BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Friday, 27 July 2012

lawak#2 LALAT


lagi cerita lawak. entah kenapa semua pon dah macam kelakar bagi Iyka. tapi serius ini benar, memang lawak! tak caye? kisahnya bermula begini.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 


bukan pada waktu siang tapi pada waktu malam. yelaa kalau tak siang, malam. mana ada waktu silam errr -.- silam=lampau ada :)

okey. agak agak pukul 10 lebih lebih la. di sebuah bilik bercat biru. jangan tanya biru laut ke baby blue ke biru gelap ke. yang penting biru. aku dan si demok Yaya saja yang berada di dalam bilik biru tersebut. seee sekali lagi nama si demok Yaya jugak yang fofular. nak buat macam mana. hanya dia temanku sobsob :')

aku dengan PC ku manakala si demok Yaya dengan buku buku PMR beliau. konon rajin padahal memang perlu rajin. trial PMR bakal menjelma. tiba tiba datang bukan sekumpulan mahupun segerombolan tapi seekor makhluk durjana. seekor LALAT. cisss kau lalat. 

boleh bayangkan tak macam mana muka aku yang kudus serta demok Yaya yang panik ini? gimana lalat boleh sampai masuk bilik yang bagaikan syurga buat kami. puiii -.- kentut betul. 

aku berusaha menghalau lalat itu dengan membuka kungfu funan chih tu champa ku yang bukan calang calang. aku malas nak tunjuk dekat sape sape tapi sebab kau lalat aku gagahi jua. setelah di kung keng kung keng lalat tu tapi nyawa kau lalat memang liat taknak jugak terpisah dari badan. bukan saja itu, kau taknak menapak guna sayap kau keluar dari bilik kami. cisss....

aku mati akal. penat. peluh cik titi lagi. mana mampu aku tahan. aku pasrah. apa nak jadi, jadilah. si demok Yaya tidak mahu mengalah. beliau pula membuka silat cekak serigala yang dipelajari entah dari mana aku tak pasti. tung tang tung tang akhirnya kau lalat menjadi juara sekali lagi. ciss kau lalat. sungguh durjana engkau ini yaa!

aku dan si demok Yaya bermesyuarat mencari kata sepakat. ini tidak boleh dibiarkan. kau lalat telah mengganggu ketenteraman hidup kami. si demok Yaya dengan sebulat suara memberi cadangan, "Along, apa kata kalau kita tutup kipas. kita bukak air cond. biar lalat tu mati kesejukan. HAHAHA (gelak nates)

aku pula cenggini " -.-' -.-' -.-' -.-' -.-' "

tapi aku ikutkan saja. malas di layan. 


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . 


5 minit berlalu....

si demok Yaya tiba tiba menjerit, "Along!!!! tengok!"

aku bagaikan mahu terjatuh dari katil dengan kepala di bawah kaki di atas akibat terkejut. "apa?!!" tanya aku dengan nada marah apa lagi. 

"tengok ni lalat tu mati terbongkang HAHAHA. kan Yaya dah cakap. dia kesejukan. baguskan petua Yaya. WAWAWAWA (gelak maha hebat)"

aku apa lagi. gelak sakan. lawak! hahahaha. ada pulak petua tu eh. asal tak pernah dengar? hihihi. maaf lalat. kau yang degil. kalau degil menyesal tak sudah. menyesal tiada gunanya lagi. ingat tu pesanan kakak. 

si demok Yaya dan aku. gamba tak elok sebab guna kamera cap ikan :)

sampai di sini saja pertemuan kita adik adik. jumpa lagi di lain episod pada waktu dan hari yang sama dalam ADIKKU BERCERITA BERSAMA KAK IYKA ;) hewhew
 
till here. boboii :) 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

4 orang menari sakan:

Rara Nasiha said... [♥ balas ♥]

hahahha. lalat pun boleh mati kesejukkan eh? ke lalat tu mati entah2 sebab kene kungfu tadi? :)

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@Rara Nasiha: itu tak dapat nak dikenalpasti pulak. tp yang pasti sebab kematian mungkin kesejukan. wahaha :P

Iefa Ujang said... [♥ balas ♥]

haha ade ke mcm 2 . tp mati jgk erk lalat klu sejuk sgt .

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@Iefa Ujang : tu la memula mcm pelik jugak. haha