BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Thursday, 29 March 2012

result dah tau... sekarang nak belajar dekat mana?


seperti yang dinyatakan di post yang lepas, Iyka nak cerita pasal matrik, asasi, diploma, STPM dan IPG. mesti adik adik terutamanya yang baru lepas amek result sedikit pening pening lalat tatkala ingin memilih yang mana satu idaman kalbu untuk meneruskan cita cita ke menara gading. sekarang usah risau lagi. di sini di post ini Iyka ingin menasihati adik adik okey. nasihat je sikit sikit boleh tapi lepas tu sendiri pikir la ^^

fokuskan pada Perpustakaan Sultan Abdul Samad tu. konon je -.- (location: UPM) sila cari Iyka. sekian..

first first sekali anda dikehendaki meng'apply' semua okey. ini untuk memastikan anda tersangkut di salah satunya atau kesemuanya sekali. bukan apa nanti tinggal pilih je. 


MATRIKULASI

program ni bestt sangat. walaupun dia macam laju je semua pon nak kena buat cepat cepat. lecturer mengajar bagai kilat habis panah semua student tapi kalau korang rasa program ni sesuai untuk korang sila teruskan eh. matrik ini time Iyka dulu setahun je tapi sekarang tak silap dah setahun setengah kot. maybe dia nak bagi slow slow sikit. adik adik akan belajar balik macam form5 form4 dulu tapi power sikit la kan. nanti bila amek ijazah korang pilih kos berdasarkan result korang. kalau result teruk, dapat la kos yang tak best tapi tak semestinya jugak. dalam hidup takde yang mustahil. sijil matrik ni tak boleh buat mintak kerja eh. tak halal! tak laku! just laku untuk apply ijazah je :) matrik ini agak hard untuk korang yang suka main main dan tak serius nak belajar. yang paling best, matrik ada elaun. tak silap rm1500++ kot per sem. eh tak ingat la.

tadaa. rindunya kat korang :'(

STPM


ibu Iyka cikgu form6 so Iyka tau la sikit sikit pasal form6 ni. form6 ni ada banyak aliran. sains ada sastera ada semua ada. tapi tak semua sekolah yang ada form6 ni ada subjek yang korang nak so pandai pandai la. form6 ni sekarang dah tukar sistemnya lebih kepada U atau lebih dikenali pra-U. maknanya macam matrik jugak la. belajar ikut sem. bila sem 1 dah habis, habislah topic sem 1. dah boleh humban buku tu jauh jauh. eh eh -.-. kalau dulu memang payah la STPM ni tapi sekarang mungkin lagi senang kot. ringan beban sikit gitu. sijil STPM ni laku kalau nak buat mintak kerja tak macam sijil matrik. lagi 1 yang penting! STPM ni boleh mintak macam macam kos yang budak asasi atau matrik tak boleh nak mintak. buktinya dulu masa Iyka apply UPU banyaklah kos yang dia nak budak STPM. bagi yang nak ambil bahasa anda digalakkan sangat sangat amek STPM. sekarang ni dah ramai lepasan STPM yang dapat sambung ijazah. macam roomate Iyka. dua dua amek STPM dulu :)


ASASI

Asasi ni lebih kurang macam matrik tapi dia buat dekat U senang cite. konsepnya sama. kata orang, Asasi ni susah dari matrik sebab tu tak semua orang dapat. paling kurang pon 7A kot yang lepas masuk asasi. asasi ni dibuat dekat U under sesebuah U tu so dia macam ada connection so budak asasi akan lebih senang nak diterima di U dorang tu. kira nama ada dalam senarai la. tapi tak semestinya jugak sebab kawan Iyka dari asasi UITM dapat je masuk U lain -.-. tahap kerajinan kena tinggi kalau nak amek asasi. tak boleh main main kalau tak nak kena tendang. haaa. pon ada elaun jugak tak silap. tu yang penting tu. hewhew ^^


DIPLOMA

ramai jugak kawan kawan Iyka yang amek diploma. katanya senang. tak terkejar kejar. diploma ni amek masa 3 tahun macam tu la *tak pasti*. tapi yes! diploma memang sempoi. rileks la berbanding matrik dan asasi. untungnya amek diploma ni sijil dia laku okey. korang boleh pi mintak kerja lepas habis diploma. pembantu pegawai lepas kot. gaji dalam rm1000++. tapi yang tak bestnya. diploma ni kena mintak pinjaman iaitu pinjaman PTPTipuN. nak guna duit sendiri pon boleh. nak mintak biasiswa pon boleh. tapi kebanyakannya kena mintak pinjaman la. cuba bayangkan bila amek diploma kena pinjam duit PT lepas tu sambung ijazah memang sah sah kena pinjam PT lagi. cuba kira guna kalkulator berapa korang kena bayar balik o.o lain la kalau guna duit sendiri ke biasiswa ke tu wokeyy la :) untungnya diploma ni, korang dah belajar bidang yang korang nak. tak macam asasi, matrik atau STPM. apa apa pon diploma ni cool apa.

IPG

korang boleh mintak kalau korang berminat nak jadi cikgu. yes! cikgu yang berjuang untuk anak bangsa. wuuu. dulu IPG ni macam taraf diploma jugak *kalau tak silap* tapi sekarang dah dinaik taraf macam ijazah. kiranya kalau korang dapat IPG ni macam rejeki la. tak payah susah susah apply UPU untuk ijazah pulak. terus pulak dapat kerja. gaji cikgu sekarang dah tinggi tau. kerja just ajar ajar orang bagi paham. tapi IPG ni ada interbiu la. yela. mana taknya. nanti kang hang mengajar tah hape hape. tak best semua. sape nak dengar hang mengajar. so kiranya dia betul betul pilih la. Iyka dulu pernah mintak tapi tak lepas T.T but sokey amek matrik ke asasi ke STPM ke diploma ke boleh je nak jadi cikgu. jangan sedih sedih eh. korang just apply pendidikan untuk ijazah. tu pon ada interbiu jugak. tak boleh lari dengan interbiu eh. hewhew. 


so, konklusinya di sini semua pon ada cabarannya. just pegang dengan niat kita. niat tu yang penting. kalau nak masuk U semata-mata nak cari pakwe/makwe baik lupakan je. kalau tu sebagai sambil menyelam minum air horlick sangatlah digalakkan. hewhew *gelak gedik*. okey till here. boboii :D

p/s  air horlick... sedapnya o.o tapi kalau Iyka, kalau dah dapat IPG, pergi IPG je. tak payah pikir pikir dah ^^

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Monday, 26 March 2012

dear result SPM


Result SPM dah keluar kan? jangan cakap belum. meh sekeh doplohempat kali. err -,- sebelum tu jangan tanya aii dapat berapa ye. ni dah warning awal awal dah ni. hewhew. okey gedik bajet sungguh! ekceli ayat tu ayat 3 tahun lepas tu. okey dah! jangan cakap aii dah tua -.-


first of all, tahniah kepada semua candidates SPM yg dah dapat result hari rabu lepas :) you all sangat hebat! walau apa pon result yang adik adik dapat * ehemm dengar nasihat kakak ni. hewhew* teruskan usaha jangan putus asa. SPM bukan segala-galanya. banyak lagi benda yang adik adik semua kena lalui lepas ni. 


tahniah yana sebab dapat 6A3B! tahniah jugak sebab dapat CD 1D. untungla orang bagi~~ 

yaa itu yana dan ayah kami :) *gambar raya 2009*

bagi yang dapat berderet-deret A siap dengan ++ sekali tahniahhh lagi sekali. anda memang superb! :) tapi jangan bongkak okeyh! tak elok. kip-it-up untuk destinasi anda nanti. jangan sampai gedebuk jatuh pulak. tapi kalau jatuh usaha lagi dan lagi ^^


bagi yang tak berapa tu it-so-key. cuba lagi next time bila dah sambung belajar. korang mesti boleh punya! chaiyok! gambatee gambatee! berusahalah! *tiru ayat Rabi. hehe*




Iyka dulu pon result SPM bukan berderet deret A pon. setakat beberapa ketui je. yee aii ngaku aii ni tak pandai. kena usaha lebih sebab Iyka memang susah betul nak ingat ataupun paham sesuatu subject tu. bak kata ibu kena usaha double dari orang lain. dengan A yang berapa ketui tu Iyka masuk matrik. dekat matrik memang susah waa cakap luu sebab semua nak kena cepat. belajar cepat, makan cepat, mandi cepat. okey mengarut! berbekal kan result matrik 3.** yang takde la tinggi mana. 4flat dalam mimpi je. sekarang Iyka sambung degree dalam bidang fizik yang dulu time SPM memang menyampah gilaaa! hakktuiiih! tapi sekarang dah jadi makanan Iyka. bukan makanan sebab senang tapi sebab dah biasa dengan soalan yang macam ni -.- *susah.payah dan sama waktu dengannya*. dan sekarang dah masuk sem 2 dah pon dekat UPM :)




so kepada adik adik sekalian apa pon result adik adik mesti ada ruang dan peluang untuk adik adik berjaya asalkan ada usaha dan niat yang betul. yang paling penting UPU tu! isi betul betul! jangan ikut kawan. nanti menyesal tak sudah. okey till here. boboiii. sat sat nanti InsyaAllah will update pasal kebaikan dan keburukan matrik, STPM, asasi dan diploma. tapi tak janji. huhu :)


p/s  jom kongsi pengalaman anda selepas SPM ^^


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Thursday, 22 March 2012

kawan saya tu!


Ni Iyka taip ni dengan rakus sekali gara gara banyak benda nak settle. ekceli disebabkan rasa teruja yang amat so Iyka buat post ni khas untuk kawan Iyka, Fathihah Mohamad atau lebih dikenali sebagai Teha Kebabom dan juga untuk Qis Meletop dan juga Rafiy Zaassss dan juga G Hangattt! wahaha. *gelak teruja lagi* ke ada nama yang tak sebut? harap maaf eh orang tu.

mempersembahkan Atap Genting Atap Rumbia :))

ini lah dia yang membuatkan Iyka teruja sekali dua kali. macam wooww je posternya! macam dah real punya teater je. macam dah macam macam. 

teka lah yang mana satu teha. sape dapat teka Iyka bagi 10sen. hewhew. nak clue? boleh! cuba tengok entry Iyka yang lepas2 pasal kawan kawan ada je gambar si teha ni. malas? takpayah cari! :)

wooo. waa bangga sama lu teha. waa bangga walaupun bukan waa yang ada dalam poster ni. tapi waa tetap bangga sama lu sebab lu kawan waa. 

chaiyok teha! chaiyok untuk yang lain lain jugak! dengar ni! nanti sambut kedatangan kitorang. kitorang sanggup nak ponteng kelas aljabar semata mata nak tengok korang kat atas pentas Panggung Percubaan UPM yang tersergam indah tu. hewhew :P

so kepada warga UPM yang rasa free dan taktau nak buat apa pada waktu dan masa seperti yang tertera di dalam poster tu boleh la datang tengok teater ni. berita baik! tak perlu keluar sesen pon! jom ramai ramai kita kasi gegar Panggung Percubaan. wahaha :D
p/s  teha:cepat cepat baik eh. minum air banyak banyak takpun minum air asam jawa bagi suara merdu bak buluh perindu. takde la garau je. hewhew:)

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Thursday, 15 March 2012

Jodoh




Hey all! sudah lama rasanya diri ini tidak menjengah blog pinkku yang buruk  ini. eh eh silap! ada jugak sekali sekala ketuk ketuk masuk tapi tak sempat nak kemas kemas aka buat hempat belas entry satu hari. wahaha over!! tapi bagus jugak biar diri letih tengok banyak kata kata mengarut keluar dari otak. kata kata mengarut tapi bukan senang tau nak taip satu entry satu hari. lebih lebih lagi orang macam Iyka yang sememangnya takde benda nak kongsi. 

* lebih lebih lagi sekarang memang busy gila tahap haremm lah! macam macam benda nak kena settle. wuu :'(*

okey! mana pergi tajuk jodoh sekarang ni? dah main nyorok nyorok pulak -.-

jodoh? apa yang korang tau pasal jodoh? agak agak la kan siapa jodoh korang? adakah pasangan korang yang sekarang ni? atau ex ex ex ex korang? atau kawan baik korang? atau orang yang korang tak pernah nak suka? atau korang memang ditakdirkan takde jodoh? *ada ke macam ni?* 


rasa rasa korang pernah tak jumpa jodoh korang? semua orang mesti nak sangat tau sape jodoh dia. entah pernah jumpa dekat pasar malam ke. pernah berselisih bahu ke. tapi masa tu korang taktau dia jodoh korang so korang marah marah dia konon nak amek kesempatan. 


kan best kalau kita tau sape jodoh kita. takde la kita buang masa bercinta dengan orang yang bukan jodoh kita. tapi kalau kita tau sape jodoh kita macam takde pengalaman hidup la pulak kan. macam takde cabaran putus cinta. Iyka cakap macam ni macam syok je putus cinta -.-


ye! memang kita taktau sape jodoh kita. taktau bila nak jumpa orang yang dikatakan jodoh kita tu. tapi satu hari InsyaAllah masa tu akan tiba. banyakkan bersabar dan berdoa. tak perlu sedih ke marah ke bengang ke gara gara putus cinta. Putus cinta tu maknanya takde jodoh takde makna lain atau mungkin buat masa sekarang memang bukan jodoh korang dengan si dia tapi boleh apa Allah nak duga korang. Dia lambatkan penyatuan korang dengan si dia yang sememangnya jodoh korang :) so sabar la eh ^^


pernah dengar tak kalau dah jodoh tak ke mana? so, memang kalau si dia tu memang jodoh korang putus macam mana frust menonggeng macam mana sekalipun korang tetap akan bersama till Jannah InsyaAllah :)


betul! memang kita kena usaha nak jumpa someone yang Allah jadikan khas untuk kita tu tapi kalau perempuan takkan nak lebih lebih kan. macam perigi cari timba je. tapi zaman sekarang takde yang mustahil. daun cari pokok pon ada. okey peribahasa terbitan sendiri -.-'


dan kepada yang risau yang dia masih solo lagi tu rileks okey. anda digalakkan untuk berkawan dengan ramai orang tapi bab jodoh Allah lebih tau. Dia pasti akan jumpakan korang dengan orang yang tepat. cuma masa je kita taktau bila. mungkin malam nanti mungkin juga esok. doa la banyak banyak ^^


kepada awak awak awak semua yang dah ada pasangan tu doa la banyak banyak yang dia tu jodoh korang. bukan hanya jodoh sementara tapi jodoh yang kekal abadi :')


entah entah dia ni jodoh Iyka. hewhew *gelak gatal -.-*



till here. boboiii. kirim salam dekat jodoh eh :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Tuesday, 6 March 2012

perrggghh saya jumpa lisa surihani?? :O


ewah tajuk tak boleh blah betul kan? wahaha. yee! waa jumpa lisa surihani face to face woo. waa tak tipu sama luuu orang wooo. sila buat muka teruja sekarang -.- .okey ceritanya begini. sebenarnya gua dah bohong sama lu orang. bukan tipu bohong je. haha sory! 


Iyka baru siap edit satu blog yang dimiliki oleh perempuan bajet cun ini. lawa la kot. bukan orangnya tapi blognya! sila ambil perhatian yee terima kasih. nak tengok blognya? sila pijak SINI ye terima kasih lagi :)


ekcerli apa kena mengena lisa surihani dengan blog budak bajet cun ni? mustahil takde kena mengena! pasti ada kena mengena walaupun sikit sesikit wang di dalam poket tatkala ini -.-'


nak tau? okey tengok gambar bawah ni dan anda akan paham.


adakah Iyka telah menawarkan diri untuk mengedit blog Lisa Surihani? Lisa Surihani ada blog ke? ada kemusykilan disitu *betul ke eja musykil tu? -.-*




okey lihat dan perhatikan gambar di bawah ni betul betul tapi awas jaga mata anda jangan sampai juling sejuling julingnya! wahh gituww..




ini lisa surihani. mustahil korang tak kenal-.-






ini budak bajet cun! mustahil korang kenal-.- abaikan budak yang sedang meraba hidung sendiri itu.
















paham dah? taktau lah kenapa ramai bebeno yang cakap muka dak bajet cun ni yakni sebelah kiri gambar di atas sama dengan lisa surihani! ohhhhmaiiii! sama??!! taktau mana yang sama tu tapi okey la okey la ada la sama sikit! sikit je! sikit! maybe bentuk muka kot yang sama. hentah! korang rasa??





budak bejet cun ni merupakan adik saya yang sememangnya sangat bajet cun. sememangnya! nak singgah blog beliau? okey klik link ni! dah 2 kali dah Iyka link kan blog beliau ni. wuu. kalau tak nak klik tak payah klik dan anda dipersilakan untuk menekan butang X terima kasih :) dan tenkiuu sebab sudi singgah sini.

cantik sangat! gorgeous sangat! sweet sangat! semua pon sama maksud sangat! -.-

pic ni sangat sangat dan sangat sweet!

p/s   selamat pengantin baru Lisa Surihani dan Yusry. maaflah tak dapat nak datang wedding kalian yang sungguh owsem tu disebabkan kekangan masa nak taip report physic. hewhew :) kepada pembaca blog Iyka happy blogwalking ^^ boboiii




picture : credit to lisa surihani sebagai pemilik wajah dan jugak pretty peektures sebagai photographer yang sangat ohsem :))




terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika