BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Wednesday, 31 July 2013

it is a joke



Hye. Selamat 10 Ramadhan terakhir :) 


straight to the point orang cakap. tak perlu berkias bermadah apa sekarang ni. saya sekarang di kelilingi orang yang sangat lawak :D tah kenapa orang yg serius boleh jadi lawak. yg lawak boleh jadi serius. masalah hidup kot.


baru baru ni yg paling lawak sekali actually lawak ni sebelum puasa lagi. dah kepam lama dah. tapi bila teringat nak gelak balik bahaha :D dalam rumah ni yang paling lawak sekali yaya rasa. adik kita yang paling bongsu :D


haritu tah apa penyakit si yaya ni boleh pergi hembus hingus kuat kuat macam apa. siap bunyi bunyi lagi. bernafas pon bunyi. taulah kakak dia ni bahawa adiknya mempunyai penyakit hidung tersumbat -.-


dah dia asyik hembus kuat kuat tu dia boleh mengadu pulak sambil buat muka. dia tanya kenapa eh telinga yaya rasa macam sakit eh? ni merujuk sbb dia hembus tadi la. telinga dia pon sakit sekali. hidung sumbat, telinga sakit. kesian.


kita jawab la, "Dah yaya pergi hembus kuat sangat mesti la sakit. tahik telinga keluar la tu. sape suruh hembus kuat sangat." Masa cakap ni memang tengah tahan gelak sebenarnya.


dia boleh pulak dengar siap cakap ooo yeke. confius sikit memula. berkerut muka. pastu dia boleh caye bolat bolat. omai? percaya? siap korek telinga dia lagi nak tengok tahik telinga keluar ke tak. tak senonoh! kita apa lagi, terus gelak guling. dia buat muka pelik. kita dengan maconya buat takde pape balik stop gelak siap suruh dia tanya ibu tapi tangan tak lepas dari telinga. hhahaha


pergi tanya ibu then kita tak tahan sangat dah nak gelak. kantoi. hahahaha. apa punya adik la. benda macam tu nak caye. lahaiii. tah betul tah tidak teori kakak dia buat ni. main keluar je idea tu. dia pulak boleh caye. sape suruh tanya. ahaha 


sory takde benda sangat nak update. lawak ni yang ada. sebab lawak ni buat kita senyum gelak sampai nak tido. hahahaha. selamat malam :)





terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Tuesday, 23 July 2013

warga baru? orang baru?


hye semuaa :) 



semenjak cuti sem ni memang takde buat apa. kerja setiap sebelum subuh bangun tolong ibu prepare sahur. tidur sampai tengah hari -.- amek yaya sekolah. hantar yaya tuisyen. ibarat kita supir nonhado gaji. ptg tolong ibu prepare buka puasa. malam online tengok movie sampai pagi then rotate balik benda sama. setiap hari! i iz sad :( nak kerja ada halangan tertentu. itu sebab kita ada jual jual sikit hee. saja je :) leopard shawl dah out of stock btw. nanti kita update shawl dgn skirt dan jam misai sarjan pencen ehh hiks :)



erm. tahniah buat sape2 yang dapat upm :) terutama sekali kos sains instrumentasi. haa ni senior hang ni. hee :) bagi sesape yang tak mintak kos tu jangan risau sebab lama kelamaan anda akan dpt adapt semua tu nanti. tambah tambah lagi subjek yang susah susah. time study week anda pasti akan kelam kabut mencari yang pakar atau study group sebab subjek fizik memang takkan boleh nak study sorang. sebab kalau Iyka confem akan tidur kalau tak reti nak buat bahaha



sape yang dapat kolej 15 serumpun sep kita samaa :) serumpun satu2 nya kolej tak perlu kumpul merit selain kolej sendirian berhad aka sewa rumah sendiri huhu. best tapi anda akan ada masalah dengan kebesaran keluasan jajahan anda berbanding kolej lain. yelaa kena la advantage and disadvantage dia kann so apa kata kita terima ketentuan ini. 





ni meja study kita. kita tau sepah sangat masa ni tak terurus. study week masa sem 3 kot tak silap. wuwuwu. meja ni sempit! kita letak barang barang sikit atas meja laptop terus sempit dah rimas nak buat kerja dekat meja. buat kat katil then tidur. sihat! 





ni bangunan fakulti sains yang diambil dari bangunan lab kimia. dekat dalam bangunan kuning ni ada lab, bilik pensyarah, pejabat fakulti, pejabat dekan semua la. untuk fizik dengan kimia je. math dengan bio dekat bangunan belakang :)


takpe mesti pening kan. gasak la korang sesat dalam tu nak cari bilik kuliah semua. bahaha :P ni baru fakulti sains. belum yang lain lain. jangan risau kita pon pernah sesat memula dulu peace :D


tapi takpe korang akan di orentasi kan terlebih dahulu oleh senior. kami akan buat anda seperti ini! 







bahaha. okey ini lebih kurang macam orentasi untuk kenal fakulti yang kita panggil gerak ilmu. setiap jabatan akan handle gerak ilmu masing masing. yang handle tu ofcoz senior. dapat kenal kenal senior. boleh korek korek rahsia lecturer mana best hiks :P


dan lepas gerak ilmu anda akan jadi bersemangat begini!





confem InsyaAllah :) tapi nanti jangan tak join sebab rugi kalau tak join. walaupun penat tapi ada input dan boleh jumpa titew hewhew :P insyaAllah gerak ilmu ni minggu 1 atau minggu 2 bukak sem :)





dah rotate gambar ni tapi dia degil! so nasib la. pku :) tak perlu bayar. dah dalam yuran tapi Iyka memang tak pernah nak jumpa doktor kat pku. teman kawan pernah. tah. tak suka. 






again. taktau kenapa dia jadi macam ni padahal dah rotate. bukit ekspo. tempat cuci mata opss :P kitorang dah jarang sangat pergi. last sem memang tak pergi langsung. bahaha dasar pemalas nak senam. 




kafe serumpun. makanan boleh tahan. sesak waktu puncak time orang balik kelas. petang pukul 5 kadang kadang. malam pukul 8 lebih. siap kasi waktu haa amek kau. kakak senior yang concern kannnn :P



pandangan jauh. kerusi dah tukar. tak main dah tarik kerusi sebelah. 



senior side: (Bacelor in Major Science Instrumentation)

kami tahun 3 sudah. sedia membantu ceh. diri sendiri macam tak terbantu. 












dan kami geng. see you soon :))



terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Friday, 19 July 2013

Leopard Shawl Colorful


Assalamualaikum semuaa

Selamat berpuasaa. Selamat Hari Rayaaaa! Opss terselamat awal pulak hewhew. Taktau nak cari shawl best untuk raya? Nak nampak berseri di pagi raya? Nih lai lai lai Leopard Shawl Colorful menanti anda. Anda anda cik akak cik adik akan akan kelihatan berseri. Bukan saja berseri, menyerlah terserlah diserlah dengan menggayakan shawl ni :) bahkan petang raya malam raya pun tetap menyerlah. ihik ihik. 





 Code : Leopard #1


 Code : Leopard #2


 Code : Leopard #3


 Code : Leopard #4


 Code : Leopard #5


Leopard Shawl Colorful
Material : 100% viscose
Price : RM30 FREE POSTAGE
Measurement : 100cm × 180cm

Kindly sms/whatsapp if interested 0176545539 

or

email me at firazulaika_5050@yahoo.com

sertakan sekali 

NAME:
CODE:
ADDRESS:
PHONE NUM:

terima kasih. thanks :) semoga selamat semuaa.

terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

Thursday, 11 July 2013

Puasa di bulan Ramadhan 2013



Yeay berjaya update blog akhirnya. wahaha Alhamdulillah :) dah lama nak mencoret sepatah kata dua kata dekat sini tapi yes internet sangat sangattt lembab. bila dah lembab orang yang kesabaran senipis daun kering haa macam tu la jadi. blog terabai! dah lama sangat rasa tak taip dekat keyboard ni. mihmih. maklum saja tengah sem break sekarang :D 


harini Alhamdulillah kita dah berjaya menahan nafsu kebuluran. esok dan seterusnya harap begitu hendaknya. nafsu yang lain lain jugaaa kupohon agar dapat ditahan. nafsu nak marah terutamanya. akur. tadi baru terjadi kejadian rasa nak marah orang sangat. 


dalam pukul 8.30mlm hantar mekmok Yaya tuisyen. jalan tak sesak sangat macam selalu. mungkin sebab ramai teraweh takpun ramai yang sibuk menjamu selera lagii. mohon tidaklah. otw balik ada sebuah kereta kancil bernombor plat tak ingat hon dekat itew. itew apa lagi terus terbeliak biji mata lalu membetulkan spec dan mengibarkan tudung bawal 5ingit itew. apa dia tidak sedarkah bahawasanya kereta kancil miliknya itu telah memakan jalan orang lain lalu dia dengan selamba menekan minyak dan membunyikan hon sehingga berdesing telinga itew ini? dan itew pelik sape yang patut bunyikan hon sebenarnya?


jaga diri. jaga peribadi. jaga akhlak. jaga tangan. jaga mulut. jaga mata. jaga akal. jaga hati. jaga semua yang perlu dijaga agar tidaklah kita seperti tidak dijaga. happy fasting semuaa :) esok nak masak apa untuk berbuka? harini dah berbuka asam pedas,sayur goreng, ayam goreng, magliah (tak reti eja haha), tembikai dan air bandung soda yang kata Yaya dan Yana tak sedap. tapi bagi along sedap je -.- 


mohon maaf salah silap. saya hanya insan biasa yang miskin lagi hina serta papa kedana. 
tata Assalamualaikum :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika