BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Sunday, 20 January 2013

mak nu sia



Manusia

manusia kadang susah diramal. fikir A tangan menulis B. fikir B tangan tidak mahu menulis. otak tak mengikut organ yang lain. kadang aku sebagai manusia pabila diaju soalan yang mudah seperti campur tolak seringkali berfikir dua tiga kali malah berkali-kali. tak semena-mena otak ligat berfikir sendiri. lalu sang mulut terus lancar mengeluarkan jawapan berani mati. tanpa sedar otak syok sendiri. sedihnya rasa hati.


 ************
semulajadi memang diketahui sifat manusia yang kompleks. sistem badan yang kompleks. pemikiran yang kompleks. hati dan jiwa yang kompleks. sinonim seperti aur dengan tebing semua mahu seiring. tiada apa bila tidak bersama. sama juga seperti pasangan kekasih berjumpa.


************

aku insan biasa. punya tangan, kaki, mata cukup segalanya. Alhamdulillah pemberiannya. tapi ada juga yang tidak mensyukuri nikmatnya. yakin milik mereka selamanya. harapan kita semua tidak seperti mereka. tidak sedar diri namanya. bukan itu nak dicakapkan sebenarnya. melalut entah kemana. sudah biasa :)


entahlah.post ini memang sengaja di coret. apa yang terlintas di hati di luahkan. apa yang terlintas di minda di utarakan. setiap satu perenggan memang lari maksudnya. dapat aku rasa. tapi ahh taram saja. itu yang aku rasa. korang kena la terima. 


nota kaki : kita manusia. otak serta hati lain cara. tingkah laku lain pula ceritanya. itu semua kerana diri kita. kita akan datang ditentukan oleh kita hari ini bukan kita hari semalam. kita hari ini mesti bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan. Bukan angkuh bongkak takbur riak semua itu ciri-ciri syaitan. 


Muhasabah diri. Assalamualaikum. Boiii :)

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Friday, 18 January 2013

insaflah wahai diri



semua yang berlaku ada hikmahnya. sekejap kita di atas sekejap kita di bawah semula. satu masa kita kaya, satu masa kita sakit pula. kadang kita gembira sentiasa, satu masa menangis hiba. taktau nak cerita macam mana. yang pasti kita pasti akan lalui ini semua. 


bukan aku mendoakan buruk-buruk sahaja. tapi ini cuma peringatan supaya kita sentiasa berwaspada. bukan hanya berdoa di waktu susah saja. di waktu senang, pandang tikar sejadah pun angkuh semata. 


aku taip tulisan ini bukan untuk kalian saja tapi juga untuk diri. aku sedar aku lalai. lalai dalam kesibukan duniawi. alpa dalam pelukan kesenangan dunia yang belum tentu adanya kesenangan di akhirat nanti. 


gah kan cara aku berkomunikasi dalam kata-kata? tapi ini dari jiwa dan hati aku sendiri. aku tidak bohong mahupun ciplak dari sumber lain. sungguh!


dah sudah. aku rasa aku melalut sehingga ke Makkah. Yaa. itu tempat yang aku ingin sekali melangkah. tapi aku sedar usaha saja yang mampu membawaku ke sana suatu hari nanti yang aku sendiri tidak tau bila. in sya Allah :)

Al-’Asr 103: (1-3)

[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


tiba-tiba lagu nyanyian Raihan ini terngiang-ngiang ditelingaku. entah aku pun tidak tau. rasanya sudah lama aku tidak dengar lagu ini. aku kira 5 tahun lepas mungkin kali terakhir aku mengalunkan nasyid ini. hanya mengalunkannya di dalam bilik semata. tidak semegah nak mengalunkannya di atas pentas mahupun di tempat umum. aku berpijak di alam nyata.


dan waktu ini setelah 5 tahun lagu ini seperti membuka mataku. bait-bait kata dikaji satu-persatu. yang mana waktu dulu aku hanya mengalunkannya tak tentu. bagaimana masa mengubah sesuatu. 


ketahuilah ini juga satu nikmat yang Allah berikan pada kita. mungkin kita tidak percaya. tapi ini hakikatnya. di waktu sakit, Allah tarik nikmat selera. Allah tarik deria rasa. Allah tarik nikmat ketenangan. Allah uji pelbagai lagi ujian lain. di waktu sihat, Allah pulangkan deria rasa. Allah pulangkan selera kita. Allah berikan ketenangan. semua ini mampu menghapuskan dosa kita. in sya Allah. Allah Maha Besar :')


waktu muda dulu, diri cergas berlari ke sana ke mari. akal bijak merangka idea bestari. badan sasa berketul-ketul sana-sini. solat yang hanya 5 waktu rasa susah sekali. almaklum banyak kerja lain menanti. masyaAllah. tapi bila masa berganti masa, bila diri sudah tua, badan tidak secergas dulu. berjalan laju saja sudah letih inikan pula berlari seperti masa lalu. fikiran tidak secekap dulu. penyakit itu ini. ubat berjenis-jenis diberi. tidak lupa penyakit orang tua, nyanyuk. saat diri terasa sukar, baru di ingat tikar sejadah yang di campak entah ke mana. kenapa? tapi Allah tidak peduli itu semua. asalkan hamba-hambaNYA mahu bertaubat ke jalanNYA walau memakan masa selama mana. Allahuakbar :')


perasan atau tidak bila duit penuh sepoket sifat syaitan menghasut jiwa. berbelanja tak ingat dunia. tak ingat kita berpijak di mana. sakan sekali nampaknya. itu ini semua terasa ada keperluannya. makan pula kalau tak sendawa dua tiga kali tak berhenti makan laa jawabnya. kalau boleh hidup hanya untuk makan semata. gadget usah cerita. dengan laptop, ipad, galaxy note, blackberry, apa lagi semua bersepah sini sana. blackberry dah ada. masih elok cantik rupa. galaxy note baru jadi idaman pula. tak sah kalau tak angkut buat pengubat jiwa. bukan pengubat jiwa yang lara tapi nafsu semata. bila diri dah papa kedana, baru ingat nak simpan segala. dah tau nak berhenti makan sebelum sendawa. ipad semua habis di jual buat isi perut sehari dua. dalam hidup jangan nak puaskan nafsu perut semata. bila duit banyak jangan membongkak tak tentu hala. jangan taktau dalam duit kita ada hak orang lain yang tak sekaya kita. 





Nota kaki : Alhamdulillah. Allahuakbar. Astaghfirullahaladzim. MasyaAllah. Insafkan diri. Tanya hati sampai bila kita nak hidup macam ni. Semoga ada jalan untuk kita hari ini atau nanti. In sya Allah :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Saturday, 12 January 2013

Dilanda virus keboringan?



Sudahkah anda tamat menjawab soalam exam yang gila mencabar lagi menguji tahap keimanan? Saya sudah. Anda bagaimanakah? hoho. sangat bersyukur exam dah habis. bagai tak percaya pun ada. tapi ini kenyataan. sila jangan lari dari kenyataan alam nyata tolonglah. 


bukan over kemain nak update cakap kenyataan kenyataan ini. tapi cuba faham ini adalah kenyataan. yang sememangnya kenyataan yang tak boleh nak diubah. dah memang kenyataan nak ubah macam mana? Alhamdulillah :)


sem 3 tamat dengan sempurna walau result taktau la sempurna ke idok. harap sempurna semua ibarat baby baru lahir comel kiut miut ololo. geyamnyaaa -.-'


biasa manusia memang sukar payah sikit. nak cuti takde cuti. buat cuti sendiri. dah ada cuti lama-lama duduk rumah sah sah meroyan taktau nak buat apa. lumrah.


begini jelah biar kakak julayka habaq sikit eh cara-cara nak elak keboringan melanda.




TIDUR
dah tau memang tak ada kerja buat apa bangun awal-awal. panjangkan sikit had masa anda bermalas-malasan di atas katil empuk yang membuatkan anda kerinduan sambil menyumpah seranah katil asrama. 


MAKAN MAKAN MAKAN
sebab apa makan ditaip sampai kuasa tiga haa? sebab saya memang suka makan makan dan makan. ahaha. poeber ober betei. sila berfikiran waras okey. duduk asrama makan balik-balik nasi goreng. nasi segala goreng la dah try. kalau tak nasi goreng, nasi berlauk yang sama setiap hari. ulang sekali lagi setiap hari! huhh boring! so sekarang dah dekat rumah bedal la apa apa yang korang rasa nak makan tanpa usah risau lagi


membeli belah secara tak boleh blahnya
inilah masanya untuk kalian mengreleasekan stress yang ada. kalau dekat asrama kemain pulun buku-buku yang ada. bersengkang mata tak tidur. sehari sebelum exam je la tak gitu? haha. sekarang spend duit sikit untuk yourself laa. tak semestinya pergi mall ke uptown kena pi beli. but sometime tu tangan gatal nak terbeli gak. hoho.

TONTON RANCANGAN KESUKAAN AKA PEBERET 
haa ni penting. kenapa? first Iyka nak tanya. asrama korang ada tv tak? kalau kolej Iyka ni memang perfect sampai none hado sepatah haram tv pun. mengikut naluri, UPM memang sengaja taknak bagi kitorang bersuka ria tengok AJL. sampai memasing terpaksa guna broadband yang memang super duper expert speed dia semata mata nak tengok Aizat menyanyi tersekat sekat macam sakit kerongkong. dan yakni sekarang memang nak bersengkang mata nengok tv. aii jakun you nouu. bahaha.

 BERDATINGAN
 sila ulas sendiri tidak lebih 180 patah perkataan. haa amek aku bold colour underline sume dah. wahaha.
 
okey boi selamat bercuti :)




will be missing this messy table hoho. menyampah je bunyi ayat ni. well.

nota jari kaki : manfaatkan cuti yang ada. jangan nak meronggeng tak tentu hala. kalau menyesal tiada gunanya. hang tanggung sorang sorang yaa ;)
 

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika