BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Friday, 27 July 2012

lawak#2 LALAT


lagi cerita lawak. entah kenapa semua pon dah macam kelakar bagi Iyka. tapi serius ini benar, memang lawak! tak caye? kisahnya bermula begini.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 


bukan pada waktu siang tapi pada waktu malam. yelaa kalau tak siang, malam. mana ada waktu silam errr -.- silam=lampau ada :)

okey. agak agak pukul 10 lebih lebih la. di sebuah bilik bercat biru. jangan tanya biru laut ke baby blue ke biru gelap ke. yang penting biru. aku dan si demok Yaya saja yang berada di dalam bilik biru tersebut. seee sekali lagi nama si demok Yaya jugak yang fofular. nak buat macam mana. hanya dia temanku sobsob :')

aku dengan PC ku manakala si demok Yaya dengan buku buku PMR beliau. konon rajin padahal memang perlu rajin. trial PMR bakal menjelma. tiba tiba datang bukan sekumpulan mahupun segerombolan tapi seekor makhluk durjana. seekor LALAT. cisss kau lalat. 

boleh bayangkan tak macam mana muka aku yang kudus serta demok Yaya yang panik ini? gimana lalat boleh sampai masuk bilik yang bagaikan syurga buat kami. puiii -.- kentut betul. 

aku berusaha menghalau lalat itu dengan membuka kungfu funan chih tu champa ku yang bukan calang calang. aku malas nak tunjuk dekat sape sape tapi sebab kau lalat aku gagahi jua. setelah di kung keng kung keng lalat tu tapi nyawa kau lalat memang liat taknak jugak terpisah dari badan. bukan saja itu, kau taknak menapak guna sayap kau keluar dari bilik kami. cisss....

aku mati akal. penat. peluh cik titi lagi. mana mampu aku tahan. aku pasrah. apa nak jadi, jadilah. si demok Yaya tidak mahu mengalah. beliau pula membuka silat cekak serigala yang dipelajari entah dari mana aku tak pasti. tung tang tung tang akhirnya kau lalat menjadi juara sekali lagi. ciss kau lalat. sungguh durjana engkau ini yaa!

aku dan si demok Yaya bermesyuarat mencari kata sepakat. ini tidak boleh dibiarkan. kau lalat telah mengganggu ketenteraman hidup kami. si demok Yaya dengan sebulat suara memberi cadangan, "Along, apa kata kalau kita tutup kipas. kita bukak air cond. biar lalat tu mati kesejukan. HAHAHA (gelak nates)

aku pula cenggini " -.-' -.-' -.-' -.-' -.-' "

tapi aku ikutkan saja. malas di layan. 


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . 


5 minit berlalu....

si demok Yaya tiba tiba menjerit, "Along!!!! tengok!"

aku bagaikan mahu terjatuh dari katil dengan kepala di bawah kaki di atas akibat terkejut. "apa?!!" tanya aku dengan nada marah apa lagi. 

"tengok ni lalat tu mati terbongkang HAHAHA. kan Yaya dah cakap. dia kesejukan. baguskan petua Yaya. WAWAWAWA (gelak maha hebat)"

aku apa lagi. gelak sakan. lawak! hahahaha. ada pulak petua tu eh. asal tak pernah dengar? hihihi. maaf lalat. kau yang degil. kalau degil menyesal tak sudah. menyesal tiada gunanya lagi. ingat tu pesanan kakak. 

si demok Yaya dan aku. gamba tak elok sebab guna kamera cap ikan :)

sampai di sini saja pertemuan kita adik adik. jumpa lagi di lain episod pada waktu dan hari yang sama dalam ADIKKU BERCERITA BERSAMA KAK IYKA ;) hewhew
 
till here. boboii :) 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Thursday, 26 July 2012

SEGMEN " Saya nak Angpau Ramadhan ! " by Qaleshya Umairah




siapa nak angpau ramadhan? kalau setakat angkat tangan tak perlu yee. sila gerakkan jemari anda klik link

kalau nak duit raya tunggu duit syawal nanti. hihi :) selamat berpuasa.

salam ramadhan :)

mangsa di tag:


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie



harini Iyka nak join satu bloglist ni. tuan blognya sendiri yang jemput Iyka untuk join bloglist beliau so alang alang dah lama tak join. apa kata kalau kita menyibukkan diri :) nak join sama? klik sini




syarat penyertaan sila serang blog beliau. Iyka hanya mampu bagi tarikh tutupnya iaitu
Tarikh tutup : 1 OGOS 2012
 

 terima kasih sila join :)
 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Monday, 23 July 2012

lawak dua minggu lepas :D


setiap yang hidup pasti akan ada kisah suka . duka . sedih . gembira . bosan . happy . go . lucky . tapi bukan itu yang gua nak kongsikan di sini tapi cerita lawak. naik lelah tak cukup oksigen gua rasa tapi gua gagahkan juga semata mata taknak hirup carbon dioxide. apa ingat gua tumbuh tumbuhan?


ceritanya bermula begini *kelip kelip mata*


Pada suatu petang yang hening, dikala semua sedang tenang menikmati petang yang aman lagi sentosa lagi permai. Aku bersama adikku demok Yaya sedang mengira hutang piutang kami yang dirasakan sudah melepasi buku kira kira. hutang tetap hutang itu prinsip kami tapi kalau lupa kira halal innalillah. 


sedang kami kira punya kira sehingga dirasakan hanya kami berdua yang berada di rumah *maknanya bising tahap melampau yang amat latuh*. ibu menyampuk "Bising macam nak kira dana negara padahal duit berapa sen sangat." Dalam hati kecil sanubari nurani okey fine fine. takpedulik kira lagi kuat kuat. lantak pi la ribut taufan gorilla dan sebagainya matlamat harus didahulukan. kemain sangat. 


ibu konon sebagai heroin nak settlekan masalah. dengan lantang lagi yakin berani serta semangat yang kental ibu tanya, "okey haritu beli blogspot tu berapa?" 


dengan gopoh aku dan demok Yaya pandang memandang mata bertentang mata dengan tawa macam dah nak berlari laju laju. "apa blogspot? cool blog la. adehh." habis je ayat tu terus ketawa memang tak henti henti. macam nak pecah perut. agaknya cacing kerawit dalam perut pon memang terguling guling agaknya sebab tu perut rasa macam nak meletup. hahaha


serius lawak betul. ni boleh jadi modal raja lawak mega tera giga tambah tambah orang yang cakap tu dengan muka ketat betul la. orang dah gelak masih takde perasaan lagi macam tak salah. lain kali buat lawak lagi eh ibu biar usus kecil usus besar pun kembang kuncup jugak. hahaha peace. 


ni kira okey lagi ni gelak sipu sipu

till here. tadaaa :)




terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Thursday, 12 July 2012

Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS)


apa khabar sedare sedari cikebum cikebong? *teringat kawan kawan dekat UPM :) korang hapabaq sihat? * . ehemmm betulkan nada cinta balik. sape ikut sinetron nada cinta yang memang boleh menang Anugerah Cerita Paling Panjang Penat Nak Follow Tapi On Time Pukul 06.30.00 petang Memang Melekat Dekat Skrin Tv. Fuhhh panjang betul. Ni kalau cakap mau semput. nasib baik taip je. hewhew selamat ayaq liur.


tapi jangan jadi seperti tipah tertipu atau tipah terpedaya atau tipah terkelentong dan sebagainya kerana entry ini bukan ditujukan khas kepada peminat Randy Pangalila ye ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak bilang bilang saja nak tau. kenapa? tak boleh? 


tapi ditujukan kepada peminat filem filem Melayu. korang dah tengok cerita HACKS? kalau belum boleh klik HACKS. kalau dah mohon pejam mata. 



bagi gua seorang minah kental. jangan pandang gua setengah mata. gua layan la jugak cerita cerita sweet ala ala pah bedah yoo gini. bohong la kalau gua kata gua tak layan tapi cerita ni sweet la. boleh la walaupun macam pelik sikit cerita ni. Mukhlis dengan Murni tu dah macam pasangan kekasih tapi the truth tuth tuth nye dorang just kawan baik. ada ke kawan baik rapat macam tu sekali? rapat macam mana tu hangpa tengok sendiri la malas nak ulaih. silakan. sekian terima kasih datang lagi :)

 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Tuesday, 10 July 2012

peng'stalk'er paling popular


sape sini suka stalker orang angkat tangan... hoyooo ramainya *mata terkeluar masukkan balik dengan cermat*. okey actually boleh kata semua orang memang dah menjadi rutin tabiat hobi serta kegemaran jiwa sanubari diri fuhhh. kemain! -.-


bukan je remaja yang suka stalk orang ni. mak ayah pakcik makcik nenek atuk pon turut mempunyai hobi yang sama. walawehh gempak tak? selalunya perkataan stalk ni wujud dalam alam maya mayonis je. kita selalu dengar orang tu stalk orang ni. orang ni stalk orang tu balik. kita sama sama stalk each other. oyoyo so sweet kalah gula gula. dalam realiti pon ada. misalnya orang ni punyalah menyibuk hal orang tu. kira kita boleh gelar dia peng'sibuk'er. err?


buktinya semalam Iyka terskodeng ibu dengan Yaya tengah stalk blog orang. amboii kebebeh walaweh kemain naww. agak terkejut versi beruk jugak la. saja je nak over walaupun dah tau dah ibu memang peng'stalk'er tegar blog blog ini. si demok Yaya pulak tukang bukak blog blog ni lalu dengan senang hati tunjuk pada ibu dengan harapan ibu boleh menternak hobi mulia ini lalu menjadi cita cita errr -.-

antara mangsa mangsa tersebut ialah trang trang teng teng *bunyi drum macam bunyi kekanak main teng teng hahaha* :
 

tak caye ibu stalk si FL ni. haha

kata ibu "suka baca blog dia. pengalaman dia travel. tips kecantikan *amboii ibu*. tau pasal dia ni bila baca surat khabar ritu *angkat angkat kening ala ala Ziana Zain*


dah alang alang stalk FL stalk la sekali bakal kakak ipar dia -,-

"English dia terrer kebabom," ngomong ibu. lepas tu ibu senyap. tak terkata dah. diam terus. hahaha. 



terkejut kucing mak. hewhew

haruslah mengikuti perkembangan anak sendiri. mana tau ada entry rahsia rahsiaan ke ibu orang first tau. haha

see see! tak salah pon nak stalk orang in fact Iyka pon peng'stalk'er berjaya. dah beberapa dekad dah menang kategori peng'stalk'er paling popular alam semesta. hewhew. asalkan kita tau batas kita sudah. tak menyusahkan orang yang di'stalk'er dan orang orang sekeliling dengan menjadi faker. no no no! tapi bagus jugak ada faker boleh cepat famous macam sesetengah orang nak kan. semakin ramai faker, semakin famous meletop habaq lu.

p/s  Iyka ada stalk'er tak? ibu salah seorang. yeahh! cepat kira peng'stalk'er korang dengan harapan cepat menang anugerah di'stalk'er paling popular. till here boboiii :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Tuesday, 3 July 2012

sabhad saya


entry lepas entry bosan. entry harini tak lah sebosan entry lepas. tak bosan bagi Iyka lah. sebab akhirnya ada jugak benda nak buat. ada jugak ehh daripada takde langsung walaupun kaki nampaknya belum pulih sepenuhnya daripada penyakit lenguh lengih sana sini. hayeahhh -.- *regang regangkan otot*

Sabtu (30Jun2012) 


PAGI


Sabtu Iyka berjalan seperti biasa. pagi tak kira sebab masa digunakan sepenuhnya untuk qada' tidur yang tergendala di kala steghess study final haritu. oleh itu, cuti begini memang wajar digunakan sebaik-baiknya. untuk tidur tiduran. hewhew. 

PETANG

petang tu bermulalah aktiviti riadah di KeyEll Festival City. apa tu? itulah shopping mall baru di Setapak Indah. sila silalah datang. you're most welcome :) macam macam ada. tetiba dah rasa macam entry nak promote pulak -.-' oh tidak tidak.

ni dia KL Festival City. dah macam KLCC:)
nampak tak budak yang konon hot taknak pandang kemera tu? kalau nampak sudah terbukti lagi sahih bahawa gambar ni gambar tah bila tah. wahaha. sebab dak yana tu sekarang dekat KMPP. dia naik apa dari Penang sana lompat datang KeyEll FC ni? haha


Ahad (1Julai2012)

pagi pagi seawal pukul 8, Iyka sudah membuka mata. kira awal leteww. itu pun apabila Puan Ibu mendisturb Cik Enak Beradu tidur. terasa seperti bergoyang goyang bilik apabila Puan Ibu menjerit macam nak test suara power ke tak. 

Ibu : bangun bangun bangun bangun! dah pukul 10 dah ni. nak keluar ke tak. kalau tak, ibu pergi dengan ayah je *amboi nak dating ke? :P*. ayah dah siap dah mandi semua dah. bangun!!!!!!

Iyka : yeeeee *mata pejam lagi* -.-

tapi bangun jugak la. gila taknak ikut. dah ada peluang baik kita rembat. kecik ke besar ke tapak tangan nyiru gua tadah. ehhh -.-' . pergi masuk toilet tengok ayah sedap lagi tidur terbongkang. apa ni? apa ni? gua dah kena tipu! terasa seperti batu besar gedebuk atas kepala -.-"

siap siap semua dalam pukul 10 lebih lebih jugak baru gerak dari rumah.

destinasi : IKEA 


pergi kalau boleh semua nak beli. tapi apakan daya. yang nak angkut balik pon tak berdaya. daya daya pon kena pikir jugak. tapi sambil pikir daya dah macam apa dah borong barang. sampai tak muat plastik beg kuning IKEA tu. plastik beg tak muat tak semestinya barang banyak. berkemungkinan barang besar tak muat plastik. hewhew 


buktinya Iyka dah macam makcik makcik sweet belum pangkat nenek angkut barang.


terbukti sudah kan -.-


amek kau tangan macam terencat
cuti bikin saya bertambah gemuk. tapi berat tetap maintain otw tambah berat. baru cuti seminggu dua takkan nak nampak saya 2 kali ganda. omggggg. untuk sedapkan hati baju tu yang kembang sangat. fedup taknak pakai baju ni dah -.-


 

pasangan ni sweet sangat. sama cantik sama hensem. haha. tahniah Irma dan suami :)

sekian daripada saya. di laporkan di Malaysia tanah air tercinta. begini sabhad saya. anda bagaimana? bajetnye bagaimana bagaimana tu. haha tq boiii :)

peace no war :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika