BLOG-ING MOOD
jarang update blog lately. sila tinggalkan jejak di cbox. happy bw :)

Monday, 19 January 2015

Tuhanku & umurku ?



Semalam bermulalah final exam bagi semester ini. kini aku berada di tahun dua sem empat bukan sem tiga lagi. sem empat subjek kimia yang paling sakit sekali. semalam jugak paper kimia selamat aku jawab setengah mati :')


semalam jugak aku buat benda baru dalam hidup ini. walaupun pada orang lain benda tu biasa biasa tapi pada aku tidak sama sekali. orang kata benda baru akan jadi kenangan dalam diri kita sampai mati. sebab taktau bila lagi kenangan tu boleh diulang kembali.


semalam jugak aku lihat ada seorang ibu bersama anaknya. aku tak kisah soal ibu atau anaknya itu sebab bagi aku perkara biasa bila seorang ibu duduk bersama anaknya di sebuah bangku dihujung sana. tapi apa yang aku peduli bila anak tadi sudah mahir mengambil air wuduk tanpa bantuan ibunya. di bilang satu sampai tiga kuat kuat takut lupa. itu comel aku rasa.


di ruang solat, anak tadi leka memilih telekung yang ada. aku perhatikan saja gelagat dia. di ambil sehelai telekung tanpa kain disarung ke kepala. si ibu lalu membetulkan telekung anaknya. mereka solat bersama. sesekali aku lihat si anak menjeling ke arah ibunya. mungkin memerhatikan gerakan rukuk sujud dan sebagainya. selesai solat dia segera lipat telekung sejadah yang ada. satu satu di bawa ke rak asalnya. bagi aku ibu tadi telah berjaya :')


Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani 


Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" H.R.Attabrani

p/s  dia tidak mahir mana tapi dia ingin mencuba. bukan macam orang dewasa yang langsung tiada masa. entah kenapa aku rasa situasi tu comel sangat. bila mana budak tadi rukuk sujud, masyaAllah :)


:') :')


Kini aku berada di tahun akhir sebagai pelajar. Yang mana bagi aku cukup lama! 2 tahun! Ini?! Sebuah tulisan yang berabad lamanya berada di draft tanpa tanda. Tulisan dari hati tapi tidak di perhati. Saat menulis 2 tahun lepas situasi ini cukup terkesan. Sekarang? Entah! Bila di belek draft ini situasi itu terbayang. Selama 2 tahun ini, cukupkah solat aku? Jika cukup, sempurnakah solat aku? Sempurna? Yakin?! Ambil wuduk pun berkejar sebab nak study! Allahuakbar :'(  *nak nangis*


2 tahun! Aku bagaimana? Masih sama. Orang yang sama. Masih pelajar. Masih jugak seorang anak. dan aku harap anak yang lebih baik dan berjasa dari tahun dulu :') aku tidak mahu berharap. usaha! :) 


Umur meningkat , tapi aku tak pasti apakah aku matang seiring umur juga waktu?





Sincerely,
Aku
ZarifZulaika


terima kasih sudi bace contengan tangan Iyka Zulaika