BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Monday, 23 July 2012

lawak dua minggu lepas :D


setiap yang hidup pasti akan ada kisah suka . duka . sedih . gembira . bosan . happy . go . lucky . tapi bukan itu yang gua nak kongsikan di sini tapi cerita lawak. naik lelah tak cukup oksigen gua rasa tapi gua gagahkan juga semata mata taknak hirup carbon dioxide. apa ingat gua tumbuh tumbuhan?


ceritanya bermula begini *kelip kelip mata*


Pada suatu petang yang hening, dikala semua sedang tenang menikmati petang yang aman lagi sentosa lagi permai. Aku bersama adikku demok Yaya sedang mengira hutang piutang kami yang dirasakan sudah melepasi buku kira kira. hutang tetap hutang itu prinsip kami tapi kalau lupa kira halal innalillah. 


sedang kami kira punya kira sehingga dirasakan hanya kami berdua yang berada di rumah *maknanya bising tahap melampau yang amat latuh*. ibu menyampuk "Bising macam nak kira dana negara padahal duit berapa sen sangat." Dalam hati kecil sanubari nurani okey fine fine. takpedulik kira lagi kuat kuat. lantak pi la ribut taufan gorilla dan sebagainya matlamat harus didahulukan. kemain sangat. 


ibu konon sebagai heroin nak settlekan masalah. dengan lantang lagi yakin berani serta semangat yang kental ibu tanya, "okey haritu beli blogspot tu berapa?" 


dengan gopoh aku dan demok Yaya pandang memandang mata bertentang mata dengan tawa macam dah nak berlari laju laju. "apa blogspot? cool blog la. adehh." habis je ayat tu terus ketawa memang tak henti henti. macam nak pecah perut. agaknya cacing kerawit dalam perut pon memang terguling guling agaknya sebab tu perut rasa macam nak meletup. hahaha


serius lawak betul. ni boleh jadi modal raja lawak mega tera giga tambah tambah orang yang cakap tu dengan muka ketat betul la. orang dah gelak masih takde perasaan lagi macam tak salah. lain kali buat lawak lagi eh ibu biar usus kecil usus besar pun kembang kuncup jugak. hahaha peace. 


ni kira okey lagi ni gelak sipu sipu

till here. tadaaa :)




terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

2 orang menari sakan:

Izzan Salwana said... [♥ balas ♥]

Beli blogspot? Haha :D

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@Izzan Salwana : kan lawak kan. gelak guling guling. ahaha XD