BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Sunday, 20 January 2013

mak nu sia



Manusia

manusia kadang susah diramal. fikir A tangan menulis B. fikir B tangan tidak mahu menulis. otak tak mengikut organ yang lain. kadang aku sebagai manusia pabila diaju soalan yang mudah seperti campur tolak seringkali berfikir dua tiga kali malah berkali-kali. tak semena-mena otak ligat berfikir sendiri. lalu sang mulut terus lancar mengeluarkan jawapan berani mati. tanpa sedar otak syok sendiri. sedihnya rasa hati.


 ************
semulajadi memang diketahui sifat manusia yang kompleks. sistem badan yang kompleks. pemikiran yang kompleks. hati dan jiwa yang kompleks. sinonim seperti aur dengan tebing semua mahu seiring. tiada apa bila tidak bersama. sama juga seperti pasangan kekasih berjumpa.


************

aku insan biasa. punya tangan, kaki, mata cukup segalanya. Alhamdulillah pemberiannya. tapi ada juga yang tidak mensyukuri nikmatnya. yakin milik mereka selamanya. harapan kita semua tidak seperti mereka. tidak sedar diri namanya. bukan itu nak dicakapkan sebenarnya. melalut entah kemana. sudah biasa :)


entahlah.post ini memang sengaja di coret. apa yang terlintas di hati di luahkan. apa yang terlintas di minda di utarakan. setiap satu perenggan memang lari maksudnya. dapat aku rasa. tapi ahh taram saja. itu yang aku rasa. korang kena la terima. 


nota kaki : kita manusia. otak serta hati lain cara. tingkah laku lain pula ceritanya. itu semua kerana diri kita. kita akan datang ditentukan oleh kita hari ini bukan kita hari semalam. kita hari ini mesti bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan. Bukan angkuh bongkak takbur riak semua itu ciri-ciri syaitan. 


Muhasabah diri. Assalamualaikum. Boiii :)

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

3 orang menari sakan:

zEri sAfEerA said... [♥ balas ♥]

spontan :)
setuju. kdg mulut mudah meluahkan apetah lagi nk menasihatkan utk bsyukur. when things come to us, ms 2 la kite tahu either kite btol2 mampu laksanakan ap yg dah kite katekan. *muhasabah juge*

kyo_9 said... [♥ balas ♥]

tazkirah menarik malam jumaat..
thank u for sharing~

zatyAbdullah said... [♥ balas ♥]

hati kata ya.mulut kata tidak.;)