BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Thursday, 15 March 2012

Jodoh




Hey all! sudah lama rasanya diri ini tidak menjengah blog pinkku yang buruk  ini. eh eh silap! ada jugak sekali sekala ketuk ketuk masuk tapi tak sempat nak kemas kemas aka buat hempat belas entry satu hari. wahaha over!! tapi bagus jugak biar diri letih tengok banyak kata kata mengarut keluar dari otak. kata kata mengarut tapi bukan senang tau nak taip satu entry satu hari. lebih lebih lagi orang macam Iyka yang sememangnya takde benda nak kongsi. 

* lebih lebih lagi sekarang memang busy gila tahap haremm lah! macam macam benda nak kena settle. wuu :'(*

okey! mana pergi tajuk jodoh sekarang ni? dah main nyorok nyorok pulak -.-

jodoh? apa yang korang tau pasal jodoh? agak agak la kan siapa jodoh korang? adakah pasangan korang yang sekarang ni? atau ex ex ex ex korang? atau kawan baik korang? atau orang yang korang tak pernah nak suka? atau korang memang ditakdirkan takde jodoh? *ada ke macam ni?* 


rasa rasa korang pernah tak jumpa jodoh korang? semua orang mesti nak sangat tau sape jodoh dia. entah pernah jumpa dekat pasar malam ke. pernah berselisih bahu ke. tapi masa tu korang taktau dia jodoh korang so korang marah marah dia konon nak amek kesempatan. 


kan best kalau kita tau sape jodoh kita. takde la kita buang masa bercinta dengan orang yang bukan jodoh kita. tapi kalau kita tau sape jodoh kita macam takde pengalaman hidup la pulak kan. macam takde cabaran putus cinta. Iyka cakap macam ni macam syok je putus cinta -.-


ye! memang kita taktau sape jodoh kita. taktau bila nak jumpa orang yang dikatakan jodoh kita tu. tapi satu hari InsyaAllah masa tu akan tiba. banyakkan bersabar dan berdoa. tak perlu sedih ke marah ke bengang ke gara gara putus cinta. Putus cinta tu maknanya takde jodoh takde makna lain atau mungkin buat masa sekarang memang bukan jodoh korang dengan si dia tapi boleh apa Allah nak duga korang. Dia lambatkan penyatuan korang dengan si dia yang sememangnya jodoh korang :) so sabar la eh ^^


pernah dengar tak kalau dah jodoh tak ke mana? so, memang kalau si dia tu memang jodoh korang putus macam mana frust menonggeng macam mana sekalipun korang tetap akan bersama till Jannah InsyaAllah :)


betul! memang kita kena usaha nak jumpa someone yang Allah jadikan khas untuk kita tu tapi kalau perempuan takkan nak lebih lebih kan. macam perigi cari timba je. tapi zaman sekarang takde yang mustahil. daun cari pokok pon ada. okey peribahasa terbitan sendiri -.-'


dan kepada yang risau yang dia masih solo lagi tu rileks okey. anda digalakkan untuk berkawan dengan ramai orang tapi bab jodoh Allah lebih tau. Dia pasti akan jumpakan korang dengan orang yang tepat. cuma masa je kita taktau bila. mungkin malam nanti mungkin juga esok. doa la banyak banyak ^^


kepada awak awak awak semua yang dah ada pasangan tu doa la banyak banyak yang dia tu jodoh korang. bukan hanya jodoh sementara tapi jodoh yang kekal abadi :')


entah entah dia ni jodoh Iyka. hewhew *gelak gatal -.-*



till here. boboiii. kirim salam dekat jodoh eh :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

1 orang menari sakan:

rara Ed said... [♥ balas ♥]

Tu la jodoh pertemuan semua ditangan Allah.. Sebagai manusia kita mampu doa je.. hehe..
Btw jemput singgah blog rara..
http://carirara.blogspot.com/