BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Tuesday, 11 December 2012

kami buddies, sahabat selamanya



aku punya ramai kawan, teman dan apa-apa yang kau bahasakan kepada seseorang yang dekat dengan kau. kawan alam nyata. kawan dunia maya. bilang saja. berderet bersusun semuanya. 


tapi aku hanya tujukan kepada awak yang di sana. yang menggelar diri awak sahabat saya. tekad ada di sisi ini saat susah mahupun senang atau kedua-duanya. berjanji menongkat diri sahabatmu ini saat aku rebah terduduk mahupun tersembam seluruhnya. 


aku pegang janjimu. erat seeratnya kerna yang berjanji itu kamu sahabatku. tak mungkin sahabat sendiri sanggup melihat sahabatnya jatuh ibarat kudung sebelah kaki. itu yang ada di fikiranku. 


biar anda anda anda di satu sudut di sana berbisik padaku bahawa jangan sesekali percaya dengan kata-kata yang keluar dari bibir. aku buka telinga, mata dan juga minda seluas-luasnya tapi umpama masuk telinga kanan, telinga kiri keluar. sesenang itu semuanya keluar. 


bermati-matian aku pertahankan segala yang kita bina. aku anggap kau diri aku yang terpecah dua. satu hati satu jiwa tapi berbeza rupa. berapa lama kita bersahabat biarlah menjadi rahsia. macam-macam yang kita kongsi bersama. kau jatuh tangga pun kau nak cerita. nampak tak eratnya persahabatan kita? kadang-kadang aku rasa sweetnyaaaaa kita :)


dalam bersahabat ada juga yang serba tidak kena. kadang-kadang aku tertinggi suara. kau pula tertengking tidak sengaja. biasalah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita. kau terima aku seadanya. tidak pernah pula aku dengar kau sok sek sok sek perihal aku kepada teman-teman kita yang lain, lebih tepat lagi mengumpat mengata.


yang lebih ajaib kau tau apa yang aku fikir, apa yang aku rasa. tidak perlu aku cerita semua. cukup lihat muka. dengar suara. terus kau dapat tangkap segalanya. aku bersedih, kau beriku nasihat berguna. kata kau "tidak elok sedih lama-lama. nanti cepat tua. kerepot sini sana". dari sedih aku terasa nak tergelak pula. inilah sahabat namanya. bukan senang saja bersama. susah ditinggal sebatang kara :')


aku ada kawan yang juga aku rasa rapat seperti aku dengan kau. kehulu kehilir bersama persis seperti aku dengan kau. tapi aku tidak pasti adakah dia serupa dengan kau. walaupun rupa kalian berbeza, terkadang aku rasa dekat bersama dengannya seperti aku berada di samping kau. di satu ketika yang lain pula, aku rasa mahu menangis bila berada dekat dengannya tidak seperti bila aku berada dekat dengan kau. 


tapi aku tau tidak mungkin bila aku di sini, kau di sini juga. kadang-kala berkawan dengan pelbagai jenis mematangkan kita. menguatkan diri yang seringkali leka. bagi aku, buat apa berkawan beribu sini sana? tapi hakikatnya kita sakit menanggung rasa. buang masa berteman sekadar ingin mengisi masa. tiada kawan yang lain baru terhegeh-hegeh mencari kita. itu namanya kawan celaka.


itu tolak sana. aku malas fikirkannya. yang aku tau kau sahabatku, jujur aku berharap kita bertemu nanti di akhirat sana :') 







jemput tengok entry dulu kala kalau nak tau lebih lanjut :)



itu kawan saya #part 1
itu kawan saya #part 2
itu kawan saya #part 3
itu kawan saya #part 4
itu kawan saya #part 4 ***sambungan***
itu kawan saya #part 5

nota kaki : sahabat selamanya. kawan tidak selalu bersama. tekalah yang mana sahabat saya. dapat jawapannya? 

sekian. chaw cincau kuew teow. boiii :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

3 orang menari sakan:

GincoMerahJambu said... [♥ balas ♥]

hidup kita sentiasa indah rasanya bila ada kwn2 baik sekeliling kite.. :)

iyka zulaika said... [♥ balas ♥]

@GincoMerahJambu : yeee setuju! 10 markah! hehe :D

zEri sAfEerA said... [♥ balas ♥]

sahabat. semoga dpt seiring bpimpin tgn ke jannahNya. insya-Allah :)