BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Monday, 8 April 2013

wahai muslimah



semalam, sudah tentu aku di fakulti. kuliah tamat jam 12 tengah hari. merayau punya merayau sampai ke CIMB. makan punya makan kenyang perut suka hati. cakap pasal hati, bukan aku tak puas hati. cuma harus berhati-hati


aku lihat seorang muslimah manis wajahnya. putih bersih rupanya tiada anasir jerawat jeragat dan seangkatan dengannya. orangnya tidak tinggi mana. tidak rendang pula. berbaju kurung biru laut ayunya dia. bertudung labuh sedondon dengan baju birunya. berkasut dengan stoking cukup syarat seorang muslimah dari segi gaya. aku perhati dari jauh waa manis orangnya. tahap kejelesan memuncak rasa. haippp aku tepuk hati jangan terlalu memuja paras rupa. 


di sebelahnya aku lihat seorang jejaka. kacak bergaya orangnya. berbaju kemeja biru laut sedondon di lipat lengannya paras siku. gaya rambutnya ala ala Lee Minhoo dalam drama korea Boys Over Flower. hemmm boleh tahan aku rasa. gaya ada rupa ada. aku perhati mereka berdua saja. makan berdua di meja nun di sana. makan disertai gelak tawa. entah apa yang kelakar dalam bicara tidak pula aku dapat teka. aku cuba pasang telinga tapi jarak memisahkan kita. tangan menyuap nasi ke mulut tapi mata tidak lepas memandang mereka. amboi sukanyaa. 


sekali lagi aku seperti mengenali kelibat kedua-dua yang berada di hadapan mata. aih cewek dan cowok manis bersama. bersama lagi hari ini? berdua begini lagi? aku senyum manis pada si gadis. pada si teruna juga aku lempar senyuman. jangan salah tafsir senyuman seorang saudara sesama islam. aku diam berlalu pergi menaiki bas. dari dalam bas aku lihat mereka berdua menaiki kereta yang sama. berdua.


"Ika, perasan tak perempuan baju kurung tudung labuh warna merah tadi?" . aku angguk. teman di sebelah dipandang acuh tak acuh. mulut sibuk mengunyah gula gula Mentos. "Perasan tak dia dengan siapa?" . Angguk lagi. dia dengan kawan atau teman sehidup semati aku tak peduli. "Itu teman tapi mesra dia tau! bukan sah pun tapi kehulu kehilir sama sama. tak malu ke orang tengok? pakai macam perempuan baik giler tapiiiii euwww..." . aku diam seakan tidak peduli.


yeaa dalam aku tidak peduli umpat teman tapi kenapa aku peduli bila mereka makan bersama semalam? adakah tahap kejelesan aku menguasai segalanya? adakah kerana mereka terlampau sweet bagai gula gula? atau adakah...?


p/s  ini namanya perwatakan tak mencerminkan peribadi. bertudung litup satu kemestian tapi akhlak juga harus di jaga rapi. 


"Couple haram jika ada persentuhan, berduaan atau saling melontar kata-kata manis memberahikan atau menyeronokkan." - UAI

"Bercinta tak semestinya keluar dating, pegang tangan bukan mahram, sms hari-hari atau gayut siang malam. Bercinta diam-diam sudah." - UAI

siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya cili itu. sekian :D

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

1 orang menari sakan:

Masmira Masri said... [♥ balas ♥]

erghhh..no komen hehehee....!!!

jemput singgah
http://myaleo.blogspot.com/2013/04/woww-dah-1000.html