BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Tuesday, 17 April 2012

Kalau bukan dia jodohku, habis siapa? #3


Iyka dah start kuliah. malas malas! adehh. tapi nak buat macam mana? hidup harus diteruskan. macam ni lah hidup. dah kalau tak belajar boring pulak. okey sekarang lets sambung entry lepas. Iyka tau pasti seluruh umat manusia tak sabar nak tau kekasih 4 kan? *please angguk kepala dan buat muka bajet kiut tapi tak kiut. haha*

no caption -.-


okey tirai dibuka sekarang! :))


kekasih 4

ni lagi parah dan pasrah je la. dia taknak jumpa keluarga hangpa! okey sangat tak patut! dah bercouple couple kemain tak nak jumpa mak bapak pulak. dia ingat dia sape? emo ni! emo ni! bab bab jumpa keluarga ni buat dia rasa macam korang dah batak sangat nak dia kawen dengan korang. oh perasan yaa ampun! padahal just jumpa jalan jalan bertandang rumah pakwe/makwe bukan nak suruh bawak rombongan meminang bagi lelaki la. perempuan jangan duk buat kes terbaru pi hantar rombongan meminang eh. hoho. okey ni dah nampak sangat dia bukan serius pon dengan korang. just buat main main je tu -.-

oleh itu, jangan sedih sedih makan hati berulam jantung. cehh. makan je la daging kambing. hewhew. sebabnya korang sangat tak rugi. kenapa? sebab belum kawen pun dia macam tak peduli dengan family korang apatah lagi dah kawen! haremm langsung tak peduli! entah nanti kalau mak ke ayah ke jatuh sakit langsung takde punya dia nak datang jenguk. kalau family korang tengah susah ke tahik hidung pun dia taknak tolong. eeewww. hahaha. perumpamaan yang tah hape hape. haha. tapi pahamkan? hikhik. 

konon nanti dialah yang akan jadi role model untuk anak anak korang. tapi? uhhh jangan haraplah! 




pesanan penaja: ingat! hidup kita dan si dia bukan takat tu je. banyak lagi panjang lagi hidup yang akan kita lalui bersama. lepas kawen kita akan dapat lihat perangai sebenar pasangan kita tu. entah dia ni suka kentut merata. tidur berdengkur tak ingat dunia. semua kita tau lepas kawen. yang tu okey lagi! buatnya dia kaki perempuan ke kaki lelaki ke dan korang baru dapat tau lepas kawen! merana hidup! kalau Allah nak tunjuk macam macam cara boleh misalnya macam contoh kekasih kekasih tu. sebelum apa apa fikir dulu adakah dia boleh jaga aku nanti? adakah dia sesuai untuk jadi ibu/ayah untuk anak anak aku nanti? hidup dan kawen bukan semua atas dasar cinta je kalau dah perangai pun tak betul. fikir fikir kan :))



*Iyka bajet macam dah kawen je. hahaha :P*




salah silap Iyka minta maap. till here. boboi ^^


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

3 orang menari sakan:

AdilaAzmir™ said... [♥ balas ♥]

nnt iyka kawen, jgn lupa jemput k.
hahaha tetibe:D

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@AdilaAzmir™ lambat lagi la dila :P

AzelahSaupi said... [♥ balas ♥]

so tunjuk je perangai yang sebenar time couple . xyh nk malu malu . jee