BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Saturday, 21 April 2012

happy birthday sahabatku taty! :)


yee. tanggal 19 April merupakan hari lahir taty julung julung kalinya. bukan selalu taty lahir. hahaha. so me with Che Nur, Teha dengan Dira pakat pakat nak serbu bilik taty pukul 12 malam 19 April. pukul 11. 45 kitorang dah terpacak dekat tangga wing b untuk bergerak menuju kejayaan yakni bilik taty. hehe malangnya baru 11.45 okey! over kemain eksaited! -.- so bergerak la kitorang senget senget pergi bilik dira. baring baring gelak gelak tunggu sampai 11.55 then jalan balik pergi bilik taty. gelagat dah macam james born ke james bone eh? eh bone tulang. ahaha. 


tunggu depan pintu bilik dia. semua takut nak bukak. serius tak reti nak terkejut kan orang -.- . me with dira terkedek kedek lari menyorok disebalik dinding. teha dengan che nur je di depan pintu konon nak jumpa roomate taty. tapi....

cehhh!!! pintu bilik taty kunci! *saja je kan taty*

call roomate taty tanya itu ini semua then teha pun terus ketuk bilik taty. dengan muka bajet detektif macam Kokoro Mourie pakcik Conan tu, teha pergi tanya Sal Ain mana bla bla. then tetiba terus...

"happy birthday!!!!"

okey tak terkejut langsung! -.- tapi taty nangis! nangis ke taty? haha :D
kitorang hanya bagi hadiah je. dan cakap dekat semua jangan wish birthday taty. wahaha jahatnya! 

dan keesokan harinya lepas Lab Fizik taraaa...

ololo. air mata terkejut ke terharu ke sedih? :P
surprise tak taty? ada ala ala waaa terkejut mak *tangan ke bahu mata ke atas* tak? haha. ni semua rafiy yang plan. dia yang beli kek tu. semua dia lah. kitorang cuma pakat je. hehe :D


potong kek! amboii teha lagi. saja je noo enterprem :P

aaaa. nganga mulut jangan menitik air liur. haha


us :)

rafiy dan gee :) gee macam nak menari gee gee by Girl Generation je hahaha :P

dengan itu, tamatlah entry ini! terima kasih datang lagi :)

 
p/s  suddenly teringat dekat Azreen Una Wan Fatin. teringat masa time dorang surprisekan kek. terharu gila! :') *ke ada sape sape yg pakat dengan dorang lagi eh. sory tak ingat sebab dah lama sangatttt. huuu*. tp kitorang tak tangkap gambar sebab time tu waktu sekolah dan kitorang stayback. satu hari tak tegur. tegur pon gitu gitu je. apatah lagi wish!! tp ada udang di sebalik mak udang eh. tenkiuu :') walau takde gambar tp kenangan tu kita tetap ingat! sayang korang <3


gambar ni tak boleh nak dibesarkan lagi -.-




terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Tuesday, 17 April 2012

Kalau bukan dia jodohku, habis siapa? #3


Iyka dah start kuliah. malas malas! adehh. tapi nak buat macam mana? hidup harus diteruskan. macam ni lah hidup. dah kalau tak belajar boring pulak. okey sekarang lets sambung entry lepas. Iyka tau pasti seluruh umat manusia tak sabar nak tau kekasih 4 kan? *please angguk kepala dan buat muka bajet kiut tapi tak kiut. haha*

no caption -.-


okey tirai dibuka sekarang! :))


kekasih 4

ni lagi parah dan pasrah je la. dia taknak jumpa keluarga hangpa! okey sangat tak patut! dah bercouple couple kemain tak nak jumpa mak bapak pulak. dia ingat dia sape? emo ni! emo ni! bab bab jumpa keluarga ni buat dia rasa macam korang dah batak sangat nak dia kawen dengan korang. oh perasan yaa ampun! padahal just jumpa jalan jalan bertandang rumah pakwe/makwe bukan nak suruh bawak rombongan meminang bagi lelaki la. perempuan jangan duk buat kes terbaru pi hantar rombongan meminang eh. hoho. okey ni dah nampak sangat dia bukan serius pon dengan korang. just buat main main je tu -.-

oleh itu, jangan sedih sedih makan hati berulam jantung. cehh. makan je la daging kambing. hewhew. sebabnya korang sangat tak rugi. kenapa? sebab belum kawen pun dia macam tak peduli dengan family korang apatah lagi dah kawen! haremm langsung tak peduli! entah nanti kalau mak ke ayah ke jatuh sakit langsung takde punya dia nak datang jenguk. kalau family korang tengah susah ke tahik hidung pun dia taknak tolong. eeewww. hahaha. perumpamaan yang tah hape hape. haha. tapi pahamkan? hikhik. 

konon nanti dialah yang akan jadi role model untuk anak anak korang. tapi? uhhh jangan haraplah! 




pesanan penaja: ingat! hidup kita dan si dia bukan takat tu je. banyak lagi panjang lagi hidup yang akan kita lalui bersama. lepas kawen kita akan dapat lihat perangai sebenar pasangan kita tu. entah dia ni suka kentut merata. tidur berdengkur tak ingat dunia. semua kita tau lepas kawen. yang tu okey lagi! buatnya dia kaki perempuan ke kaki lelaki ke dan korang baru dapat tau lepas kawen! merana hidup! kalau Allah nak tunjuk macam macam cara boleh misalnya macam contoh kekasih kekasih tu. sebelum apa apa fikir dulu adakah dia boleh jaga aku nanti? adakah dia sesuai untuk jadi ibu/ayah untuk anak anak aku nanti? hidup dan kawen bukan semua atas dasar cinta je kalau dah perangai pun tak betul. fikir fikir kan :))



*Iyka bajet macam dah kawen je. hahaha :P*




salah silap Iyka minta maap. till here. boboi ^^


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Monday, 9 April 2012

kalau bukan dia jodohku, habis siapa? #2




Ini entry sambungan dari entry lepas. kalau tak sempat baca boleh klik previous entry :))


straight to the point je la eh. kalau yang baca blog Iyka *kalau ada* mesti akan pelik sebab selalunya Iyka akan melalut lalut sampai ke laut sebelum masuk main topic. okey sekarang pon dah melalut sebenarnya -.-




dalam entry lepas Iyka ada mention pasal kekasih 1. dalam entry ni korang hayati la situasi kekasih 2 dan kekasih 3. selamat menghayati menghayatu ^^




Kekasih 2


dan sekarang korang mula bercinta dengan sahabat lama korang. ramai cakap yang hubungan yang bermula sebagai kawan pasti akan kekal lama sebab  sudah semestinya korang lebih mengenali dia yang merupakan sahabat lama korang. kadang kadang dia layan korang special sangat ibarat korang la raja dan ratu hatinya tapi kadang kadang korang dilayan macam kawan biasa nothing special seperti kawan kawannya yang lain. apalah nasib diri ini :'( beberapa bulan kemudian, jeng jeng jeng korang dapat tau yang dia curang! bukan curang biasa tapi luar biasa. dia curang dengan beberapa orang. beberapa okey! 

rupa rupanya korang dapat tau yang korang jugak salah satu mangsa yang dipermainkan. sebenar benarnya dia dah nak kahwin dah pun. tunggu masa je! dan dia sempat lagi curang di belakang bakal teman hidupnya. dan korang adalah bonekanya semata mata di saat sebelum dia bergelar suami/isteri. sikapnya yang macam haremm ni memang korang tak pernah tau pon! mungkin perangai dia memang macam ni tapi korang je yang taktau. tak sempat nak investigate kot saat korang dan dia bergelar sahabat. haha.


selalunya jenis macam ni pasti akan curang walaupun dah kahwin. kalau lelaki mesti nak pasang banyak banyak biar cukup keliling pinggang. kalau perempuan pulak bercinta sembunyi sembunyi belakang suami. depan suami pijak semut pon tak mati lebih lebih lagi kalau poket suami tu tebal sampai tak boleh nak tutup. bersyukurlah anda! 


Kekasih 3

Awal-awal perkenalan okey lagi. tapi tu baru seminggu kenal. dah masuk minggu kedua tu terus terbitnya sikap mata duitan $_$ .  ini boleh dilihat apabila dia meminta anda menopup teponnya *menopup eh -.-* ataupun kalau dia nampak je korang ada duit lebih sikit hasil dari mata pencarian korang tu terus je ringan nak mintak tanpa rasa segan silu. oh sungguh kureng hasemm! selamba badak je mintak mintak tapi kerana sayang korang okey je. bagi dengan rela hati walau berat sikit tapi still bagi. ini kerana korang rasa dia akan jadi pasangan korang sehidup sematis. wajarlah duit kita duit awak, duit awak duit awak je -.- 

dan apabila korang jatuh miskin papa kedana atau mama kedana, dia dengan senang lenang blah begitu saja. meme tak kenang budi! lebih parah apabila dia siap boleh menunjuk nunjuk yang dia ada pasangan yang lebih masyuk dari korang. kureng hajar betui! tapi sokey! seghius korang tak rugi apa apa. juga tak untung. korang akan dapat titik pulang modal! okey masuk bab akaun!-.- . yes! mereka bahagia tapi sampai bila pasangan baru dia tu akan tanggung dia?

kalau perempuan macam pisau cukur hanya reti cukur je memang sumpah takkan bahagia! lelaki yang berharta tu mesti lari cari lain punya. kalau lelaki pulak, hanya perempuan mangkuk hayun je yang sanggup taja lelaki tu. please jangan jadi perempuan mangkuk hayun. dan korang semestinya akan bersyukur sebab terlepas dari di cukur dan menjadi mangkuk hayun :)

--------------------
 
bersambung dalam kalau bukan dia jodohku, habis siapa? #3


sumber: seperti yang diberitahu dalam entry lepas :))



terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Saturday, 7 April 2012

kalau bukan dia jodohku, habis siapa? #1


Sering kali kita dengar ada je pasangan putus cinta. mungkin dalam sebulan 70% pasangan akan kata bahawa mereka ni tak serasi dan lebih baik putus je ler -.- *okey memandai je*. ala.. putus cinta ni dah dikira biasa sangat la lebih lebih lagi kalau takde apa apa ikatan yang sah. tapi ada jugak yang dah ada ikatan dan baru perasan yang mereka ni tak serasi. buang duit je pi kahwin kalau tak serasi. so bagi Iyka biar lah putus cinta time belum kahwin dari putus cinta lepas kahwin. tu seksa diri namanya!






naluri manusia memang rasa nak dicintai dan menyintai. cehh. haha. tapi betul apa. eikau tak nak ke bila ada orang sayang tangkap leleh sama eikau? haa. mesti laju je nak kan! dulu korang lonely makan sesorang takde teman. handset pon senyap tak berbunyi. takde teman nak ajak berborak pasal hati dan perasaan. takde yang nak care pasal korang dah makan belum, dah mandi ke belum. dan sekarang korang dah ada semua tu. Alhamdulillah syukur ada jugak orang nak kat korang. hahaha :P




tapi semua tu tak kekal lama. saat saat bahagia yang korang rasa tak kekal lama. ibarat hari ni bercinta esok dah putus cinta. oh sadihnya T_T dan mulalah rasa macam bukan diri sendiri. tiap tiap malam bangun berdoa semoga cinta hati korang tu akan rujuk balik dengan korang. tapi ingat! setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya! cuma kita je yang buta tak tau semua tu.




masa bercinta memang semua manis manis indah indah kalah gula gula kapas. tapi pernah tak korang bayangkan 7 atau 8 tahun akan datang? dan sudah tentu please percaya korang akan rasa korang adalah orang yang bertuah seisi alam semesta.


cuba hayati situasi di bawah ini *ayat bajet je* haha


Kekasih 1

dia kekasih cinta mati korang. paham paham je la kalau dah cinta mati mesti conpem sanggup buat apa apa yang dia suruh. akibatnya sebagai balasan korang conpem akan dibuli. hadirnya korang dalam hidup dia macam takde apa apa. ada takpe takde pon takpe. korang ibarat terhegeh-hegeh seperti anjing cari tulang -.- . ini samalah macam korang bercinta dengan bayang-bayangnya saja. oh kesiannya. orangnya pulak kalau baik sangat takpe jugak. ni dah la suka berpeleseran tak ketahuan hala, perokok tegar, kaki perempuan, kaki pukul, muka pulak macam muka orang pecah rumah. sabo je la~~

tapi korang sanggup ketepikan semua tu. korang yakin yang dia akan berubah selepas korang kahwin. banyak kali jugak korang putus tapi akibat sayang dan dia pulak jenis pandai pujuk dengan ayat ayat manis gitu korang pon mulalah cair seperti air batu yang dipanaskan dengan suhu 100 darjah celcius *ni dah menggelegak dah. haha*. tapi akhirnya korang ditinggalkan seperti anjing kurap. 


tapi percayalah korang tak akan rugi apa apa pon! belum kahwin perangai dah macam seten! seten okey! ni kan pulak lepas korang kahwin. omaigod! tak mustahil korang akan ditinggalkan bersama anak anak dirumah sedangkan dia pulak senang lenang berpoya poya. see! tak rugi langsung kan?

---------------------



bersambung dalam kalau bukan dia jodohku, habis siapa? #2


p/s bajet la Iyka ni siap ada part 2 bagai. hahaha. akibat kerana pendahuluan yang panjang macam buat add math so terpaksa la. terpaksa okey! mengerti la. hewhew. boboii.


sumber: SINI
 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika