BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Monday, 9 April 2012

kalau bukan dia jodohku, habis siapa? #2




Ini entry sambungan dari entry lepas. kalau tak sempat baca boleh klik previous entry :))


straight to the point je la eh. kalau yang baca blog Iyka *kalau ada* mesti akan pelik sebab selalunya Iyka akan melalut lalut sampai ke laut sebelum masuk main topic. okey sekarang pon dah melalut sebenarnya -.-




dalam entry lepas Iyka ada mention pasal kekasih 1. dalam entry ni korang hayati la situasi kekasih 2 dan kekasih 3. selamat menghayati menghayatu ^^




Kekasih 2


dan sekarang korang mula bercinta dengan sahabat lama korang. ramai cakap yang hubungan yang bermula sebagai kawan pasti akan kekal lama sebab  sudah semestinya korang lebih mengenali dia yang merupakan sahabat lama korang. kadang kadang dia layan korang special sangat ibarat korang la raja dan ratu hatinya tapi kadang kadang korang dilayan macam kawan biasa nothing special seperti kawan kawannya yang lain. apalah nasib diri ini :'( beberapa bulan kemudian, jeng jeng jeng korang dapat tau yang dia curang! bukan curang biasa tapi luar biasa. dia curang dengan beberapa orang. beberapa okey! 

rupa rupanya korang dapat tau yang korang jugak salah satu mangsa yang dipermainkan. sebenar benarnya dia dah nak kahwin dah pun. tunggu masa je! dan dia sempat lagi curang di belakang bakal teman hidupnya. dan korang adalah bonekanya semata mata di saat sebelum dia bergelar suami/isteri. sikapnya yang macam haremm ni memang korang tak pernah tau pon! mungkin perangai dia memang macam ni tapi korang je yang taktau. tak sempat nak investigate kot saat korang dan dia bergelar sahabat. haha.


selalunya jenis macam ni pasti akan curang walaupun dah kahwin. kalau lelaki mesti nak pasang banyak banyak biar cukup keliling pinggang. kalau perempuan pulak bercinta sembunyi sembunyi belakang suami. depan suami pijak semut pon tak mati lebih lebih lagi kalau poket suami tu tebal sampai tak boleh nak tutup. bersyukurlah anda! 


Kekasih 3

Awal-awal perkenalan okey lagi. tapi tu baru seminggu kenal. dah masuk minggu kedua tu terus terbitnya sikap mata duitan $_$ .  ini boleh dilihat apabila dia meminta anda menopup teponnya *menopup eh -.-* ataupun kalau dia nampak je korang ada duit lebih sikit hasil dari mata pencarian korang tu terus je ringan nak mintak tanpa rasa segan silu. oh sungguh kureng hasemm! selamba badak je mintak mintak tapi kerana sayang korang okey je. bagi dengan rela hati walau berat sikit tapi still bagi. ini kerana korang rasa dia akan jadi pasangan korang sehidup sematis. wajarlah duit kita duit awak, duit awak duit awak je -.- 

dan apabila korang jatuh miskin papa kedana atau mama kedana, dia dengan senang lenang blah begitu saja. meme tak kenang budi! lebih parah apabila dia siap boleh menunjuk nunjuk yang dia ada pasangan yang lebih masyuk dari korang. kureng hajar betui! tapi sokey! seghius korang tak rugi apa apa. juga tak untung. korang akan dapat titik pulang modal! okey masuk bab akaun!-.- . yes! mereka bahagia tapi sampai bila pasangan baru dia tu akan tanggung dia?

kalau perempuan macam pisau cukur hanya reti cukur je memang sumpah takkan bahagia! lelaki yang berharta tu mesti lari cari lain punya. kalau lelaki pulak, hanya perempuan mangkuk hayun je yang sanggup taja lelaki tu. please jangan jadi perempuan mangkuk hayun. dan korang semestinya akan bersyukur sebab terlepas dari di cukur dan menjadi mangkuk hayun :)

--------------------
 
bersambung dalam kalau bukan dia jodohku, habis siapa? #3


sumber: seperti yang diberitahu dalam entry lepas :))



terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

2 orang menari sakan:

farah hanim said... [♥ balas ♥]

kalau dia bukn jodhku
jodhku orang lainn kott
hehe
kene tunggu laa..amboii
da jadi penulis novel kee
hehe

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@farah hanimmana ada novel farah. tapi suka gak tulis novel ni. cuma takde masa je :)