BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Tuesday, 5 February 2013

scary budak



scary ke idok nya pun? haha. kali ni kita bicara santai2 aja yee. tak perlu nak steghes steghes sangat noo sebab Iyka sekarang malas nak bermadah sangat. malas nak berlapik macam kek lapis tak pun alas meja. hari tu ibu baru beli alas meja makan baru dekat KL Festival City. masuk Parkson cari port tempat alas meja. jumpa. tengok tengok usha usha. berkenan yang paling bawah. tengok harga. hamekau punya mahal serupa nak beli pasu bunga kaca. pui tak berbaloi. last last jadi belacan jugak maklum kitorang makan bukan beradab sangat tak tumpah kuah gulai kuning tak rock lah. akhir kata beli yang tersorok di sudut hujung sana haa. takpe jangan membazir amalan syaiton laknatullah tu. 


kata bicara santai kan. sesantai yang boleh dah ni. bayangkan macam duduk tepi pantai goyang kaki goyang kepala goyang pinggul goyang badan. haih melampau segala nak goyang. ni nak menggambarkan santai cool tenang je. waa bestnyaaa. lama tak pergi pantai :)


aaaaa sudah. ni nak cerita pasal lain sebenarnya. tak pasal pasal masuk topik lain. scary baq hang. apa yang scary? iuoll memang semput lelah asma semua ada bila bebudak ni keluarkan cerita dorang. biasalah budak budak ada macam macam peringkat. budak yang uwek uwek (baby laa maksudnya tu). bukan 'baby' besar tak padan dengan besar perasan nak berbaby lagi. ni baby omeyomey sungguh sungguh punya baby haa. yang ni kira selamat lagi. melalak, minum susu, tidur. takde makna nak layan kita ni. agah agah sikit dah nak tidur. tak sporting laa awak ni baby. hihi


masuk yang umur 4 ke 6 tahun tu mula laa nak membebel je kerjanya. kalau dapat yang lasak boleh tahan jugak power rangers otomen goku semua silat cekak musang nak di bukaknyaa. silap haribulan mahu pengsan kita kena iyahh dengan dorang. kalau nak berpower rangers sorang sorang takpe boleh terima. kau jadi monster kau laa jugak power rangers tu. tapi bila dah mengheret kita sekali jadi monster ini sudah lebih. apekau ingat muka iuoll ni muka pengganas bumi ke apa. 


kalau yang steady dia punya hyperactive tu hyperactive dekat mulut pulak. macam macam dia nak cerita. bangun pagi buat apa. pergi school belajar apa. harini nyanyi lagu apa. dekat sekolah ada kawan jelir lidah dekat dia. semuanyaa nak cerita. okey boleh tahan lagi. comel je bila fikir nanti jadi mak mak amek anak sekolah, tanya dia belajar apa. best ke pergi school harini. hihihi *tutup muka* . tapi bila dia dah start cerita tadi kita nampak ada benda putih besar lalu dekat sana bunyi toink toink toink. lepas tu tiba tiba takde. tiba tiba dia bunyi balik. kita tengok balik. kita nampak hantuuuuu takde kepalaaaaaa. hamaigadddd imaginasi tak senonoh budak -.-'


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika