BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Monday, 6 August 2012

patung barbie vs patung kertas


entry ini di inspirasikan setelah mengusha blog cik epal. weee. tiba tiba lahaiii patung kertas. banyaknya memori terselit disitu :') sungguh. penuh memori. tapi semuanya sudah tiada. sebab? mampu lagi kau nak simpan patung kertas saat ini? orang dah sebut zaman IT. arus globalisasi. orang duk sibuk bicara pasal internet skype and others. 


dulu masa kecik kecik sampai ke tua bangka. jangan salah tafsir. tua bangka tu lebih kurang sweet form 2 form 3. patung tu diheret ke sana ke mari. panggil adik kakak abang ajak main sama. tipu! adik adik Iyka semua perempuan, haruslah mengajak mereka sekali. apa kelas kau main terkedek kedek sesorang. patung barbie tak mampu nak beli. srob srob T_T


bagi mereka yang tak tau patung kertas ni apa. ada ke? kesian. mohon google sebelum terlambat. sekarang dah takde dah benda ni. budak budak zaman IT ni dah sibuk main PS, ipad je ._. takde dah nikmat tukar baju patung every seconds.


nah ni patung kertas yang di war warkan tu. tahu korang kurang rajin nak google ._.

ingat lagi lepas dah sibuk menelaah pelajaran kononnya. ajak adik adik main anak patung kertas ni. awas taknak! main siap dengan rumah segala haa. buat line kata ni kawasan along. tu kawasan yana. yang sana kawasan yaya. tapi malang yaya selalu dipinggirkan. dengan sebab apa motip main dengan budak budak. tak sedar diri kau pon budak kesat hingus lagi. 


bila nak main bisik bisik dekat yana. tunggu yaya tidur atau dia busy yang entah apa busy baru umur sembilan sepuluh tahun bajet wanita berkerjaya. haktuihhh. cepat cepat lari masuk bilik. dalam bilik gelak masyaAllah. budak budak hahaha. konon dah berjaya main tanpa yaya datang sibuk. tapi hampagas gas helium carbon monoksida. kadang kadang dia meraung depan pintu bilik. so berat hati bagi can la. kesian -.-'


tambah semangat bila ayah ada beli set meja makan, ruang tamu pelengkap gaya. walaweh semangat! guna kotak buat almari baju. senang nanti jiran tetangga datang nak dress cantik cantik. hewhew. naluri wanita korporat dah ada dah. mana boleh jadi suri rumah. haruslah berkerja. 


see dia punya baju semua lawa lawa.


bajunya yang lawa lawa sweet sweet ala ala korea korea kpop tu. makhaii buatkan eden tak tidur malam. wkwkwk. ada set baju pergi kerja. baju pergi shopping. baju pergi bersiar jumpa boipreng. baju pergi jumpa kawan. nasib takde baju pergi mandi swimming pool gaya muslimah. kihkih. 


tapi betullah kata cik epal. patung ni kepala dia senang je nak bercerai dari badan. ganas sikit putus kepala. ohh lupa. ini mendidik kita supaya menjadi wanita lemah lembut gemalai baru kepala tak putus. bila kepala putus dengan senang satu hari tu mood macam nak maki orang. habis semua jadi mangsa -.-' walaupun benda alah tu berapa sen sangat. melampau! sampai satu tahap sanggup stepler kepala dengan badan. punya sayang taknak buang ._.' 


semua tu kenangan. kalau pikir pikir macam apa je main anak patung kertas ni. tak cerdik langsung tapi itulah kenangan :') kalau tak main benda tu mana nak grab something yang kita rasa macam woww dulu aku pernah main benda ni. benda yang budak budak sekarang tak pernah main. it's such a wonderful memory ^^


till here. salam :)


p/s  hye surians :) kita jumpa kembali petang ni. me miss uolls a lot :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

4 orang menari sakan:

♥ Cik Zack ♥ said... [♥ balas ♥]

tringat zmn dlu kala. kite pon suke sgt2 main benda ni. dhlaa murah, comel lak tu. huhuhu tp skrg mmg tkdek laa nk jumpe budak2 main lg. main masak2 pon dh sush dorg sume ni kan. huhu

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@♥ Cik Zack ♥ : yelaa. sepupu sepupu kita semua main ipad je sekarang. main barbie pon dlm ipad. is is is ._.'

E'in said... [♥ balas ♥]

hahaha.. dulu e'in pun main patung kertas nie..

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@E'in best kan main patung ni. dah terasa macam nak main lagi je. hhaha XD