BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Friday, 18 January 2013

insaflah wahai diri



semua yang berlaku ada hikmahnya. sekejap kita di atas sekejap kita di bawah semula. satu masa kita kaya, satu masa kita sakit pula. kadang kita gembira sentiasa, satu masa menangis hiba. taktau nak cerita macam mana. yang pasti kita pasti akan lalui ini semua. 


bukan aku mendoakan buruk-buruk sahaja. tapi ini cuma peringatan supaya kita sentiasa berwaspada. bukan hanya berdoa di waktu susah saja. di waktu senang, pandang tikar sejadah pun angkuh semata. 


aku taip tulisan ini bukan untuk kalian saja tapi juga untuk diri. aku sedar aku lalai. lalai dalam kesibukan duniawi. alpa dalam pelukan kesenangan dunia yang belum tentu adanya kesenangan di akhirat nanti. 


gah kan cara aku berkomunikasi dalam kata-kata? tapi ini dari jiwa dan hati aku sendiri. aku tidak bohong mahupun ciplak dari sumber lain. sungguh!


dah sudah. aku rasa aku melalut sehingga ke Makkah. Yaa. itu tempat yang aku ingin sekali melangkah. tapi aku sedar usaha saja yang mampu membawaku ke sana suatu hari nanti yang aku sendiri tidak tau bila. in sya Allah :)

Al-’Asr 103: (1-3)

[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


tiba-tiba lagu nyanyian Raihan ini terngiang-ngiang ditelingaku. entah aku pun tidak tau. rasanya sudah lama aku tidak dengar lagu ini. aku kira 5 tahun lepas mungkin kali terakhir aku mengalunkan nasyid ini. hanya mengalunkannya di dalam bilik semata. tidak semegah nak mengalunkannya di atas pentas mahupun di tempat umum. aku berpijak di alam nyata.


dan waktu ini setelah 5 tahun lagu ini seperti membuka mataku. bait-bait kata dikaji satu-persatu. yang mana waktu dulu aku hanya mengalunkannya tak tentu. bagaimana masa mengubah sesuatu. 


ketahuilah ini juga satu nikmat yang Allah berikan pada kita. mungkin kita tidak percaya. tapi ini hakikatnya. di waktu sakit, Allah tarik nikmat selera. Allah tarik deria rasa. Allah tarik nikmat ketenangan. Allah uji pelbagai lagi ujian lain. di waktu sihat, Allah pulangkan deria rasa. Allah pulangkan selera kita. Allah berikan ketenangan. semua ini mampu menghapuskan dosa kita. in sya Allah. Allah Maha Besar :')


waktu muda dulu, diri cergas berlari ke sana ke mari. akal bijak merangka idea bestari. badan sasa berketul-ketul sana-sini. solat yang hanya 5 waktu rasa susah sekali. almaklum banyak kerja lain menanti. masyaAllah. tapi bila masa berganti masa, bila diri sudah tua, badan tidak secergas dulu. berjalan laju saja sudah letih inikan pula berlari seperti masa lalu. fikiran tidak secekap dulu. penyakit itu ini. ubat berjenis-jenis diberi. tidak lupa penyakit orang tua, nyanyuk. saat diri terasa sukar, baru di ingat tikar sejadah yang di campak entah ke mana. kenapa? tapi Allah tidak peduli itu semua. asalkan hamba-hambaNYA mahu bertaubat ke jalanNYA walau memakan masa selama mana. Allahuakbar :')


perasan atau tidak bila duit penuh sepoket sifat syaitan menghasut jiwa. berbelanja tak ingat dunia. tak ingat kita berpijak di mana. sakan sekali nampaknya. itu ini semua terasa ada keperluannya. makan pula kalau tak sendawa dua tiga kali tak berhenti makan laa jawabnya. kalau boleh hidup hanya untuk makan semata. gadget usah cerita. dengan laptop, ipad, galaxy note, blackberry, apa lagi semua bersepah sini sana. blackberry dah ada. masih elok cantik rupa. galaxy note baru jadi idaman pula. tak sah kalau tak angkut buat pengubat jiwa. bukan pengubat jiwa yang lara tapi nafsu semata. bila diri dah papa kedana, baru ingat nak simpan segala. dah tau nak berhenti makan sebelum sendawa. ipad semua habis di jual buat isi perut sehari dua. dalam hidup jangan nak puaskan nafsu perut semata. bila duit banyak jangan membongkak tak tentu hala. jangan taktau dalam duit kita ada hak orang lain yang tak sekaya kita. 





Nota kaki : Alhamdulillah. Allahuakbar. Astaghfirullahaladzim. MasyaAllah. Insafkan diri. Tanya hati sampai bila kita nak hidup macam ni. Semoga ada jalan untuk kita hari ini atau nanti. In sya Allah :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

2 orang menari sakan:

Azham Vsvc said... [♥ balas ♥]

singgah sini :)

zEri sAfEerA said... [♥ balas ♥]

masya-Allah sungguh bermanfaat. keep it up awak :) semoga istiqamah, insya-Allah.