BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Wednesday, 29 August 2012

cerita raya ZARIF ZULAIKA




walau sudah terasa lambat tapi tetap nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA. maaf zahir batin. maaf terkasar tersopan bahasa terguris hati termakan harta terkutuk terkeji yang bukan bukan. actually haritu lagi nak update konon. angan angan mat jenin. tapi apa pon tarak. takde sape nak baca. setakat nak puaskan hati sendiri je. dengan harapan hiduplah jugak blog ni. takdelah krik krik krik bunyi cengkerik memanjang. uhuk uhuk.


gimana raya? berat naik berapa kg? kepada yang sensitip tak payah susah susah jawab. iyka sendiri takut nak pi timbang berat. silap silap termeningkat 2 3 kg satu hari! apa tidaknya hari hari makan banyak. bedal sebanyak yang boleh ibarat pesta makanan. dalam fikiran RAYA=PESTA MAKANAN -,-'


seranggggg!!!! hahaha. penuh meja.

pagi seawal pukul 6.15 pagi bangun berebut bilik air ibarat asrama. semua nak cepat. nak tacap tacap lagi biar bergaya di pagi hari raya. pergi solat sunat hari raya. balik rutin setiap 1 syawal. gambar formal. candid. tidak kurang buat buat tak perasan. makan semestinya. 1 syawal bagai tak payah fikir pasal berat badan. 2 syawal sila fikir ala kadar.

haruslah menangkap gambar formal ala ala bala tentera. hewhew.

adegan wajib di pagi raya. salam cium tangan umi dan bak :) #kenapa gambar ada garisan khatulistiwa? ._.'

dulu berempat. sekarang berlima :)

tiga dara bersama ayah mereka

peaceeeee :D

anak dara cucu kepada Puan Azizah & Encik Aziz :)

banyak gambar nak sematkan di entry ini. tapi mati niat. takut lambat loading.sekadar nak semat memori dekat blog tersayang tui tuii :) pilih gambar nak letak di entry ini memakan masa 2 hari. percaya atau tak. angkara satu folder RAYA 2012 ada 564 GAMBAR! bertuah! juling biji mata. tapi takpe akan lebih erat silaturrahim :)


sekian sahaja entry ringkas dan padat daripada saya.
ZARIF ZULAIKA


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Wednesday, 15 August 2012

kerenah di bibir raya



tajuk post tah macam apa. ektuali tak tau nak letak tajuk apa di entry ini. pikir punya pikir. tu yang keluar. asal bibir? sebab err macam konon di saat saat akhir nak menjelang hari raya yang didambakan sesetengah orang terutama budak budak. kakak abang mak bapak budak pon ada yang tak sabar nak beraya tu. ingat taktau. jangan pandang sebelah mata. datangnya syawal ini bermaksud ramadhan akan meninggalkan kita. uhuu :')


bagi Iyka, taktau nak cakap eksaited ke tak. makin matang, makin kurang mood nak raya tu. matang digunakan supaya diri tak terasa sedih pilu. 


bagaimana persiapan raya? beres atau boros? Iyka Alhamdulillah saat saat akhir je beli. dalam pada takde mood nak raya, persiapan raya wajib didahulukan. Iyka sebenarnya idok la berapa gemar beli saat akhir tapi kekangan masa punca segalanya. 


tapi still ada yang masih berhiruk pikuk nak berbelanja seminggu sebelum raya ni. rumah Iyka tidak la jauh mana dengan Uptown Setapak. setakat setapak dua. tak kuyup punya cik titi. kemeriahan nak raya seakan akan macam apa dah di desa permai ni. kereta mak aiii. bersusun. takde tempat nak parking kereta bas semua, rumah orang bedal je la. bersusun kereta depan rumah macam kereta hak milik tuan rumah. kaya kaya! ikutkan hati mahu saja minta duit seringgit dua per entry. boleh buat beli kuih muih di bazaar. 


sudah la berjualan berbelian sampai ke sahur. pagi pagi pergi pasar tani dekat tapak Uptown tu mak long pak long aiii masyaAllah. ni tempat pembuangan apa? dah jual dah beli sendiri mahu ingat la. padan la musim jerebu cuaca tak menentu sekarang siap Iyka dah selsema bagai. gua pon nak raya walaupun pada awal entry gua sombong kata takde mood nak raya. 

lihatlah dunia. ni ada mat bangla tukang sapu yg sapu kalau tak, tak mampu nak cakap -.-




mohon berhati hati di jalan raya nanti takut tak sempat nak rasa pakai baju raya di pagi hari raya bajet omeyyomeyo ._.


p/s  terima kasih la ko baca blog kita. baru den teringat den ada blog. jangan nak kutuk orang sangat eh. haha. mohon terasa orang berkaitan. wkwkwk :P




till here. salam. 

salam sayang raya,
Zarif Zulaika
(setiausaha penduduk yang kiut miut) :P


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Monday, 6 August 2012

patung barbie vs patung kertas


entry ini di inspirasikan setelah mengusha blog cik epal. weee. tiba tiba lahaiii patung kertas. banyaknya memori terselit disitu :') sungguh. penuh memori. tapi semuanya sudah tiada. sebab? mampu lagi kau nak simpan patung kertas saat ini? orang dah sebut zaman IT. arus globalisasi. orang duk sibuk bicara pasal internet skype and others. 


dulu masa kecik kecik sampai ke tua bangka. jangan salah tafsir. tua bangka tu lebih kurang sweet form 2 form 3. patung tu diheret ke sana ke mari. panggil adik kakak abang ajak main sama. tipu! adik adik Iyka semua perempuan, haruslah mengajak mereka sekali. apa kelas kau main terkedek kedek sesorang. patung barbie tak mampu nak beli. srob srob T_T


bagi mereka yang tak tau patung kertas ni apa. ada ke? kesian. mohon google sebelum terlambat. sekarang dah takde dah benda ni. budak budak zaman IT ni dah sibuk main PS, ipad je ._. takde dah nikmat tukar baju patung every seconds.


nah ni patung kertas yang di war warkan tu. tahu korang kurang rajin nak google ._.

ingat lagi lepas dah sibuk menelaah pelajaran kononnya. ajak adik adik main anak patung kertas ni. awas taknak! main siap dengan rumah segala haa. buat line kata ni kawasan along. tu kawasan yana. yang sana kawasan yaya. tapi malang yaya selalu dipinggirkan. dengan sebab apa motip main dengan budak budak. tak sedar diri kau pon budak kesat hingus lagi. 


bila nak main bisik bisik dekat yana. tunggu yaya tidur atau dia busy yang entah apa busy baru umur sembilan sepuluh tahun bajet wanita berkerjaya. haktuihhh. cepat cepat lari masuk bilik. dalam bilik gelak masyaAllah. budak budak hahaha. konon dah berjaya main tanpa yaya datang sibuk. tapi hampagas gas helium carbon monoksida. kadang kadang dia meraung depan pintu bilik. so berat hati bagi can la. kesian -.-'


tambah semangat bila ayah ada beli set meja makan, ruang tamu pelengkap gaya. walaweh semangat! guna kotak buat almari baju. senang nanti jiran tetangga datang nak dress cantik cantik. hewhew. naluri wanita korporat dah ada dah. mana boleh jadi suri rumah. haruslah berkerja. 


see dia punya baju semua lawa lawa.


bajunya yang lawa lawa sweet sweet ala ala korea korea kpop tu. makhaii buatkan eden tak tidur malam. wkwkwk. ada set baju pergi kerja. baju pergi shopping. baju pergi bersiar jumpa boipreng. baju pergi jumpa kawan. nasib takde baju pergi mandi swimming pool gaya muslimah. kihkih. 


tapi betullah kata cik epal. patung ni kepala dia senang je nak bercerai dari badan. ganas sikit putus kepala. ohh lupa. ini mendidik kita supaya menjadi wanita lemah lembut gemalai baru kepala tak putus. bila kepala putus dengan senang satu hari tu mood macam nak maki orang. habis semua jadi mangsa -.-' walaupun benda alah tu berapa sen sangat. melampau! sampai satu tahap sanggup stepler kepala dengan badan. punya sayang taknak buang ._.' 


semua tu kenangan. kalau pikir pikir macam apa je main anak patung kertas ni. tak cerdik langsung tapi itulah kenangan :') kalau tak main benda tu mana nak grab something yang kita rasa macam woww dulu aku pernah main benda ni. benda yang budak budak sekarang tak pernah main. it's such a wonderful memory ^^


till here. salam :)


p/s  hye surians :) kita jumpa kembali petang ni. me miss uolls a lot :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika