BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Thursday, 11 July 2013

Puasa di bulan Ramadhan 2013



Yeay berjaya update blog akhirnya. wahaha Alhamdulillah :) dah lama nak mencoret sepatah kata dua kata dekat sini tapi yes internet sangat sangattt lembab. bila dah lembab orang yang kesabaran senipis daun kering haa macam tu la jadi. blog terabai! dah lama sangat rasa tak taip dekat keyboard ni. mihmih. maklum saja tengah sem break sekarang :D 


harini Alhamdulillah kita dah berjaya menahan nafsu kebuluran. esok dan seterusnya harap begitu hendaknya. nafsu yang lain lain jugaaa kupohon agar dapat ditahan. nafsu nak marah terutamanya. akur. tadi baru terjadi kejadian rasa nak marah orang sangat. 


dalam pukul 8.30mlm hantar mekmok Yaya tuisyen. jalan tak sesak sangat macam selalu. mungkin sebab ramai teraweh takpun ramai yang sibuk menjamu selera lagii. mohon tidaklah. otw balik ada sebuah kereta kancil bernombor plat tak ingat hon dekat itew. itew apa lagi terus terbeliak biji mata lalu membetulkan spec dan mengibarkan tudung bawal 5ingit itew. apa dia tidak sedarkah bahawasanya kereta kancil miliknya itu telah memakan jalan orang lain lalu dia dengan selamba menekan minyak dan membunyikan hon sehingga berdesing telinga itew ini? dan itew pelik sape yang patut bunyikan hon sebenarnya?


jaga diri. jaga peribadi. jaga akhlak. jaga tangan. jaga mulut. jaga mata. jaga akal. jaga hati. jaga semua yang perlu dijaga agar tidaklah kita seperti tidak dijaga. happy fasting semuaa :) esok nak masak apa untuk berbuka? harini dah berbuka asam pedas,sayur goreng, ayam goreng, magliah (tak reti eja haha), tembikai dan air bandung soda yang kata Yaya dan Yana tak sedap. tapi bagi along sedap je -.- 


mohon maaf salah silap. saya hanya insan biasa yang miskin lagi hina serta papa kedana. 
tata Assalamualaikum :)


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika

0 orang menari sakan: