah nak hafal abad ini masa tu jugak balak nak lalu depan kelas. apa lagi? mata sibuk menerjah ke luar di sebalik jendela sambil merenung ke luar dengan ayu. dah mana perginya bio tadi? sendiri mahu pikir.


duit berjuta juta habis


duit! duit! duit! kertas yang paling penting semesta alam. tapi kertas ni korang tabur dekat tauke topup. oh sungguh sadis bila kukenang kembali. bayangkan okey. sekali topup 10 hinggit. malam tu call makwe call pakwe. tak sah kalau tak sampai balance topup jadi 2 hinggit. esok mesej mesej tup tup tak dapat send. tak deliver. katanya topup dah habis. topup balik. berapa ringgit dah habis? fuhhhh! kutiup duit bagai abu. hahaha. 


masa tah kemana 


adakah masa boleh dibeli? tak! adakah masa boleh diulang balik? tak! so? kita dah buang masa lah gamaknya! kalau nak study bukan main ngantuk lah siap tersenguk senguk kena kasi tongkat mata dulu tapi tu pon tak jadi. mata asyik kata kat otak suruh mesej pakwe makwe. lepastu otak yang dah angau tu pon dengan senang hati kata dekat tangan suruh taip mesej. pulak dah kalau mesej bukan sekali dua je. tak boleh nak kira berapa sms satu hari -.- . sampai tak boleh nak stop. see... dah buang masa dekat situ. ohh naif nya kita :'(




lagi 1 mereka takut kita bercinta dengan monyet!


yaa! monyet! monyet disini maksudnya tak boleh harap! tak boleh pikir! tapi ada monyet yang tolong petik buah kelapa kan? tak tak. ni jenis monyet tak kenang jasa punya. mak ayah kita sayang dekat kita. dorang takut kita tak kuat kalau kena tinggal dengan pakwe monyet atau makwe monyet tak guna ni. frust menonggeng nonggeng sampai satu kerja tak boleh buat. ingatan jiwa nurani sanubari semua dah dibawa pergi kata orang. habis makan tidur semua taknak. makan pon tak nak! benda paling Iyka nak sekali! hahaha. pon tak nak dah. begitu hebatnya. 




memang bercinta best tak nafikan lah :) tapi bercinta zaman sekolah walau best tapi bila korang dah besau dah belajar merata rata dah kerja korang akan rasa cinta zaman sekolah dulu macam takde apa apa. buang segalanya lagi ada. serius! so pikir pikir kan lah :) bukan Iyka nak korang cerai saat ni jugak. karang tak pasai pasai ada jugak orang yang murung murung tak boleh study pulak kang. hehe. just pikir balik je ^^. pikir tak salah yee :) lepas tu buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. please jangan buat keputusan untuk orang lain. hoho. boboii :)


p/s  Iyka dah sampai UPM. waaaa. rasa nak balik rumah balik walaupun tak sampai 12 jam Iyka dekat sini. sob sob :'(
 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

8 orang menari sakan:

Cik Ziera said... [♥ balas ♥]

bcinta masa sekolah klu for fun okaylahh. kbyknye tak matured agy.. hee

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@Cik Zieratu la masalahnya. payah payah! hehe

cik najihah said... [♥ balas ♥]

cinte monyet camtu la. zaman mude semua nak try itu ini. x pe pengalaman :)

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@cik najihah betul! tapi pengalaman yang entah taktau nak ckp mcm mana. hahaha

cikwahidaidris said... [♥ balas ♥]

saya dulu girl school. mmg tak de lah nak bercinta monyet ni. hehe

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@cikwahidaidris yeke? kalau ada pon takpe dear. hehe :p

biela bell said... [♥ balas ♥]

remaja kan..darah tgah naik..pengaruh kawan pun yer..bila tgok kawan dok sebok kapel..dia pun nak jugak..remaja..tak matang lagi..cpat t'pgaruh..adoii

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@biela bell remaja remaja. semua benda nak cuba kan.. wuuhu. mcm kita tak pernah remaja je. eceh :) sekarang pon remaja lagi ^^