BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Thursday, 28 June 2012

setelah seminggu *entry sedih*


setelah seminggu kita berpisah.


setelah seminggu kita tidak bertentang mata.


setelah seminggu jua dikau pergi.


setelah seminggu makan tak lena, mandi tak kenyang, tidur tak basah -.-


setelah seminggu kaki melangkah tanpa kau disisi. 

setelah seminggu tangan rasa nak tampar tampar pipi sendiri sebab pendahuluan pun dah macam ape je.

ohh biasalah setelah seminggu cuti memang macam ni. otak tak berkembang. yang berkembang hanya badan je la. eeee seghonoknya yeah yeah -,-

entry ni memang merepek tahap dah meroyan dah ni. harap harap takde orang baca. macam buang masa. haha. tapi kalau nak baca pun silakan je la. hewhew. 

seminggu tak pegang buku macam awkward je. bajet rajin tapi itulah dia. itu yang terjadi. ini realiti bukan fantasi :) tapi tak dapat digambarkan betapa gembiranya kerana tidak perlu bersusah payah buat tutorial, lab report dan sebagainya buat sementara waktu. sementara sahaja. dah takpayah sedih sedih :')


tapi hidup tak buat apa apa pon sedih jugak :'( okey till here. maaf entry memang takde motip. takyah post pon takpe. tapi dah nasib. kena post jugak. hewhew. 


tapi yang pasti entry akan datang takde dah nak buang masa macam ni. In sya Allah pasti di isi dengan sesuatu. sesuatu yang tidak merepek tahap boring tak boleh nak cerita macam ni lagi. 


terima kasih datang lagi lagi lagi ^^


:'( sedih dengan diri sendiri sebab sedih sendiri errr -.-


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Wednesday, 20 June 2012

sifat sikap ikan siakap


ARAHAN: sila jalan terus kepada soalan.

soalan ala ala polis pencen:

kenapa haa kau dalam pesbuk lain, kat luar lain. maksudnya haa kenapa haa kau dalam pesbuk macam lain tapi kat luar kau penyenyap. tak banyak cakap. siap ada blog weyy. kalau dalam alam maya tu *maya sangat* kau macam lain la. macam Zarif. kenapa eh? cuba cerita sikit.

SILA JAWAB TIDAK LEBIH DARI 1 ENTRY. JANGAN TENGOK KAWAN SEBELAH. PEACE!


jawapan wirawati tanah air:

sebabnya hanya 1 dan takde sebab lain. sebab kita actually belum rapat lagi sampai kita kena cerita atau tunjukkan sikap kita dekat semua orang. yes! mungkin sesetengah memang dengan mudah dapat ngam atau kamcing dengan semua orang tanpa mengira umur bangsa dan agama tapi yang penting bukan Zarif Zulaika :) bagi kita, memang mudah nak kenal dan kawan dengan semua orang tapi bukan bermakna senang rapat. kenal bukan bererti awak boleh tau sikap sifat atau adakah dia gemar makan ikan siakap masak 3 rasa -,-


memang kita macam ni since dulu lagi but kalau dah kenal korang akan tau kita macam mana. boleh nyanyi melalak without rasa segan yang menebal. tidak akan malu malu tahap power rangers lagi sewaktu ingin membuat tarian 'sotong' yang sangat hot tu -.-


setiap orang pasti akan ada sifat yang dia taknak orang lain tau. kalau boleh langsung ahh jangan tau. ohh plish la. wuhuhu. ibarat macam kita duduk dalam 1 bulatan besar. adakah kita kenal kawan sebelah kita? yes mungkin kita tau perangai zahirnya saja. perangai zahir macam mana? okey sila lihat bawah!


SIFAT 1

Jenab seorang yang periang ria. hari hari dia suka membuat lawak yang membuatkan kawan kawannya tak kering air liur. 

tapiiii tanpa semua tau Jenab selalu menyendiri. dia cepat sentap apabila kawan kawannya cakap lepas. almaklumla kalau orang dah tau korang tu happy happy sudah semestinya dorang takkan tapis mulut yang kemain laser bak peluru askar pejuang


SIFAT 2

Badul seorang yang pemarah. pantang ada je yang jentik dia sikit mulalah ribut taufan akan melanda wilayah Sumatera. pantang okey! itu pantangnya!

tapiii tanpa semua tau Badul seorang yang sangat romantis. dekat awek dia je la pon kan. memang sah sah semua taktau. kalau orang lain tau tu sebab awek dia eksaited sangat bagitau semua orang. hahaha XD


SIFAT 3

Baba Khan seorang yang cool. Jalan pon control macho je. jatuh tergolek terkangkang pon watdono je. bayangkan kecoolan dia tu *tatabahasa mak aiii*. 

tapiii tanpa semua tau Baba Khan seorang yang cengeng atau kuat menangis. pantang tengok cerita sedih mulalah tutup hidung di sebabkan hingus meleleh tak dapat ketagih. errr -.- owww memang semua tak perlu tau la. jatuhlah maruah Baba Khan si cool abad ini. 


SIFAT 4

Pah Bedah seorang yang gila gila. gila bukan bermakna dia pesakit Tanjung Rambutan. tapi hampir nak di bawa ke Tanjung Rambutan kot. sikap gila gilanya memang senang nak buat ramai kawan. orang kan memang suka berkawan dengan orang yang sempoi habis.

tapiii tanpa semua tau Pah Bedah seorang yang pendiam sebenarnya. pendiam yang jenis kalau ada masalah memang semua takkan tau. sikap gila gila dia hanya dengan kawan kawan. bila dah sorang sorang bukan orang lain tau.


SIFAT 5

Unknown seorang yang berbadan besar, bertubuh tinggi. seorang yang macam semua benda tak takut. haa kau bagilah dinasour ke alien ke tiup je. mak aiii apa la pon. bagi la lipas ke. hahaha :P

tapiii tanpa semua tau tu la dia. wahaha maap sape terasa. kahkah :P


Kesimpulannya, berdasarkan contoh contoh dapat disimpul matikan bahawa kita rasa kita dah cukup kenal seseorang tu tapi tak semestinya kita betul betul kenal dia luar dan dalam :) walaupun kawan baik kita sendiri. dia sorok apa dari kita bukan semua kita boleh baca walaupun dia kawan sehidup semati waa habaq luu

dan bagi Iyka, kita suka macam ni. kita rasa lebih dihormati. orang tak boleh kotak katik kita ikut sedap depa. kalau nak cakap pon tapis dulu takdela main boo je :) lagipun kita tak suka cakap banyak sangat. hehe. lebih suka menulis dari bercakap. kalau nak, kita boleh utus surat. hahaha XD till here. boboiii. 




p/s  sebenarnya banyak yang kita nak cakap malam tu. tapi tak tercakap. haha :P so inilah jawapan yang sebenar benarnye yang kita nak cakap. ikhlas dari hati. bukan dari kaki :P

mereka mungkin tau perangai Iyka macam mana. mungkin.

family vampire grrrr tunjuk taring. haha. ada berani?

ikhlas,
ZARIF ZULAIKA


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Saturday, 16 June 2012

AYAH saya bukan AYAH awak



haii eberybady. hewhew. memandangkan nak dekat nak cuti ehem ehem. cuti 2 bulan tuu ^^ so dapat terbayang pokok depan rumah yang dah di tebang melambai-lambai dalam khayalan saja. wohaha. dapat juga mendengar bunyi motor rempit yang takde kejadah merempit depan rumah orang. rempit senyap  senyap takpe gak. lu nak tergolek masuk gol gua tak kesah pon beb. tapi sebab lu merempit depan rumah gua itu gua kesah. mukamakdemah yang merepek -.-'


sebenarnya nak cakap haritu tiba-tiba termimpi ayah dengan yana tunggu dekat bus stop nak bawak balik rumah. entah apa motip mimpi cenggitu entah. mimpi di siang hari memang merepek. haha. boleh pulak tiba tiba balik kelas turun je dari bas nampak ayah. dengan selamba dek ayah kata.

"JOM BALIK RUMAH!"

ohmaiii. biar betik! dengan terpinga-pinga. Iyka jawab:

"SEKARANG?"

nampak tak ketidakpercayaan di situ. haha XD merepek je mimpi. padahal bersusun exam waa habaq luu -.-'

so dengan drastiknya teringat dekat ayah :')

walaupun ayah selalu outstation kadang kadang sampai 2 minggu tapi it sokey :) ayah kerja cari duit untuk keluarga. kadang kadang tengok ayah balik malam macam kesian tapi apa boleh buat. hanya mampu melihat. nak tolong ganti tak boleh la gamaknya -.-

sekarang ni pun banyak yang ayah kena tanggung. duit belanja Iyka belajar totally atas bahu ayah. tambah yana pulak sekarang. tapi nasib baik yana dapat biasiswa matrik. so kurang sikit beban ayah. tapi sebelum masuk matrik mesti banyak duit pakai. tak termasuk barang dapur bulan bulan. belanja mek tok yaya. bayar itu ini segalalah. adoiii

tapi ayah tak pernah kata apa. kadang kadang Iyka ni pun kalau pergi mana mana, nampak je macam berkenan terus rembat mintak ayah bayar. kadang kadang je la pon. bukan la selalu. kalau bab makanan je selalu. hahahaha. memang dasar mentekedarah betul! -.-

selama Iyka hidup 20 tahun ni. cehhh. announce umur tak boleh blah ni! coppp belum genap 20 tahun lagi. hewhew :P Iyka tak pernah la rasa macam tak lengkap makan pakai semua. semua serba serbi lengkap :') Alhamdulillah :) semua kerana pengorbanan ayah dengan ibu kerja pagi petang malam semata mata sebab nak tanggung keluarga. Iyka tau penat. walaupun tak cakap tapi dari muka pun dah tau kan :) ayah lagi la tak cakap apa apa. langsung tak mengeluh penat ke apa ke. ibu ada la sikit sikit kata lenguh kaki dan sebagainya. sebenarnya mintak yaya urut je tu. taktik. hehe :P


kalau Iyka suruh ayah amek dekat UPM ni tak pernah sekalipun ayah kata taknak. mesti okey je. kalau tak pun sebab ayah ada kerja. dan untuk pengetahuan semua, Iyka tak pernah sekali pun naik pengangkutan lain selain kereta ayah nak balik rumah. yeee tau! tak berdikari! tapi itu la. takut sesat la. almaklumlah. saya budak key ell teyy pii sayy yaa buta jalan. eh eh. bukan buta jalan. jarang keluar rumah je. wahaha :P nanti sesat sampai London sape susah? haa haa ^^ hewhew.

Encik Mohd Zulkifli bersama mek tok yaya :)

dan turut disertakan mesej yang dirasakan suweet dari ayah. hewhew :)


DAY 1 :)


DAY 2. selang beberapa hari kemudian.


perkataan bye tu kalakar sangat. tak pernah pernah ayah cakap bye. entah2 yaya yang taip ni -.-' baguzz tu pon semacam. sejak bila ayah pandai taip mesej macam muda mudi zaman sekarang cakap meleret ni?? cehhh. 

last sekali patut la menampal gamba sendiri sebab inikan blog gue. hewhew :P

sincerely your daughter,
ZARIF ZULAIKA MOHD ZULKIFLI

To: Encik Mohd Zulkifli Ab. Wahab


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika