BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Sunday, 10 March 2013

erti wang



dulu aku seperti kanak-kanak lain yang riang gembira langsung tak terfikir bagaimana bila dewasa. jadi apa? kerja apa? kahwin dengan siapa? masuk universiti mana? rumah besar mana? anak ada berapa? berjaya atau papa kedana? 


semua itu mana pernah budak seusia 6 atau 7 tahun bayangkan. yang aku ingat, dulu pernah juga aku sesekali terfikir bestnyaa jadi orang besar. ada kereta sendiri. ada duit sendiri. tak payah susah-susah pujuk ibu beli mainan semua kejadah tu. bila dah kerja, sukati kau la nak beli apa. dah duit kau. kau penat-penat kerja. itu hak kau. tak mampu di sangkal lagi. wahh gituu! hewhew


tapi waktu itu, aku hanya mampu main, main dan main. berlari sana sini. gelak gembira riang ria di pagi raya. budak kecik mana yang cukup segala makan pakai yang nak fikir susahnyaaa nak cari duit. yang dia tau gelak, main, makan, ronggeng ronggeng mintak itu ini.     balik kampung, nak ais krim 20 sen pun duit mintak ayah. sedih sendiri haihh. 


bila raya, duit raya orang bagi ada la dalam rm200 setiap tahun macam tu. kalau tahun tu rezeki lebih engkau pandai buat muka kesian tambah pulak orang orang tengah masyuk belaka dapat la dalam rm300. vah vahh. bahagiaaaa. duit raya orang bagi ibu kata jangan guna sesuka hati mak bapak engkau ajo. kena simpan dalam tabung haji. memang dari kecik macam tu. bila kawan-kawan semua beli mainan barbie doll la, masak-masak la. bila tanya mana kau dapat duit? kayanya mak bapak kau. apa dorang tak kisah ke macam ibu dengan ayah aku? kawan kawan dengan muka bahagia je, aku guna duit raya aku. aku dapat rm150 tahun ni. banyak kannn. muka memang mintak penampau menunjuk gila habis laa. dalam kepala otak dah menyampah gila. duit raya aku lagi banyak bla bla bla tapiiiiii (berpaling ke belakang dengan muka kecewa tahap maksima).


kalau engkau dapat duit raya rm200, rm20 je yang ada kat tangan kau. lagi rm180 dilarang guna. apa laa yang budak budak seperti gua yang waktu itu hanya 7 atau 8 tahun mampu fikir. hanya kesedihan yang menguasai diri. wu wu wuuu. tapi bila dah besar-besar sikit tu dah biasa dah. dengan rela hati je bagi duit raya dekat ibu ayah suruh simpan. see. bila dah di didik dari kecik memang automatik bila dah besar akan redha dan tak mengeluh. budak kecik kalau mengeluh pun setakat mana je la. setakat merajuk sikit mintak beli gula gula ais krim semua tu je. tapi kalau dah besar, dia punya mengeluh tu sanggup lari rumah. masyaAllah. ceteknya fikiran.


bila dah dewasa, dah pandai melawa. dah pandai tentang gadget. dah pandai berfoya-foya melepak dengan member member. dah pandai memilih makanan. dah pandai semua benda. dah jadi lain pulak. duit macam senang je. macam angin ku tiup-tiup. fuh fuh fuhh. barang semua nak yang mahal-mahal je. tak pandang dah baju rm10 dekat pasar malam. kata takde class. handphone pulak canggih canggih belaka. cuba kira berapa kerat je yang guna phone hitam putih zaman dulu tu. kata takde class phone macam tu. sebab semua orang dah guna android dan macam macam lagi. tak kira laa kau orang kaya atau biasa biasa je. tak beli ori punya beli yang tiruan punya. tak beli yang first hand punya beli yang second hand punya. korek korek duit ptptn, JPA, habis semua scholarship kau korek semata mata nak beli barang yang diidamkan *angkat kening.


tipu kalau kata aku terhindar dari gejala itu semua. tipu bebenonya pun. tengok tu nak beli. tengok ni nak beli. kau jangan bagi aku tengok barang barang comel baju baju cantik semua tu kalau taknak aku jadi seperti orang hilang anak. perumpamaan punya bagus! hahaha -.- bila mintak ibu ayah beli mesti banyakkkkk sangat alasan. tak cantik laa. kain panas laa. kita pi tengok belah sana jomm -.-' . atau yang paling di takuti sekali bila ibu mula saiko. mula laa along ni tak cukup-cukup lagi ke ibu bagi itu ini. ibu sendiri tak beli untuk ibu. kalau nak beli, belajar tinggi tinggi, kerja pastu nak beli apa belilahhh. terpana sendiri *pandang belakang, jalan slow slow, tunduk pandang lantai takpun buat pekak je -.-'


tapi aku rasa sebab ibu ayah macam tu laa, aku masih terkawal sikit. sikit laa. macam tu macam mana? macam tu macam 'kedekut' dan terlalu 'bergantung' pada sale. ibu pesan kalau duit kita banyak mana pun tak boleh nak bazir suka suka hati, beli barang yang tah hape hape. ikut nafsu semua tu. sebab nafsu tu takkan pernah berhenti pun. sebab satu hari waktu kita susah duit tu akan ada keperluan dia :) dorang biasa akan tengok dulu kalau barang tu betul betul perlu atau kehendak semata. kalau dah keperluan tak payah mintak dah bagi duit suruh beli. macam haritu before masuk matrik macam macam dorang nak beli. itu ini semua! siap suruh buat list baldi penyangkut baju semua tu. padahal chill je la kan. ibu siap kirakan lagi baju kurung nak bawak pergi matrik. kira kalau tak cukup boleh beli kain pastu tempah. siap beg, kasut, selapar jamban, pencil case semua baru! dah macam budak budak nak bukak sekolah. hahahaha


kalau nak beli apa-apa mesti kena guna duit sendiri. kalau berkenan baju tu. tengok harga rm30. bukak dompet tengok rm50 je penghuni dompet konon besar gedabak tu. terus ada sifat kedekut yang amat. tak jadi nak beli akibat adanya sifat kedekut dan sayang duit ni. duit sendiri takut pulak nak guna. bila time guna duit ibu ayah main rembat je. insaf. duit sendiri tu pun bukan titik peluh sendiri pun. duit ayah ibu jugak. perasan. 


sampai sekarang ni tak pernah pegang duit sendiri yang betul betul sendiri punya. takpeee kerja nanti yee in sya Allah boleh pegang duit sendiri :)


okey boiii :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika