BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Tuesday, 21 May 2013

cukup solehahkah aku untukmu, ayah?




kita sering terbiasa mencari artikel tentang bagaimana ingin menjadi suami atau isteri soleh solehah. terbiasa mencari bagaimana ingin menjadi yang terbaik untuk pasangan bahkan nak yang terbaik dari pasangan. Namun, pernahkah kita terfikir lebih dari semua itu? pernah tak terdetik di hati kita untuk menjadi yang terbaik untuk keluarga kita, untuk ayah kita? pernah tak kita bertanya pada diri kita, adakah kita dah berjaya grad sebagai muslimah solehah untuk seseorang yang bergelar 'ayah' pada kita?


Sebagai anak adakah kesedaran milik kita? sedar bahawa seseorang anak yang belum berkahwin segala dosa-dosa yang dia lakukan, ayah dia yang tanggung. baik dari segi pemakaian, tingkah-laku, adab pergaulan, SEMUA


permulaan renungan... Ya benar! tidak ada yang sempurna. kita manusia tiada yang sempurna. tiada juga cacat celanya. Allah jadikan kita dengan akal di kepala. akal yang kita junjung ke sana ke mari. dengan itu kita dah boleh fikir adakah kita mahu malaikat menyeksa ayah kita saat dia sudah tiada nanti? tergamakkah kita sebagai anak?

“ dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu Yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala Yang kamu kerjakan.” Al munafiqun:11



segala yang hidup pasti akan menemui penciptaNYA. persoalannya di sini adakah kita cukup solehah untuk ayah kita? mampukah doa-doa kita buat ayah kita saat dia sudah tiada nanti menjadi bekalan buatnya? bekalan yang mampu menyejukkan meluaskan liang lahadnya. 


terasa post ini tersangatlah sedih tapi itulah hakikatnya. aku tau aku juga tidak sempurna. tidak pula cukup solehah sebagai seorang anak kepada seorang ayah dan ibu tapi akan kucuba. terasa tidak sanggup saat nanti apabila waktu itu telah tiba, tiada satu pun bekalan yang aku sediakan buatmu. Aku percaya saat aku berusaha untuk menjadi solehah buat ayahku pasti aku akan menjadi solehah buat suamiku :) 




in sya Allah kami akan berusaha menjadi terbaik untuk ayah. walaupun kami 'brutal' tapi dalam hati ada taman. hehe. 



iklan ni dah biasa dekat tv dulu. tapi tetap sedih :') Assalamualaikum :)



terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

1 orang menari sakan:

Izzuddin Fauzi said... [♥ balas ♥]

:) Semoga menjadi wanita solehah :)