BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Thursday, 4 October 2012

lemas dalam timbunan



aku menunggu kamu. setia menunggu. namun kau tak kunjung tiba.
aku pasrah. lumrah kehidupan. hanya mampu menatap.
 tidak pula disentuh. aku redha.

puas nak aku wujudkan moment itu. menyerah. berserah bukan bererti kalah. 
tidak! aku hidup bukan untuk kalah. aku berdoa untuk menang tapi sukar.

 normal! setiap satu dari kita pasti merasainya. pasti. aku yakin. 
 beruntung jika kau tidak. sangat beruntung. 
aku mahu seuntung kamu. ingin sekali. ajari aku.




sudah dilihat, ditenung, digilai namun hanya mampu menggeleng. 
bukan hanya ini. aku cuma tidak merakam sepenuhnya. gusar jikalau kalian serupa denganku. bingung.




bila dibuka. aku bertanya pada diri. "apa ini?" "apa itu?" itu yang mampu. 
2 jam aku rasa tidak cukup untuk ini. berapa masa yang kau perlu? sabar. aku berdoa. 




aku perlukan masa. masa yang mungkin panjang untuk ini. tapi akalku tidak mampu. 
aku bukanlah sebijak kalian yang hanya tidur saat kuliah. yang hanya ketawa saat lecturer di depan. aku turut ketawa. tapi aku gusar. 


puas aku edit gambar. harapan agar ciri  ciri korean look terpamer disitu. 
tapi bukan itu. itu hanya sampingan. 


hakikatnya aku lemas dalam timbunan. mana aku jejak aku sering terbayang.
masa akan tiba tapi kuatkan lah aku. aku risau dalam hati. aku panik luar hati. 


sekian...


Yang Benar,
Aku

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

2 orang menari sakan: