BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Wednesday, 20 June 2012

sifat sikap ikan siakap


ARAHAN: sila jalan terus kepada soalan.

soalan ala ala polis pencen:

kenapa haa kau dalam pesbuk lain, kat luar lain. maksudnya haa kenapa haa kau dalam pesbuk macam lain tapi kat luar kau penyenyap. tak banyak cakap. siap ada blog weyy. kalau dalam alam maya tu *maya sangat* kau macam lain la. macam Zarif. kenapa eh? cuba cerita sikit.

SILA JAWAB TIDAK LEBIH DARI 1 ENTRY. JANGAN TENGOK KAWAN SEBELAH. PEACE!


jawapan wirawati tanah air:

sebabnya hanya 1 dan takde sebab lain. sebab kita actually belum rapat lagi sampai kita kena cerita atau tunjukkan sikap kita dekat semua orang. yes! mungkin sesetengah memang dengan mudah dapat ngam atau kamcing dengan semua orang tanpa mengira umur bangsa dan agama tapi yang penting bukan Zarif Zulaika :) bagi kita, memang mudah nak kenal dan kawan dengan semua orang tapi bukan bermakna senang rapat. kenal bukan bererti awak boleh tau sikap sifat atau adakah dia gemar makan ikan siakap masak 3 rasa -,-


memang kita macam ni since dulu lagi but kalau dah kenal korang akan tau kita macam mana. boleh nyanyi melalak without rasa segan yang menebal. tidak akan malu malu tahap power rangers lagi sewaktu ingin membuat tarian 'sotong' yang sangat hot tu -.-


setiap orang pasti akan ada sifat yang dia taknak orang lain tau. kalau boleh langsung ahh jangan tau. ohh plish la. wuhuhu. ibarat macam kita duduk dalam 1 bulatan besar. adakah kita kenal kawan sebelah kita? yes mungkin kita tau perangai zahirnya saja. perangai zahir macam mana? okey sila lihat bawah!


SIFAT 1

Jenab seorang yang periang ria. hari hari dia suka membuat lawak yang membuatkan kawan kawannya tak kering air liur. 

tapiiii tanpa semua tau Jenab selalu menyendiri. dia cepat sentap apabila kawan kawannya cakap lepas. almaklumla kalau orang dah tau korang tu happy happy sudah semestinya dorang takkan tapis mulut yang kemain laser bak peluru askar pejuang


SIFAT 2

Badul seorang yang pemarah. pantang ada je yang jentik dia sikit mulalah ribut taufan akan melanda wilayah Sumatera. pantang okey! itu pantangnya!

tapiii tanpa semua tau Badul seorang yang sangat romantis. dekat awek dia je la pon kan. memang sah sah semua taktau. kalau orang lain tau tu sebab awek dia eksaited sangat bagitau semua orang. hahaha XD


SIFAT 3

Baba Khan seorang yang cool. Jalan pon control macho je. jatuh tergolek terkangkang pon watdono je. bayangkan kecoolan dia tu *tatabahasa mak aiii*. 

tapiii tanpa semua tau Baba Khan seorang yang cengeng atau kuat menangis. pantang tengok cerita sedih mulalah tutup hidung di sebabkan hingus meleleh tak dapat ketagih. errr -.- owww memang semua tak perlu tau la. jatuhlah maruah Baba Khan si cool abad ini. 


SIFAT 4

Pah Bedah seorang yang gila gila. gila bukan bermakna dia pesakit Tanjung Rambutan. tapi hampir nak di bawa ke Tanjung Rambutan kot. sikap gila gilanya memang senang nak buat ramai kawan. orang kan memang suka berkawan dengan orang yang sempoi habis.

tapiii tanpa semua tau Pah Bedah seorang yang pendiam sebenarnya. pendiam yang jenis kalau ada masalah memang semua takkan tau. sikap gila gila dia hanya dengan kawan kawan. bila dah sorang sorang bukan orang lain tau.


SIFAT 5

Unknown seorang yang berbadan besar, bertubuh tinggi. seorang yang macam semua benda tak takut. haa kau bagilah dinasour ke alien ke tiup je. mak aiii apa la pon. bagi la lipas ke. hahaha :P

tapiii tanpa semua tau tu la dia. wahaha maap sape terasa. kahkah :P


Kesimpulannya, berdasarkan contoh contoh dapat disimpul matikan bahawa kita rasa kita dah cukup kenal seseorang tu tapi tak semestinya kita betul betul kenal dia luar dan dalam :) walaupun kawan baik kita sendiri. dia sorok apa dari kita bukan semua kita boleh baca walaupun dia kawan sehidup semati waa habaq luu

dan bagi Iyka, kita suka macam ni. kita rasa lebih dihormati. orang tak boleh kotak katik kita ikut sedap depa. kalau nak cakap pon tapis dulu takdela main boo je :) lagipun kita tak suka cakap banyak sangat. hehe. lebih suka menulis dari bercakap. kalau nak, kita boleh utus surat. hahaha XD till here. boboiii. 




p/s  sebenarnya banyak yang kita nak cakap malam tu. tapi tak tercakap. haha :P so inilah jawapan yang sebenar benarnye yang kita nak cakap. ikhlas dari hati. bukan dari kaki :P

mereka mungkin tau perangai Iyka macam mana. mungkin.

family vampire grrrr tunjuk taring. haha. ada berani?

ikhlas,
ZARIF ZULAIKA


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

4 orang menari sakan:

GincoMerahJambu said... [♥ balas ♥]

*angguk2 baca entry ni*

bernas sungguh entry ni..tak bosan lansung bace..hehe

nini said... [♥ balas ♥]

hahaha...kalo nini plak depends jugak...kadang2 boleh jadi sangat pendiam...kadang2 boleh jadi sangat kepochi...hehehe...=p

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@GincoMerahJambu hee. terima kasih. tapi benda betul kan :))

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@ninikan. mood orang mudah berubah. kita bukan boleh jangka :)