BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Thursday, 29 March 2012

result dah tau... sekarang nak belajar dekat mana?


seperti yang dinyatakan di post yang lepas, Iyka nak cerita pasal matrik, asasi, diploma, STPM dan IPG. mesti adik adik terutamanya yang baru lepas amek result sedikit pening pening lalat tatkala ingin memilih yang mana satu idaman kalbu untuk meneruskan cita cita ke menara gading. sekarang usah risau lagi. di sini di post ini Iyka ingin menasihati adik adik okey. nasihat je sikit sikit boleh tapi lepas tu sendiri pikir la ^^

fokuskan pada Perpustakaan Sultan Abdul Samad tu. konon je -.- (location: UPM) sila cari Iyka. sekian..

first first sekali anda dikehendaki meng'apply' semua okey. ini untuk memastikan anda tersangkut di salah satunya atau kesemuanya sekali. bukan apa nanti tinggal pilih je. 


MATRIKULASI

program ni bestt sangat. walaupun dia macam laju je semua pon nak kena buat cepat cepat. lecturer mengajar bagai kilat habis panah semua student tapi kalau korang rasa program ni sesuai untuk korang sila teruskan eh. matrik ini time Iyka dulu setahun je tapi sekarang tak silap dah setahun setengah kot. maybe dia nak bagi slow slow sikit. adik adik akan belajar balik macam form5 form4 dulu tapi power sikit la kan. nanti bila amek ijazah korang pilih kos berdasarkan result korang. kalau result teruk, dapat la kos yang tak best tapi tak semestinya jugak. dalam hidup takde yang mustahil. sijil matrik ni tak boleh buat mintak kerja eh. tak halal! tak laku! just laku untuk apply ijazah je :) matrik ini agak hard untuk korang yang suka main main dan tak serius nak belajar. yang paling best, matrik ada elaun. tak silap rm1500++ kot per sem. eh tak ingat la.

tadaa. rindunya kat korang :'(

STPM


ibu Iyka cikgu form6 so Iyka tau la sikit sikit pasal form6 ni. form6 ni ada banyak aliran. sains ada sastera ada semua ada. tapi tak semua sekolah yang ada form6 ni ada subjek yang korang nak so pandai pandai la. form6 ni sekarang dah tukar sistemnya lebih kepada U atau lebih dikenali pra-U. maknanya macam matrik jugak la. belajar ikut sem. bila sem 1 dah habis, habislah topic sem 1. dah boleh humban buku tu jauh jauh. eh eh -.-. kalau dulu memang payah la STPM ni tapi sekarang mungkin lagi senang kot. ringan beban sikit gitu. sijil STPM ni laku kalau nak buat mintak kerja tak macam sijil matrik. lagi 1 yang penting! STPM ni boleh mintak macam macam kos yang budak asasi atau matrik tak boleh nak mintak. buktinya dulu masa Iyka apply UPU banyaklah kos yang dia nak budak STPM. bagi yang nak ambil bahasa anda digalakkan sangat sangat amek STPM. sekarang ni dah ramai lepasan STPM yang dapat sambung ijazah. macam roomate Iyka. dua dua amek STPM dulu :)


ASASI

Asasi ni lebih kurang macam matrik tapi dia buat dekat U senang cite. konsepnya sama. kata orang, Asasi ni susah dari matrik sebab tu tak semua orang dapat. paling kurang pon 7A kot yang lepas masuk asasi. asasi ni dibuat dekat U under sesebuah U tu so dia macam ada connection so budak asasi akan lebih senang nak diterima di U dorang tu. kira nama ada dalam senarai la. tapi tak semestinya jugak sebab kawan Iyka dari asasi UITM dapat je masuk U lain -.-. tahap kerajinan kena tinggi kalau nak amek asasi. tak boleh main main kalau tak nak kena tendang. haaa. pon ada elaun jugak tak silap. tu yang penting tu. hewhew ^^


DIPLOMA

ramai jugak kawan kawan Iyka yang amek diploma. katanya senang. tak terkejar kejar. diploma ni amek masa 3 tahun macam tu la *tak pasti*. tapi yes! diploma memang sempoi. rileks la berbanding matrik dan asasi. untungnya amek diploma ni sijil dia laku okey. korang boleh pi mintak kerja lepas habis diploma. pembantu pegawai lepas kot. gaji dalam rm1000++. tapi yang tak bestnya. diploma ni kena mintak pinjaman iaitu pinjaman PTPTipuN. nak guna duit sendiri pon boleh. nak mintak biasiswa pon boleh. tapi kebanyakannya kena mintak pinjaman la. cuba bayangkan bila amek diploma kena pinjam duit PT lepas tu sambung ijazah memang sah sah kena pinjam PT lagi. cuba kira guna kalkulator berapa korang kena bayar balik o.o lain la kalau guna duit sendiri ke biasiswa ke tu wokeyy la :) untungnya diploma ni, korang dah belajar bidang yang korang nak. tak macam asasi, matrik atau STPM. apa apa pon diploma ni cool apa.

IPG

korang boleh mintak kalau korang berminat nak jadi cikgu. yes! cikgu yang berjuang untuk anak bangsa. wuuu. dulu IPG ni macam taraf diploma jugak *kalau tak silap* tapi sekarang dah dinaik taraf macam ijazah. kiranya kalau korang dapat IPG ni macam rejeki la. tak payah susah susah apply UPU untuk ijazah pulak. terus pulak dapat kerja. gaji cikgu sekarang dah tinggi tau. kerja just ajar ajar orang bagi paham. tapi IPG ni ada interbiu la. yela. mana taknya. nanti kang hang mengajar tah hape hape. tak best semua. sape nak dengar hang mengajar. so kiranya dia betul betul pilih la. Iyka dulu pernah mintak tapi tak lepas T.T but sokey amek matrik ke asasi ke STPM ke diploma ke boleh je nak jadi cikgu. jangan sedih sedih eh. korang just apply pendidikan untuk ijazah. tu pon ada interbiu jugak. tak boleh lari dengan interbiu eh. hewhew. 


so, konklusinya di sini semua pon ada cabarannya. just pegang dengan niat kita. niat tu yang penting. kalau nak masuk U semata-mata nak cari pakwe/makwe baik lupakan je. kalau tu sebagai sambil menyelam minum air horlick sangatlah digalakkan. hewhew *gelak gedik*. okey till here. boboii :D

p/s  air horlick... sedapnya o.o tapi kalau Iyka, kalau dah dapat IPG, pergi IPG je. tak payah pikir pikir dah ^^

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

2 orang menari sakan: