BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Saturday, 7 April 2012

kalau bukan dia jodohku, habis siapa? #1


Sering kali kita dengar ada je pasangan putus cinta. mungkin dalam sebulan 70% pasangan akan kata bahawa mereka ni tak serasi dan lebih baik putus je ler -.- *okey memandai je*. ala.. putus cinta ni dah dikira biasa sangat la lebih lebih lagi kalau takde apa apa ikatan yang sah. tapi ada jugak yang dah ada ikatan dan baru perasan yang mereka ni tak serasi. buang duit je pi kahwin kalau tak serasi. so bagi Iyka biar lah putus cinta time belum kahwin dari putus cinta lepas kahwin. tu seksa diri namanya!






naluri manusia memang rasa nak dicintai dan menyintai. cehh. haha. tapi betul apa. eikau tak nak ke bila ada orang sayang tangkap leleh sama eikau? haa. mesti laju je nak kan! dulu korang lonely makan sesorang takde teman. handset pon senyap tak berbunyi. takde teman nak ajak berborak pasal hati dan perasaan. takde yang nak care pasal korang dah makan belum, dah mandi ke belum. dan sekarang korang dah ada semua tu. Alhamdulillah syukur ada jugak orang nak kat korang. hahaha :P




tapi semua tu tak kekal lama. saat saat bahagia yang korang rasa tak kekal lama. ibarat hari ni bercinta esok dah putus cinta. oh sadihnya T_T dan mulalah rasa macam bukan diri sendiri. tiap tiap malam bangun berdoa semoga cinta hati korang tu akan rujuk balik dengan korang. tapi ingat! setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya! cuma kita je yang buta tak tau semua tu.




masa bercinta memang semua manis manis indah indah kalah gula gula kapas. tapi pernah tak korang bayangkan 7 atau 8 tahun akan datang? dan sudah tentu please percaya korang akan rasa korang adalah orang yang bertuah seisi alam semesta.


cuba hayati situasi di bawah ini *ayat bajet je* haha


Kekasih 1

dia kekasih cinta mati korang. paham paham je la kalau dah cinta mati mesti conpem sanggup buat apa apa yang dia suruh. akibatnya sebagai balasan korang conpem akan dibuli. hadirnya korang dalam hidup dia macam takde apa apa. ada takpe takde pon takpe. korang ibarat terhegeh-hegeh seperti anjing cari tulang -.- . ini samalah macam korang bercinta dengan bayang-bayangnya saja. oh kesiannya. orangnya pulak kalau baik sangat takpe jugak. ni dah la suka berpeleseran tak ketahuan hala, perokok tegar, kaki perempuan, kaki pukul, muka pulak macam muka orang pecah rumah. sabo je la~~

tapi korang sanggup ketepikan semua tu. korang yakin yang dia akan berubah selepas korang kahwin. banyak kali jugak korang putus tapi akibat sayang dan dia pulak jenis pandai pujuk dengan ayat ayat manis gitu korang pon mulalah cair seperti air batu yang dipanaskan dengan suhu 100 darjah celcius *ni dah menggelegak dah. haha*. tapi akhirnya korang ditinggalkan seperti anjing kurap. 


tapi percayalah korang tak akan rugi apa apa pon! belum kahwin perangai dah macam seten! seten okey! ni kan pulak lepas korang kahwin. omaigod! tak mustahil korang akan ditinggalkan bersama anak anak dirumah sedangkan dia pulak senang lenang berpoya poya. see! tak rugi langsung kan?

---------------------



bersambung dalam kalau bukan dia jodohku, habis siapa? #2


p/s bajet la Iyka ni siap ada part 2 bagai. hahaha. akibat kerana pendahuluan yang panjang macam buat add math so terpaksa la. terpaksa okey! mengerti la. hewhew. boboii.


sumber: SINI
 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

0 orang menari sakan: